Bismillah..
Bercerita tentang anak-anak saya mahu berkongsi tentang bagaimana anak-anak boleh matang dengan cepat bila mereka mempunyai adik.. Pun begitu ia berbeza bergantung kepada individu. Saya berkongsi cerita di mana anak buah mempunyai 3 cahaya mata kesemuanya perempuan. Yang sulong baru berumur 5 tahun, adiknya 3 tahun dan yang kecil setahun 4 bulan. Mereka transit 2 hari di rumah saya untuk balik bertugas di Sarawak setelah habis bercuti.
Oleh kerana mereka mahu membeli belah maka ke tiga cucu sedara itu ditinggalkan dirumah saya. Si kakak bertanya, ummi dan abi ke mana? Lalu saya menjawab yang mereka berdua keluar. Melihat seakan dia mahu menagis maka saya katakan kalau dia menagis maka si adik juga akan menagis bertanyakan abi dan ummi. Lalu dia diam. Apa yang menarik si kecil menyedari ummi dan abinya tiada mula menangis, dia seperti tercari-cari. Bila mahu di dukung dia tidak mahu. Namun si kakak mendukung dan memeluknya lalu dia diam. Kemudian adik yang no 2 pula bertanya lalu si kakak menjawab abi dan ummi keluar.. lalu percaya dengan jawapan si kakak dia berhenti bertanya.
Bak kata orang kanak-kanak mudah jemu lalu si adik mula menangis kembali maka segala permainan dikeluarkan untuk menghiburkan mereka. Yang no 2 mula bertanya kembali di mana ummi dan abi..Lalu bila mendapat permainan semuanya leka bermain. Si kecil mula merengek lalu anak sulong saya meribanya selepas solat. Si kakak yang sedang asyik bermian dengan adiknya Hana Sofia tiba-tiba bertanya.. " mana Farah?" Dia terkejut dan hampir menangis kerana adiknya di ruang tamu sudah tiada. Lalu suami menjawab, adik dah tiada, ada orang ambik.. ". Apalagi meraung sikakak menangis kerana di sangka adiknya sudah tiada, bila di tunjuk adiknya Farah Adibah di atas ribaan mak ciknya pun dia masih menangis tersedu. Akhirnya dia berhenti menagis bila dia sedar adiknya akan turut menangis.. Saya melihat betapa si Kakak bernama Wafa ini sangat matang. Di usa 5 tahun dia sudah pandai mengambil tanggungjawab. walau adakala beliau sedikit memberontak bila acap kali di suruh ibunya. Namun dia juga boleh mengalah dengan adik-adik.
Moral of the story.
Ibu bapa yang mendidik anak menjadi matang. Mereka ini akan menyedari tanggungjawab jika ibu bapa melatih mereka berdikari. Anak-anak juga perlu diberi kepercayaan. Mereka perlu dipuji bila melakukan tugasan. Anak-anak yang ada adik serta jarak usia yang rapat jika kena gayanya akan menjadi lebih matang berbanding kanak-kanak seusia mereka kerana adanya tanggungjawab dan peranan. Lalu bagi yang belum ada adik salah satu cara mendidik anak menjadi matang adalah menyedarkan mereka tentang peranan mereka sebagai inidividu. Banyakkan berinteraksi dan bercakap-cakap pasti si anak faham siapa diri mereka. Elakkan mengugnakan ayat arahan bila meminta bantuan, tetapi gunakan ayat meminta atau ayat merayu pasti si anak ringan tulang.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment