Kembara Spain Portugal Morocco
Siri 14- Morroco Tanah Subur
Morocco sebuah negara yang mana satu pertiga darinya adalah padang pasir. Namu tanahnya yang berbaki begitu subur. Ia sebuah negara pertanian.
Rakyatnya jika dilihat masih menggunakan teknologi lama baik dalam mrmbajak atau juga memproses. Keldai menjadi transport yang cukup mewah buat mereka yang bertani. Menjadi alat tunggangan dan pembajak tanah.
Bersempadan dengan negara Eropah pastinya ada keistimewaan buat Morocco. Mereka mempunyai kincir angin untuk menjana tenaga elektrik. Tanahnya yang gersang ditebusguna menjadi kawasan pertanian. Pendek kata semuanya bermanfaat.
Anak kecil susah boleh berdikari bekerja membela kambing. Sepanjang jalan dari dalam keretapi yang melewati kawasan penduduk dan pertanian rakyat Morocco kita dapat melihat cara hidup mereka yang masih kekal dengan cara yang lama.
Hasil tanaman mereka amat subur. Cuaca Meditranean dan juga tanah tanih yang subur menghasilkan tuaian yang bagus. Buah dan sayuran amay segar. Epal, delima, plum dan lain lain lebih besar dan manis berbanding yang ada di tempat kita. Makananan mereka juga banyak berasaskan daging. Minyak zaitun antara eksport utama Morocco.
Sebelum meninggalkan Tangiers kami sempat singgah di restoran yang berada di tepi laut Atlantik dengan panorama indah menikmati daging bakar dan roti ala masakan Morocco yang sedap.
Sent from my iPhone
Assalamualaikum,
ReplyDeletePuan Sakinah, salam kenal, kalau tak keberatan pohon perkongsian tentang budget dan panduan perjalanan.
Puan berkelana dengan tour agent atau sendirian.
Saya berminat untuk mengembara ke sana.
Terima kasih
Waalaikumussalam, mohon maaf saya tidak pasti sudah menjawab atau tidak pertanyaan Puan, tetapi untuk makluman saya diurus oleh agen, namun ada sesetengah tempat kami urus sendiri termasuk makan-minum. Hotel dan segalanya ditempah dari awal oleh agen. Budget bergantung kepada Puan, jika mahu hotel 5 bintang agak mahal, kami memilih hotel kelas biasa sahaja, itu juga sudah cukup bagus.
ReplyDelete