Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, August 1, 2013

Tazkirah Ramadhan: Kewajipan solat dan puasa

Bismillah, malam yang penuh barakah. Esok hari Jumaat yang terakhir dalam bulan Ramadhan. Sungguh terasa satu dengan Ramadhan yang hampir pergi. Kita tidak pasti apakah Ramadhan yang mendatang masih ada ruang waktu untuk kita. Ya Allah terimalah amalan kami dan panjangkan umur kami untuk bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang selagi mana kami mampu beribadat kepada Mu.

Topik kali ini adalah menyentuh tentang amalan puasa dan solat. Dua hari berturut kami dijemput berbuka puasa oleh rakan-rakan. Alhamdulillah restoran tersebut menyediakan ruang slat yang amat selesa. Malangnya ramai yang berbuka puasa di restoran tersebut tidak solat. Bahkan segelintir seperti tidak peduli dengan waktu maghrib, mereka sedap menjamu selera tanpa terasa bersalah kerana masih belum solat. 

Seringkali kita mendengar betapa orang yang menjaga solat pasti menunaikan amalan puasa, namun yang berpuasa belum tentu bersolat. Iman kita belum cukup kuat jika kita seperti tidak mengendahkan kewajipan solat. Semua sudah maklum akan kewajipan ini, namun mengapa masih ramai yang tidak mahu bersolat? Ini kerana mereka masih tidak kukuh aqidahnya. Keimanan kepada Allah masih belum utuh kerana itu mereka tidak takut kepada balasan azab Allah bila tidak bersolat. Moga-moga Allah memberi hidayah buat mereka. Solat itu menjadi rutin yang biasa jika di asuh dari kecil, malangnya waktu kecil bersolat namun bila dewasa mereka ini begitu mudah meninggalkan solat. Siapakah yang bersalah? Adakah mereka bersekolah agama (KAFA) lalu bila remaja dan dewasa ilmu yang dipelajari itu setakat disekolah? Alangkah malang buat kita jika nelajar sekadar belajar tanpa kita mempraktikkan dan istiqamah dalam beribadat.  

No comments:

Post a Comment