Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, October 25, 2014

Memahami sunnah

Memahami sunnah

Sunnah adalah satu tradisi amalan baik yang diteladani dari Rasulullah SAW. Perkara yang baik perlu berpandu kepada hadith Nabi. Hadith dalam definisi bahasa adalah jalan. 

Ada ulama membezakan bentuk sunnah iaitu hadith adalah perkataan yang dilafaz oleh Nabi Muhammad, manakala sunnah merangkupi seluruh perbuatan dan amalan yang diikuti oleh sahabat dari Nabi Muhammad.

Selepas Al Quran, Sunnah menjadi sumber hukum yang kedua. Apabila Allah menjelaskan dalam surah An Najm : وما ينطق عن الهوي 
"Nabi tidak bercakap mengikut hawa nafsu semuanya adalah wahyu."
Nabi itu lebih malu dari perawan, segala watak Nabi merupakan contoh. Baginda bila tidak suka hanya diam sahaja.
Firman Allah:
"Aku turunkan kepada kamu az zikr " ini menunjukkan Nabi tidak bercakap mengikut nafsu.  
Al Imam Syafie mengatakan "al Kitab dan al hikmah". Al hikmah di sini merujuk kepada sunnah.

Hadith adalah wahyu banyak kali disebut al Hikmah dalam Al Quran. Inilah yang diperkata Imam Syafie, Iman Hasaan Basri. Ulama khilaf dalam menyebut tentang amalan-amalan yang dilakukan perkara sahabat ia disebuat sebagai "aathar". Ini merujuk kepada amalan dan kata kata para sahabat. Hadith dari aspek kelemahan dan kekuatan dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti hadith Sahih dan hadith dhaif. 

Bahkan ada juga hadith maudhuk. Ia bukan kata kata Nabi yang tidak ada bukti yang jelas. Ini kerana sanad perlu bersambung. Sanad ini adalah sahabat dan tabiin yang meriwayatkan hadith tersebut. 
من كذب علي متعمدا....
Siapa yang mendustakan ke atas nabi tempatnya di Neraka.
Satu buku yang mengumpulkan hadith sahih yang dikumpul dari Sahih Muslim dan Bukhari yang diberi judul اللوءلوء والمرجان

Oleh Prof. Madya Dr Fauzi Deraman
Celik Hadith
Cinta Ilmu
TV Hijrah
2 Muharram 1436 Hijrah



Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment