Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, March 13, 2013

Dairi Seorang Penulis : Menulis untuk Berkongsi

Hari ini berkejar dengan kesibukan bekerja, namun smepat dipertemukan dengan editor pertama yang bekerjsama dengan saya unutk buku  3i. Banyak topik diperbincangkan hingga membawa kepada pelbagai isu. Salah satunya adalah tentang menjana idea baru dan bernas untuk penulisan buku yang seterusnya. 

Sesungguhnya apabila memperkatakan tentang penulisan pada hemat saya, apabila saya menulis ia bukan kerana saya ada banyak ilmu, ia bukan kerana saya lebih bagus dari anda pembaca. Sememangnya dari dulu saya percaya menulis kerana mahu menyampaikan sesautu serta berkongsi apa yang kita boleh kongsikan sesautu yang dirasakan boleh memberi manfaat kepada diri sendiri dan orang lain. 

Saya juga percaya, menulis sesuatu yang ada diminda mampu dikongsi oleh ramai orang yang tidak kita kenali. Ia bukan hanya rakan taulan, klien, pelajar, mentee dan orang-orang yang significan dengan kita, tetapi ia boleh dikongsi dengan insan yang tidak pernah kita kenali. Berbali kepada pengetahuan tentang apa yang mahu ditulis, ia bukan semata-mata idea yang baru dari penulis, tetapi ia juga perlu diperluaskan pembacaan untuk menambah kefahaman terhadap apa yang mahu dikngsu serta mahu mencari tambah nilai kepada idea yang mahu diketengahkan.  


Menulis juga ada banyak sangkut paut dengan ilham. Bagi yang baru berjinak-jinak atau yang sudah lama terlibat dalam dunia penulisan, tip untuk menjana idea penulisan adalah tidak lain, memohon agar diberi ilham oleh Allah Azza Wajalla. Tiada apa menjadi milik kita. Semuanya dari Allah dan perlu dilakukan kerana Allah. Maka menulis sekadar menyampaikan ilham yang ada bersama pembaca. Yang baik dari Dia yang kukurangan itu adalah kelemahan penulis sebagai 'Abd"

Wallahuaalam.  

No comments:

Post a Comment