Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, May 4, 2014

Membina Empayar Jiwa : Mengurus Kurniaan Nikmat Il

Membina Empayar Jiwa : Mengurus Kurniaan Nikmat Ilahi

Bismillah

Apabila diberi nikmat yang banyak agar kita laksanakan tanggungjawab. Semua insan mahukan nikmat. Maka disitu ujian menguruskan nikmat. Nikmat akan memberi pengorbanan untuk mendapat keredhaan Pemberi Nikmat.

Apabila diberi nikmat jangan terzahir hanya dengan yang disurface sahaja. Nikmat ini patut diisi dengan perkara yang lebih besar. Nikmat yang ada jangan digunkan pada maksiat atau bersubahat dalam perkara maksiat. Antara cara mengurus nikmat:

1) Bukan menggunakan nikmat ke jalan mungkar
2) Nikmat perlu digunakan pada perkara kebaikan seperti zakat, sedekah, ibadat sunat dan sebagainya
3) Harta yang dikurnia perlu dimanfaatkan dengan melangsaikan tanggungjawab kepada ibu bapa, isteri, anak- anak dan kaum kerabat.
4) Harta yang ada juga boleh menambahkan koleksi perkara sunat. Iaitu menggunakannya pada fisabilillah.
5) Mencari strategi bagaimana menggunkan nikmat yang diberi untuk syiar Islam

Apabila terlaksana hak-hak kesyukuran kepada Allah, maka kita dapat meraih pahala dari Allah. Harga diri kita jangan direndahkan dengan menggunakan nikmat secara yang dilarang Allah.

Maruah yang terjaga adalah yang menjaga amanah Allah. Salafus soleh menggunakan nikmat ke jalan Allah.

Kata seorang Salafus Soleh: Ya Amirul Mukminin aku berada di negeri yang dilimpahi nikmat, namun sedikit yang mensyukuri nikmat Allah.

Lihat bagaimana terbangunnya Universiti Al Azhar yang terbangun dari insan yang mewakafkan harta mereka untuk syiar Islam.

Wallahuaalam.


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment