Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, May 4, 2014

Membina Empayar Diri


Bismillah,

Membina Empayar Diri merupakan hasil penulisan yang ke-10 yang bakal disipakan proses mengedit dan menambahkan nilai padanya. Setahun yang lalu bertemu editor mereka mahukan buku yang lebih premium sifatnya. Maka usaha bagi merealisasikannya bermula. Namun ia agak mengambil masa kerana ada pula buku lain dari penerbit dan editor berbeza perlu disegerakan. Maka akhirnya ia menjadi yang ke 10 dalam senarai.

Angka itu bukan penanda aras bahawa bagusnya kerana berjaya menulis, ia bahkan menjadi tanda aras bagi satu perjalanan. Perjalanan mencari diri, mendekatkan diri kepada Illahi bagi memohon magfirahnya untuk mencapai mardhatillah.

Membina Empayar Diri bakal menjadi kompilasi kepada semua yang ada. Isinya akan dikembangkan dan rujukannya juga perlu digandakan. Saat mengali dan memahami ia sungguh banyak memberikan manfaat buat diri. Terssa amat kerdil, terasa hina diri ini disisiNya. Sungguh ilmu ini teramat cetek. Benar sekali penulisan bukanlah bukti bahawa diri ini banyak ilmu, ia hanay satu pengalaman cetek yang dikongsikan dalam bentuk penulisan.

Sesungguhnya ramai lagi yang punya ilmu menggunung, pengalaman luas, alam yang banyak, contoh yang terbaik. Hanya mereka tiada masa mahu mencoret. Banyak masa dikongsikan ilmu secara lisan. Pena tidak semapt ditari dek banyak misi yang mahu dikendali.

Insaf diri ini dalam kembara membina empayar diri. Rahmati dan berkati Ya Allah misiku ini. Ia peringatan buat diri yang bakal ditinggalkan kepada generasi sendiri sebagai teladan. Moga manfaat ini menjadi cahaya di alam sana, 

No comments:

Post a Comment