Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, May 8, 2016

Tarbiyah : Kisah Lelaki dan Perompak

Kisah Lelaki dan Perompak
=====================
Ada seorang hamba Allah dalam pengembaraan, lalu menumpang kenderaan seorang lelaki bagi sampai ke tempat tujuan. 
Namun semakin jauh perjalanan mereka semakin menuju ke tempat yang asing. Jalan semakin mengecil hinggalah sampai ke satu kawasan terpencil.
Hamba Allah itu melihat ada banyak tengkorak di sekeliling tempat itu. Maka terdetik padanya bahawa lelaki ini mahu merompak dan membunuhnya.
Lalu beliau berkata kepada lelaki tersebut "Bebaskanlah aku, ambillah apa sahaja yang kamu mahu"
" Mereka juga telah membuat permintaan yang sama kepadaku" Jawab lelaki tersebut tidak mempedulikan permintaan tawanannya.
" Bebaskanlah aku, aku mempunyai anak dan isteri" Rayu hamba Allah itu sekali lagi. 
" Mereka juga telah membuat permintaan yang sama kepadaku" Jawab lelaki tersebut sambil mahu meneruskan niatnya.
Hamba Allah itu akhirnya pasrah, bahawa penamat hayatnya telah tiba. Lalu beliau membuat satu permintaan kepada lelaki tersebut,
" Izinkanllah aku untuk solat dua rakaat". Lalu permintaan tersebut dipenuhi. 
Sewaktu solat, hamba Allah selesai membaca fatihah beliau tidak ingat ayat yang lain melain ayat dari surah An Naml ayat 62 " " Atau siapakah yang memperkenankan doa yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya "yang dibacakannya berulang kali. 
An Naml Ayat 62 maksudnya : "Atau siapakah yang memperkenankan doa yang menderita apabila ia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang Tuhan yang lain bersama-sama Allah ? Amat sedikit di antara kamu yang mengingati (nikmat Allah itu)."
Sewaktu lelaki ini dalam solat datang seorang lelaki sasa berkuda dengan lajunya, lalu memancung perompak tersebut. 
Selesai solat, lalu hamba Allah ini sangat terkejut melihat perompak itu telah dibunuh oleh lelaki berkuda itu. Lalu beliau bertanya, " Siapakah kamu"
" Aku dihantar oleh yang MEMPERKENANKAN DOA".
( Cerita dipetika dari perkongsian Ustaz Syad Norhisham, Cinta Ilmu, TV Al Hijrah)
MORAL CERITA: 
Apabila kita bergantung dengan Allah, maka pasti pertolongan itu amat dekat. Yakin dengan sepenuh hati bahawa Allah yang Maha Memberi Pertolongan dan tidak sekali mempersekutukanNya dengan perkara lain.
Amalan solat dan bacaan Al Quran akan mengelakkan kita dari musibah. Persoalannya berapa ramai di kalangan kita yang mengamalkannya?
In sya Allah, sama-sama kita berdoa agar kita mampu istiqamah dalam ibadah dan dapat mempertingkatkan kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah. KepadaNya kita berserah
Wallahuaalam.
1 Syaaban 1437H

No comments:

Post a Comment