Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, May 29, 2014

Actions speak louder than words



Bismillah,

Menjadi ibubapa yang memberikan kasih sayang kepada anak-anak pastinya amat subjektif serta setiap ibubapa akan memberikan definsi berbeza. Ada yang meletakkan kasih sayang dengan dengan memberikan wang ringgit dan material, ada pula yang melihat material nombor yang ke belakang tetapi yang utama adalah didikan agama. Kasih sayang juga diterjemah dengan memastikan anak-anak berdisiplin serta ada integriti. Ada yang memukul anak kerana sayang, ada yang memarahi kerana sayang. Namun ada juga yang merasakan semua itu tidak menunjukkan sebagai sayang, kerana sayang dengan memenuhi apa sahaja kehendak anak.

Cara dan pendekatan itu berbeza-beza. Apapun letaklah kasih sayang kepada anak-anak itu selari dengan kehendak agama. Kasih sayang perlu kerana Allah, menegakkan agama dan syiar Islam menjadi agenda utama. Sebagai contoh, melihat anak berpakaian tidak sopan maka mereka pelru ditegur. Ajari dengan cara yang baik dan pendekatan yang betul. Sama juga bila memupuk sikap amanah pada anak-anak, maka ajarlah mereka untuk menjaga hak orang lain, menunaikan kewajipan walau dimana sahaja berada seperti solat, puasa dan lain-lain.

Menjadi ibubapa kita adalah contoh, maka kita perlu memulakan dahulu sebelum mereka Ada anak liat melakukan perkara yang baik kerana ibubapa sendiri hanya menyuruh dengan perkataan tapi tidak diterjemah dalam perlakuan. Didikan ini tiada ruh, maka segala nasihat dan ajaran tidak lekat diminda anak-anak. Umpama menyuruh anak solat tapi ibubapa sendiri berlengah dalam mengerjakannya. Marah anak merokok tapi bapa merokok tanpa rasa bersalah di depan anak-anak. Abak tidak menutup aurat dengan sempurna kerana ibubapa sendiri tidak rasa menjaga aurat itu satu kewajipan.

Kesimpulannya, mendidik anak bermula dari ibubapa sendiri. Ia tidak sukar kerana ibubapa yang melakukan apa yang diperkata akan diperhati anak-anak. Itulah cara didikan yang berkesan. ACTIONS SPEAK LOUDER THAN WORDS!

Wallhuaalam

No comments:

Post a Comment