Day 3
Pagi ni berkumpul di dataran untuk ke Quijiang untuk ke tempat pameran.
Ramai para usahawan dan banyak ilmu dapat diperoleh. Kami menguruskan persediaan untuk exhibition
Kali pertama bertemu ushawan ini berkongsi bagaimana beliau berjaya menembusi produk beliau ke serata negara. Dari Eropah, China, Jepun, Australian dan lain lain. Menurut beliau pakejing mengikut kehendak pasaran tempatan perlu diikuti. Setiap negara berbeza citarasa dan pandangan.
Day 4
Hari ini agak mendung, kami berkumpul di dataran Muslim Street untuk ke tempat exhibition di Quijuan.
Bertemu delegasi dari Malaysia untuk investment. Beberapa orang yang berpangkat Dato serta Datin yang datang ke booth pameran untuk melihat persediaan dan bertemu perwakilan usahawan dari Malaysia.
Day 5
Mendapatkan maklumat untuk ke tempat ekspo dgn bas. Pergi sedikit lewat kerana tidak mahu bersesak dar beratur. Rakyat Cina yang berada memang gemar membeli belah. Gedungnya melata yang kebanyakan menjual produk yang berjenama.
Kami naik bas ke tempat exhibutiion tapi tersilap sebab driver suruh turun lebih awal dek pemandu tidak faham bahasa kami untuk ke tempat exhibition.Saya kuatkan semangat naik bas untuk ke Terra Cota. Sebelum naik bas ke sama kami perlu terlebih dahulu ke Railway Stesen. Stesen keretapi dan bas yg besar Berada di sana sekadar mahu sampai dan mengenali tempat bersejarah. Balik ke hotel kami keluar seketika untuk membeli belah. Kakak saya sangat seronok membeli belah di China. Apalagi beliau kali pertama datang ke Xian.
Selepas membeli belah kami keletihan. Malang tidak berbau kakak saya jatuh tersepak tangga, lututnya bengkak. Malamnya saya ke kedai Hj Daud untuk bertanyakan siapa yang boleh menghantar ke Xian airpot. Karim anak saudara Hj Daud berbesar hati mahu menghantar saya.
Sedang berbual saya lihat Dato Ismail Sabri Menteri Pertanian dan Asas Tani tiba di kedai Hj Daud bersama pegawai Kedutaan dan juga Pegawai FAMA. Kehadiran mereka sudah pasti bertujuan memantau persediaan perasmian Perdana Menteri untuk Xian - Malaysian Halal Food Festival yang bakal berlangsung pada 28 Mei. Saya tidak dapat menunggu kerana komitmen kerja.
Day 6
Bertolak ke Malaysia, di hantar okeh Karim anak saudara hj Daud. Agak berdebar takut terlepas flight. Kali pertama ke luar negara pulang bersendirian agak mencemaskan. Apa lagi penerbangan Chinese Southern selalu lewat. Alhamdulillah selamat tiba di Guanzhou untuk transit pulang ke Malaysia. Perjalanan yang amat memenatkan. Mengusung beg ke sana sini. Airport yang ramai dengan penumpang dan terpaksa pula melalui Chinese Security yang agak ketat. Ada ramai warga Malaysia yang juga mahu kembali ke tanah air. Alhamdulillah tepat jam 6.45 saya selamat mendarat di KLIA di sambut suami tercinta.
Sent from my iPhone
No comments:
Post a Comment