Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, May 8, 2016

Tip keibubapaan

Semalam saya berkongsi dengan para ibu bapa yang hadir di program motivasi pelajar tentang 3 perkara:
1) Pembelajaran secara pemerhatian:
Pentingnya ibu bapa menjaga solat jemaah dan solat di awal waktu agar menjadi contoh pada anak-anak.
2) Pembelajaran secara lisan:
Meningkatkan kualiti komunikasi dengan anak-anak. Banyak bercakap-cakap. Elakkan berleter. (Bezakan bercakap dan berleter)
3) Pembelajaran melalui pendengaran: Anak-anak bukan semata mahu mendengar tapi ada ketika mahu didengari. Banyakkan mendengar dari bercakap. 
~~~~~~~~
Nota: Warga Batu Mengkebang sangat meraikan tetamu. Kali kedua hadir saya di sini. Saya begitu terharu dengan sambutan yang diberikan. Satu komuniti contoh Guru, PIBG, dan pemimpin setempat. Betul kata Timb Pengarah YIK, sejuk hati, sejuk juga mata memandang.

No comments:

Post a Comment