Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, August 27, 2013

Mengurus masa secara berfaedah



Bismillah... moga semua pembaca dalam rahmat dan barakah Allah..

Masa berlalu pantas, kita seperti mengejar namun ia tetap keciciran. banyak perkara mahu dilunaskan dalam masa yang ada namun seringkali ia tersasar.. Itulah rutin kehidupan. Hari berlalu pantas, jika dihitung masih banyak amalan dan tanggungjawab tidak terlaksana. Ada ketikanya kita perlu muhasabah bagaimana masa yang sedia ada ini kita pergunakan.

24 jam masa diberi ada banyak perkara boleh diperbuat, ada yang hanya menisi dengan perkara dunia ada yang hanya mengisi dengan hiburan dan ada yang mengisinya dengan cara berhemah. Maka untuk memastikan masa itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya bahagikan ia untuk 3 perkara yang utama iaitu untuk amal ibadat, keluarga dan juga pekerjaan. Jika ini dapat kita manfaatkan maka sudah pasti hidup kita penuh terisi.
Masa untuk beramal contohnya ia bukan sekadar kita di tikar sembahyang kerana ibadat itu luas pengertiannya. Mencari ilmu berbakti kepada masyarakat atau menolong orang dalam kesusahan juga adalah amal kebaikan. Masa bersama keluarga pula perlu diberi kualiti dengan mentarbiyyah anak-anak atau mengisi masa yang ada dengan menziarahi keluarga sanak saudara. Manakala waktu bekerja pula perlu dipastikan kita bekerja dengan ikhlas, tidak mencuri tulang dan sebagainya.

Berdoa kepada Allah agar kita mampu mengisi masa dan memenuhinya dengan perkara yang sepatutnya dan dijauhkan diri kita semua dari perkara maksiat dan lagha. Wallahuaalam.

Friday, August 23, 2013

Taqaballahu Minna wa Minkum

Bismillah,

Kepada para pembaca rasanya belum terlewat untuk saya mengucapkan selamat hari raya " TAQABALLAHU MINNA WA MINKUM".

Semoga sebulan ramadhan telah menyucikan segala dosa dan menambah pahal buat kita semua. 

Apa bezanya raya kali ini dengan yang sebelumnya? Sudah pasti ia berbeza sama dengan kematangan usia yang hadir. Alhamdulillah hari lahir kali ini jatuh pada bulan ramadhan. ia tidak di sambut namun ia amat significant buat diri untuk menilai ke mana usia ini telah pergi dan bagaimana ia terisi. 

Sesungguhnya ramai yang seronok dengan tibanya Syawal namun realitinya kita patut merasa sedih kerana kita tidak pasti adakah kita akan bersua lagi dengan Ramadhan yang aka datang. Moga-moga allah memberi kita peluang untuk beramal ibadat selagi kita mampu melaksanakannya. Ameen.

SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN
1434H.

Thursday, August 22, 2013

Merokok membahayakan kesihatan



Bismillah

"Merokok membahayakan kesihatan"

Kesan merokok yang membahayakan kesihatan rata sudah maklum tetapi ramai yang tidak peduli. Faktor rakan dan ahli keluarga yang merokok adalah punca kepada merokok. Perhatikan kes penagh dadah setiap kali masuk pusat serenti  tetapi mereka jembali menagih. Ini hampir sama dengan perokok, berkali kali mencuba gagal kerana mereka tidak kuat dan yakib serta kalah bila bersama kawan-kawan yang masih merokok. Nafsu mahu merokok dan ketagihan menjelma bila melihat kawan-kawan merokok. Persoalannya bolehkan menjauh dengan rakan yg merokok? Jawapannyasudah pasti tidak, pokok pangkalnya ia terpulang kepada diri sendiri. Iman yang kuat akan dapat meninggalkan perkara mungkar. 
Wallahuaalam. 

Kecenderugan Dan Minat Berbeza Anak -Anak

Bismillah, 
Berbicara lagi tentang anak-anak, Alhamdulillah dianugerah Allah dua anak perempuan berbeza karakter seorang rajin di dapur yang sorang rajin mengemas, seorang rajin menyakat seorang kagi manja dan sensitif . Indahnya Allah menjadikan setiap insan punya keunikan. itu lah yang perlu diterima ibu bapa, jika gagal meraikan kelebihan dan mekurangan anak anak maka ibu bapa cenderung bersikap pilihkasih, tidak bersyukur bahkan sering melihat sisi negatif pada anak-anak. maka bila rasa tidak puas hati ibu bapa akan mudah berleter serta cepat marah dengan kerenah anak-anak. Tidak puas hati dan sebagainya ini adakala dilahirkan dalam bentuk fizikal dan emosi sepeti memukul. 
Oleh kerana setiap Individu itu unik, ada kelebihan dan kekurangan maka jika mahu mendidik dan mentarbiyyab kenal pasti kedua K ini. Ia pasti memerlukan cara berbeza untuk diambil kira. Anak-anak perlu dipuji dalam hal yang mereka mahir. Ini membantu meningkatkan self esteem mereka, dan jangan pula kelemahan mereka diungkit.  Latih anak-anak dengan asuhan yang kita ingin mereka jadi. Cara berfikir kita dan didikan kita sebagai ibu bapa akan menjadi acuan buat diri mereka membesar menjadi dewasa. 
Ingatlah, lain asuhan lain cara berfikir. Tepuk dada tanya iman...Demi melahirkan generas al Quran.. 

Sunday, August 18, 2013

Mendidik anak menjadi matang

Bismillah..

Bercerita tentang anak-anak saya mahu berkongsi tentang bagaimana anak-anak boleh matang dengan cepat bila mereka mempunyai adik.. Pun begitu ia berbeza bergantung kepada individu. Saya berkongsi cerita di mana anak buah mempunyai 3 cahaya mata kesemuanya perempuan. Yang sulong baru berumur 5 tahun, adiknya 3 tahun dan yang kecil setahun 4 bulan. Mereka transit 2 hari di rumah saya untuk balik bertugas di Sarawak setelah habis bercuti.

Oleh kerana mereka mahu membeli belah maka ke tiga cucu sedara itu ditinggalkan dirumah saya. Si kakak bertanya, ummi dan abi ke mana? Lalu saya menjawab yang mereka berdua keluar. Melihat seakan dia mahu menagis maka saya katakan kalau dia menagis maka si adik juga akan menagis bertanyakan abi dan ummi. Lalu dia diam.  Apa yang menarik si kecil menyedari ummi dan abinya tiada mula menangis, dia seperti tercari-cari. Bila mahu di dukung dia tidak mahu. Namun si kakak mendukung dan memeluknya lalu dia diam. Kemudian adik yang no 2 pula bertanya lalu si kakak menjawab abi dan ummi keluar.. lalu percaya dengan jawapan si kakak dia berhenti bertanya.

Bak kata orang kanak-kanak mudah jemu lalu si adik mula menangis kembali maka segala permainan dikeluarkan untuk menghiburkan mereka. Yang no 2 mula bertanya kembali di mana ummi dan abi..Lalu bila mendapat permainan semuanya leka bermain. Si kecil mula merengek lalu anak sulong saya meribanya selepas solat. Si kakak yang sedang asyik bermian dengan adiknya Hana Sofia tiba-tiba bertanya.. " mana Farah?" Dia terkejut dan hampir menangis kerana adiknya di ruang tamu sudah tiada. Lalu suami menjawab, adik dah tiada, ada orang ambik.. ". Apalagi meraung sikakak menangis kerana di sangka adiknya sudah tiada, bila di tunjuk adiknya Farah Adibah di atas ribaan mak ciknya pun dia masih menangis tersedu. Akhirnya dia berhenti menagis bila dia sedar adiknya akan turut menangis.. Saya melihat betapa si Kakak bernama Wafa ini sangat matang. Di usa 5 tahun dia sudah pandai mengambil tanggungjawab. walau adakala beliau sedikit memberontak bila acap kali di suruh ibunya. Namun dia juga boleh mengalah dengan adik-adik.

Moral of the story.
Ibu bapa yang mendidik anak menjadi matang. Mereka ini akan menyedari tanggungjawab jika ibu bapa melatih mereka berdikari. Anak-anak juga perlu diberi kepercayaan. Mereka perlu dipuji bila melakukan tugasan. Anak-anak yang ada adik serta jarak usia yang rapat jika kena gayanya akan menjadi lebih matang berbanding kanak-kanak seusia mereka kerana adanya tanggungjawab dan peranan. Lalu bagi yang belum ada adik salah satu cara mendidik anak menjadi matang adalah menyedarkan mereka tentang peranan mereka sebagai inidividu. Banyakkan berinteraksi dan bercakap-cakap pasti si anak faham siapa diri mereka. Elakkan mengugnakan ayat arahan bila meminta bantuan, tetapi gunakan ayat meminta atau ayat merayu pasti si anak ringan tulang. 

Wallahuaalam.

Thursday, August 15, 2013

Hikmah Poligami: Telusuri Sirah

Bismillah, 

Moga Jumaat yang barakah buat kita sempena Syawal ini. Posting kali ini saya mahu memperkatakan tentang poligami. Ia topk yang hangat kebelakangan ini sementelah ada golongan ilmuan yang berpengaruh mengamalkannya. Ada yang menyokong dan ada pula yang kurang bersetuju. Rata-rata ada pendapat tersendiri dan paling banyak adalah pandangan yang lebih bersifat emosi dan kurang bersandarkan kepada hukum sedia ada dalam Islam. 

Sesungguhnya poligami itu ada banyak kelebihan dan manfaatnya, jika tidak ia bukan menjadi sunnah. :Poligami bagus sangat2 bagi yang memgikut syariat. Poligami juga memberi kesan kepada kebahagiaan sedia ada bila syariat tidak dipatuhi. Saya sedang dalam mengumpul kajian/ tesis / buku2 berkenaan poligami untuk menyiapkan buku berkenaan poligami yang sudah agak lama tertangguh. Dalam buku tersebut akan dimasukkan juga kes study isteri, suami yang mengamalkan poligami yg berjaya dan gagal. Moga Allah permudahkan sebagai satu usaha dakwah."
Memetik komen saya dalam FB rakan yang menyuarakan pandangan tentang poligami ia merupak perkara yang pastinya disokong bukan diremehkan. Pasti bila saya katakan begini maka akan ada suara-suara yang bertanya adakah saya sanggup bermadu? Jawapannya in sya Allah jika ia mengikut syariat. Saya mengizinkan suami untuk mengamalkannya. Saya pernah menemuramah seorang yang mencarikan calon isteri serta sanggup tinggal dan hidup bersama madunya, jika sebelumnya saya agak sedikit negatif. Namun ternyata Allah memberikan hidayah. Namun perkara pertama adalah ekonomi keluarga mereka amat stabil. Rumahnya amat lengakp untuk anak-anak. Bahkan suaminya menyediakan keperluan yang cukup buat dia dan anak-anak yang sedang belajar. Rumah yang amat selesa serta cara hidup Islam yang diamalkan oleh keluarga mereka amat memungkinkan suaminya mengamalkan poligami dan dia sendiri merelakannya. 

Mari kita telusuri sejarah, bagaimana Islam tersebar diperingkat awal adalah dengan cara rahsia, yang ramai masuk Islam adalah golongan hamba dan fakir miskin yang tertindas. Dan peneraju yang mendokong Islam dengan harta benda waktu itu tiada lain iaitu isteri Rasululllah, Khadijah r.a. Pada waktu itu Rasululah berjuang untuk aqidah, memperbetulkan akhlak kaum Jahiliyyah. Lalu tidak pelik jika Rasulullah mengamalkan monogami. Ini boleh diaplikasikan kepada golongan suami yang masih banyak tangugngjawab sedia ada tidak terlangsai perlu focus kepada tanggungjawab tersebut barulah mengamalkan poligami. 

Kesilapan suami yang tidak menjalankan tanggungjawab serta amanh kepada isteri pertama dan anak-anak sedia ada yang menyebabkan poligami dipandang negatif. Walhal jika kita melihat sejarah poligami membantu dalam usaha dakwah dan melindungi wanita dan anak-anak di saat Islam tersebar diperingkat awal. Bila perang berlaku maka balu dan anak-anak yatim ini dapat diraikan dan kehidupan mereka terjamin. 

Satu perkara lagi, syakhsiah dan akhlak mereka yang mengamalkan poligami ini perlu diambik kira. Disini sekali lagi Rasulullah telah menunjukkan contoh terbaik. Bagaimana isteir baginda duduk berhampiran, adil dalam nafkah dan giliran walau ada yang menolak giliran. Namun apa berlaku segelintir suami ada yang tidak pulang ke rumah, berkahwin secara senyap, anak-anak tidak dipeduli maka kesannya ia memberi imej yang buruk pada poligami. 

Bagi wanita janganlah terlalu membenci dan anti dengan poligami. Memang jarang sekali yang sanggup berbahagi kasih apalagi jika merasa tergugat dengan kehadiran orang baru. Percayalah cinta kasih itu milik Allah. Jika takdir menetukan kita hidup bermadu maka redha dan pasrah. Mungkin ini hikmah untuk kita lebih kasih kepada Allah dan Rasul dari manusia yang bergelar suami, Ada yang menderita berpanjangan kerana suami memadukan beliau maka inilah masanya untuk kita muhasabah perjalanan hidup. Hidup di sana yang abadi perlu diambil kira. Kita bernafas di dunia sementara.. Mungkin sebagai wanita perlu berjiwa besar boleh merelakan diri dimadu, kredit buat mereka yang ternyata berjiwa besar. Moga Allah redha dan menerima segala amalan. 
Sesungguhnya berkata itu mudah, semudah menulis tinta, yang pasti melaksanakan itu amat payah. 
Semoga Allah memasukkan kita dalam golongan orang-orang yang sanggup menerima segala bentuk ujian kehidupan sebagai tanda hamba yang beriman. Ameen. 
Wallahuaalam. 

Tuesday, August 13, 2013

Menu dan Juadah Hari raya

Bismillah,
Setiapkali raya maka sudah pasti kita tidak akan terlepas dari menyediakan juadah untuk keluarga dan para tetamu. Tahun ini dan seperti tahun-tahun sbelumnya jika giliran berhari raya di kampung sendiri maka sayalah yang menjadi Chef di rumah. Biarpun sebagai anak bongsu dalam keluarga namun seringkali saya diberi tugasan tersebut. ia bukan kerana saya pandai memasak tetapi saya suka memasak. Bahkan saya suka mencipta menu-menu masakan ikut citarasa saya dan berekebtulan dengan citarasa adik beradik dan ipar duai. Namun ia bukan semua menu.. saya akan pilih apa yang mahu dimasak, dan kebiasaanya adik beradik, anak-anak buah yang menyediakan bahan-bahannya. 

Raya kali ini saya pertama kali menyediakan masakan daging dendeng pada ahli keluarga. Ia bukan masakan kelantan tetapi menu tersebut yang paling cepat kehabisan dibanding dengan menu ayam masak tomato. Biasanya bila saya yang memasak maka saya tidak bereselera untuk makan. Dek kerana itu saya akan berkunjung ke rumah kakak-kakak yang berhampiran untuk makan juadah mereka. berkebetulan kakak saya menyediakan laksa penang kegemaran pada raya pertama maka saya tidak melepaskan peluang tersebut. Raya ke dua pula saya menukar kepada menu ala-ala Thai.. apalagi anak-amak yang sudah muak dengan rendang dan kari bukan main laju lagi makan. Bahkan adik beradik yang lain menumpang untuk makan bersama. Indahnya kerana kami boleh bertandang sesama sendiri jika mahu makan. Kebetulan kesemua kakak saya duduk berdekatan jadi jika pasal makan kami mudah berkongsi dan slaing memberi..  
Memasak untuk keluarga adalah satu kepuasan. Namun jika dirumah mertua saya lebih suka sekadar membantu. Selera sudah pasti berbeza kerana berlainan citarasa. lebih-lebih lagi suami saya berketurunan jawa. Dek kerana itu saya jarang sekali memasak, sekadar menengok-nengok apa yang patut. Kelakar pula bila bertandang ke rumah mak cik suami yang saya panggil wak, beliau menginterview saya apa yang saya masak untuk keluarga pada hari raya. Termasuk mahu mengetahui apa resepinya. Ia bukanlah berbeza, namun ada yang tidak suka masakan Kelantan, jadi saya selesa untuk memasak masakan yang ringkas dan bersifat sejagat..hmmm apa ye..ikan goreng.. Apapun memasak itu ada kerja tetap dan berpencen wanita. Jika tidak mencuba pasti kita tidak dapat merasa air tangan sendiri. Bagui yang rasa tidak tahu atau tidak pandai memasak.. ia sekadar yakin kepada diri sendiri... 

Wallahuaalam.

Saturday, August 3, 2013

Tazkirah Ramadhan: Perubahan Diri

Tazkirah Ramadhan: Perubahan Diri

Kematian menjemput tidak diketahui maka bersyukur dengan nyawa yang Allah beri hingga ke penghujung Ramadhan. 10 malam terakhir perlu disyukuri untuk kita jalani dengan ibadah dan berdoa agar kita mampu berjaya meraih lailatuladar.
Taddarrus (belajar mempelajari) merupakan aktivit Ramadhan yang boleh dipraktikkan. Ramai yang mengambil kesempatan untuk bertilawah dan bertadarrus dan Allah menjanjikan ketenangan dalam diri dan melimpahkan rahmat kepada mereka. Selain itu para malaikat mendoakan keampunan dan rahmat kepada yang bertadarrus serta Allah menyebut nama mereka di langit.
Tilawah al Quran perlu dibudayakan. Al Baqarah :185 Allah mengaitkan bahawa kewajipan berpuasa dan diturunkan Al Quran sebagai hidayah untuk seluruh manusia. Hidayah Al Quran ini tiada keraguan pada isi kandungan dan ia bersesuaian hingga akhir zaman.


Sent from my iPhone

Thursday, August 1, 2013

Dakwah dikalangan jiran tetangga dan ahli masyarakat


Bismillah...

Apa yang mahu diperkataan adalah tentang akhlak dan syakhsiah remaja hari ini. Adakah anda pembaca akan menegur jika ada perkara yang tidak elok dilakukan oleh remaja di depan mata anda atau sekadar berdiam sahaja. Sungguh adakala ia menjadi dilemma. Ada ketika mahu menegur anak orang bukan bermakna anak kita bagus. Kita mengharapkan apabila kita menegur anak orang lain ke arah kebaikan maka kita mengharap orang lain juga akan berbuat perkara yang sama pada anak kita. 

Tazkirah Ramadhan: Kewajipan solat dan puasa

Bismillah, malam yang penuh barakah. Esok hari Jumaat yang terakhir dalam bulan Ramadhan. Sungguh terasa satu dengan Ramadhan yang hampir pergi. Kita tidak pasti apakah Ramadhan yang mendatang masih ada ruang waktu untuk kita. Ya Allah terimalah amalan kami dan panjangkan umur kami untuk bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang selagi mana kami mampu beribadat kepada Mu.

Topik kali ini adalah menyentuh tentang amalan puasa dan solat. Dua hari berturut kami dijemput berbuka puasa oleh rakan-rakan. Alhamdulillah restoran tersebut menyediakan ruang slat yang amat selesa. Malangnya ramai yang berbuka puasa di restoran tersebut tidak solat. Bahkan segelintir seperti tidak peduli dengan waktu maghrib, mereka sedap menjamu selera tanpa terasa bersalah kerana masih belum solat. 

Seringkali kita mendengar betapa orang yang menjaga solat pasti menunaikan amalan puasa, namun yang berpuasa belum tentu bersolat. Iman kita belum cukup kuat jika kita seperti tidak mengendahkan kewajipan solat. Semua sudah maklum akan kewajipan ini, namun mengapa masih ramai yang tidak mahu bersolat? Ini kerana mereka masih tidak kukuh aqidahnya. Keimanan kepada Allah masih belum utuh kerana itu mereka tidak takut kepada balasan azab Allah bila tidak bersolat. Moga-moga Allah memberi hidayah buat mereka. Solat itu menjadi rutin yang biasa jika di asuh dari kecil, malangnya waktu kecil bersolat namun bila dewasa mereka ini begitu mudah meninggalkan solat. Siapakah yang bersalah? Adakah mereka bersekolah agama (KAFA) lalu bila remaja dan dewasa ilmu yang dipelajari itu setakat disekolah? Alangkah malang buat kita jika nelajar sekadar belajar tanpa kita mempraktikkan dan istiqamah dalam beribadat.