Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, October 12, 2014

Nota Bisnes 1: Antara Karater dan Sikap

Nota Bisnes 1: Antara Karater dan Sikap

Setiap individu mempunyai karakter tersendiri. Sebagai contoh seseorang yang mempunyai karakter bengis atau garang pastinya tidak disukai. Sama juga bagi yang pendiam amat sukar untuk didekati. Karakter biasa lahir pada diri individu hasil daripada prinsip-prinsip yang dipegang oleh individu tersebut. Karakter seseorang kebiasaannya dipengaruhi oleh faktor sekeliling. Ada juga yang mengatakan karakter ini disebabkan genetik.

Sikap pula merupakan tingkah laku individu yang bermula dari tabiat dirinya. Ia sesuatu yang tidak bersikap kekal dan mampu diubah. Contoh sikap malas, boleh diubah menjadi rajin. Sikap juga biasanya perkara yang dilakukan akhirnya menjadi satu rutin

Apa kaitan karakter dan sikap dalam perniagaan? Karakter individu ada yang disenangi dan tidak. Jika seseorang itu suka bercakap kasar maka pastinya ramai yang akan cepat terasa hati dengannya. Namun menurut Puan Ainon Mohd emosi dalam perniagaan perlu dipisahkan. Selagi individu tersebut mampu membawa duit atau mengerakkan perniagaan dengan bagus maka karakter yang tidak disukai itu bukan perkara penting. Apa yang perlu difocuskan adalah duit.

Sikap pula besar pengaruhnya dalam perniagaan. Jika orang berniaga ada sikap mahu berlumba-lumba ia sangat positif dan bagus untuk perniagaan. Begitu juga sikap rajin, cermat, peramah dan sebagainya. Sikap dilihat sesuatu yang amat tidak bagus jika ia mendatangkan kesan pada perniagaan. Orang yang malas umpamanya tidak akan berjaya membangunkan perniagaannya.

Bagi memastikan perniagaan kita maju maka sikap yang positif perlu ada pada setiap individu.

No comments:

Post a Comment