Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, August 1, 2013

Dakwah dikalangan jiran tetangga dan ahli masyarakat


Bismillah...

Apa yang mahu diperkataan adalah tentang akhlak dan syakhsiah remaja hari ini. Adakah anda pembaca akan menegur jika ada perkara yang tidak elok dilakukan oleh remaja di depan mata anda atau sekadar berdiam sahaja. Sungguh adakala ia menjadi dilemma. Ada ketika mahu menegur anak orang bukan bermakna anak kita bagus. Kita mengharapkan apabila kita menegur anak orang lain ke arah kebaikan maka kita mengharap orang lain juga akan berbuat perkara yang sama pada anak kita. 


Mungkin ada yang berkata tidak perlu jaga tepi kain orang. Namun dalam keadaan situasi seperti hari ini bolehkah pepatah ini digunapakai. Kerana tidak mahu menjaga tepi kain orang adakah kita sekadar melihat anak jiran berdua-dua di dalam rumah saat ibu bapa tiada di rumah. Adakah kerana tidak mahu menjaga tepi kain orang maka kita sekadar melihat maksiat berlaku didepan mata. Maka sudah pasti ia bergantung kepada diri masing-masing dalam memilih approach dakwah yang bersesuai dengan diri. 

Ada yang tidak mampu dengan perbuatan maka dengan lisan/lidah jika tidak mampu maka dengan doa. saat melihat perkara tidak elok sudah pasti sebagai ibu kita akan berdoa agar kita dan keluarga kita dijauhkan dari maksiat, sama juga bila kita menegur sesorang maka kita mendoakan agar bila kita mencegah perkara mungkar maka Allah memberi ganjaran pahala buat kita. Namun tegur bukan sekadar tegur, teguran itu perlu dengan hikmah agar ia tidak mendatangkan mudarat kepada perhubungan dalam masyarakat. Perlu diingatkan tidak semua ibubapa mahu anak-anak mereka ditegur dan diberi nasihat. Perhatikan di media berapa banyak ibu bapa yang membuar report polis bila ada guru yang menegur dan merotan anak mereka. Lalu bila anak tidak sebagaimana yang diharap maka siapakah yang bersalah?

Kita juga akan dalam dilema bila mahu menegur anak orang namun anak sendiri serupa juga..bahkan mungkin diri sendiri tidak sebagus mana.. ia diibarat kata dulang paku serpih. Lalu ahli masyarakat akan memilih berdiam dan memejamkan mata akan apa yang berlaku didepan mata. Bahkan ada yang bila menegur berlaku perselisihan faham antara jiran tetangga. Oleh itu berjalankah bentukdakwah dalam masyarakat? Oleh sebab suasana begini iaitu kehidupan dan cara hidup engkau engkau aku aku maka apa yang diharap agar proses dakwah berjalan dikalangan masyarakat susah untuk diaplikasikan. Ia ibarat melontar air ke permukaan yang akan terpercik kemuka sendiri... Persoalannya bagaimana ia boleh kita sama memperbaiki semua ini agar dakwah dikalangan masyarakat dapat dipraktikkan. 
Wallhuaalam 

No comments:

Post a Comment