Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, May 3, 2014

Bagaimana menambah keyakinan kepada Allah

Bagaimana menambah keyakinan kepada Allah


Bagi menambah keyakinan kepada Allah perlu dengan ilmu dan kefahaman.
Contoh bagaimana kisah Nabi Ibrahim mencari kebenaran tentang Tuhan

Apabila seseorang melihat sesuatu atau penyaksian kepada kejadian dan ciptaan Allah.

Bagaimana mahu ikhlas kepada Allah?

Apa yang diperbuat adalah kerana Allah. Umpama sebutan dalam solat seperti duduk dalam sujud.

Manusia mudah riya' dengan kelebihan diri. Mereka suka mendapatkan kepujian dan penghargaan dari manusia

Siapa yang berharap bertemu dengan Allah dia tidak boleh mempersekutukan Allah dalam ibadat.

Takkala insan bartaubat dan taubat diterima oleh Allah maka syurga untuknya.




Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment