Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, May 4, 2014

Membina Empayar Diri: Hargai Nikmat

Membina Empayar Diri: Hargai Nikmat

Bismillah,

Bila yang tersayang dipanggil Illahi maka saat itu baru kita mahu menghargai pasangan kita maka ia sudah terlambat. Sama keadaan dengan ibu bapa kita, saat susah kita mohon doa dan restu mereka. Kita kononnya ada kehidupan sendiri. Bila ibu bapa sudah pergi mengadap Ilahi maka barulah hadir rasa sesal. Terlewat untuk membalas jasa. Maka terasa dukacita yang amat sangat.

Masa kita sihat dari awal hingga cecah 50an. Tiada apa yang perlu dibuat dan dikejar untuk akhirat. Kita menjadi hamba yang biasa. Tribulasi sakit menyebabkan kita tidak mampu lagi ke mana-mana. Kesedihan menerjah. Lalu pertanyaan hadir kenapa aku tidak menggunakan masa untuk beribadat dan berjuang di jalan Allah. Alangkah saat itu kita mengharapkan untuk kembali ke masa muda.

Lalu kita menjadi orang yang rugi. Nikmat kasih sayang dan kesihatan pemberian Allah tidak kita manfaatkan sebaiknya. Kesesalan utu sudah terlambat. Maka gunalah masa yang ada bagi beribadat sebanyaknya.

Rasulullah berpesan :Ada dua nikmat di mana keduannya terpedaya, iaitu nikmat kesihatan dia tidak akan menghargainya dan nikmat masa lapang, yang tidak diisi dengan kebaikan.

Kata As syahid Hassan Al Banna menyatakan: "...waktu kewajipan-kewajipan yang Allah taklifkan jauh lebih banyak dari waktu yang kita miliki maka pilihlah yang lebih wajib.

Pilihan itu menentukan kita menjadi orang yang berjaya dan mendapat keredhaan Allah.


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment