Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, August 27, 2013

Mengurus masa secara berfaedah



Bismillah... moga semua pembaca dalam rahmat dan barakah Allah..

Masa berlalu pantas, kita seperti mengejar namun ia tetap keciciran. banyak perkara mahu dilunaskan dalam masa yang ada namun seringkali ia tersasar.. Itulah rutin kehidupan. Hari berlalu pantas, jika dihitung masih banyak amalan dan tanggungjawab tidak terlaksana. Ada ketikanya kita perlu muhasabah bagaimana masa yang sedia ada ini kita pergunakan.

24 jam masa diberi ada banyak perkara boleh diperbuat, ada yang hanya menisi dengan perkara dunia ada yang hanya mengisi dengan hiburan dan ada yang mengisinya dengan cara berhemah. Maka untuk memastikan masa itu dapat dimanfaatkan sepenuhnya bahagikan ia untuk 3 perkara yang utama iaitu untuk amal ibadat, keluarga dan juga pekerjaan. Jika ini dapat kita manfaatkan maka sudah pasti hidup kita penuh terisi.
Masa untuk beramal contohnya ia bukan sekadar kita di tikar sembahyang kerana ibadat itu luas pengertiannya. Mencari ilmu berbakti kepada masyarakat atau menolong orang dalam kesusahan juga adalah amal kebaikan. Masa bersama keluarga pula perlu diberi kualiti dengan mentarbiyyah anak-anak atau mengisi masa yang ada dengan menziarahi keluarga sanak saudara. Manakala waktu bekerja pula perlu dipastikan kita bekerja dengan ikhlas, tidak mencuri tulang dan sebagainya.

Berdoa kepada Allah agar kita mampu mengisi masa dan memenuhinya dengan perkara yang sepatutnya dan dijauhkan diri kita semua dari perkara maksiat dan lagha. Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment