Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, May 8, 2016

Satu kesilapan memadamkan seribu kebaikan.

Satu kesilapan memadamkan seribu kebaikan.

Itulah sifat manusia. Mudah marah dan menyimpan dendam.
Beza dengan sifat Ar Rahman. Maha Pengasihnya Alllah yang memberi kemaafan dan keampunan walaupun manusia berkali-kali berbuat kesilapan dan dosa.

Firman Allah yang bermaksud:
Jika kamu menyatakan sesuatu kebaikan atau menyembunyikan atau memaafkan sesuatu kesalahan (orang lain), maka sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Kuasa.(An Nisa 4:149).

Berapa ramai dikalangan kita bersedih bila terasa diri terasing dek satu kesilapan kepada insan.
Berapa ramai yang hidup dalam tangisan kerana kecewa dengan layanan mereka yang sebegini.

Tanpa sedar kita membazirkan airmata. Adalah lebih baik kita mengadu dengan Allah yang besar kuasanya memberi maghfirah buat insan dari melayan seorang insan yang tidak menilai kesilapan sebagai satu khilaf yang mampu dan memaafkan.

Benar manuaia tidak maksum dan berbuat silap. 
Tetapi kenapa tiada kemaafan dari insan? Mudah jawapannya. 
Manusia ada sikap ego dalam diri. Sukar menerima kesilapan, bahkan lebih sukar memberi kemaafan. Segelintir insan punyai yang keras hati.Maka pilihlah sifat bagaimana yang kita mahu.

Memberi kemaafan perlu berjiwa besar serta berlapang dada. Menerima kehidupan umpama air yang ada pasang surut. 

Allah berfirman surah Al A'araf ayat 199 yang bermaksud:
"Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf, serta berpalinglah daripada orang-orang yang bodoh".

Wallahuaalam


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment