Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, January 29, 2015

Sekolah Kebangsaan vs Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

Bismillah,

SK dan SJKC mana yang lebih bagus? Itu pertanyaan sahabat saya dimuka buku beliau. Maka ada pelbagai pendapat yang diberi. Hampir 80% yang berkongsi bersetuju bahawa sekolah Cina lebih baik dari segi disiplin, pembelajaran dan juga guru-gurunya. Ada yang berkongsi pengalaman terbaik mereka belajar di SJKC. Pun begitu ada juga yang mempunyai pengalaman pahit.

Maka jika sebagai ibubapa sekolah mana yang bakal dipilih. Jawapan saya mudah. Apa yang kita mahu untuk anak-anak kita? Adakah kita mahu mereka mahir Bahasa Cina? Apakah kita mahu anak-anak lebig berdisiplin? Atau apa yang kita mahu sebenarnya?

Jawapan itu mudah jiak tahu apa yang kita. Ia juga amat subjektif sebenarnya. Namun pada hemat saya jika pilihan Bahasa, saya memilih SK kerana saya mahu anak-anak saya mahir Bahasa Arab, terdidik dengan tatacara budaya Melayu Islam. Saya memilih memberi keutamaan terlebih dahulu kepada Bahasa Arab. Mungkin kerana saya dan suami sebelum ini di hantar oleh ibu bapa kami ke sekolah agama, maka kami menyedari betapa penting mendedahkan anak-anak dengan cara hidup Islam dan dekat dengan agama. Ini hanya diperoleh di sekolah aliran biasa.

Jika mahu anak-anak lebih disiplin ia bukan soal pilihan sekolah. Saya pernah mengajar Moral untuk pelajar Cina. ia kisah tahun 1996 di mana saya mula-mula posting menjadi guru. Ma sya Allah jika betul sekolah Cina mampu menjadikan anak-anak berdsiplin saya menafikan. Mereka itu rata-rata dari SJKC sebelah sekolah saya mengajar. Mereka ini tidak takut bahkan sering melawan guru. Banyak lagi jika mahu dikongsi.

Maka pada hemat saya disiplin anak-anak bermula dari rumah, ia bukan sekolah. Ia bermula dengan ibu bapa sendiri yang menjadi role model. Saya suka anak-anak mempelajari banyak bahasa. Kerana itu bila anak-anak masuk asrama mereka belajar bahasa asing. Anak yang sulong selain belajar Bahasa Arab juga belajar Bahasa Jepun. Anak yang ke tiga pula selain belajar Bahasa Arab dia belajar Mandarin.Pilihan apa jua etiap satu ada implikasinya. Contoh, jika anak bersekolah SJKC mereka tidak akan dapat masuk SBP.

Apa jua terpulang kepada kita yang mencorakkan.

Kita hanya merancang namun Allah sebaik-baik perancang.

Wallahuaalam.

Memperkasakan Bahasa Arab



Bismillah,

Isu kali ini adalah tentang memperkasakan Bahasa Arab. Ramai yang memandang remeh tentang hal ini, walhal Bahasa Arab adalah bahasa al Quran, bahasa komunikasi ahli syurga. Kita sebagai seorang Muslim wajar meletakkan Bahasa Arab sebagai bahasa yang wajib dan bahasa yang menjadi keutamaan untuk dipelajari.

Ramai yang melihat Bahasa Arab bahasa yang tidak glamer, bahasa yang dianggap kolot dan hanya golongan Ustaz/ustazah sahaja layakknya mempelajari. Betulkah begitu? Cuba perhatikan berapa banyak buku-buku ilmiah dalam bahasa Arab karyawan ulama silam yang terbilang. Walau ada yang telah diterjemah namun pastinya ia tidak sama dengan naskah asal, Ada ketikanya maksud yang diberi kurang menepati apa yang mahu dinyatakan.

Memahami bahasa Arab membantu kita untuk kyusuk dalam solat bila kita faham makna yang dibaca. Bahkan kita akan lebih dekat dengan Allah bila faham kalam yang dibaca. Bayangkan jika kita berpengalaman mendengar ayat-ayat yang dibaca oleh Imam di Mekah yang adakala mereka sebak saat ayat itu dibaca, bagi yang memahami makna pasti akan turut sebak bahkan terasa gerun dengan ayat-ayat Allah yang memberi amaran pada hambaNya.

Maka marilah kita menilai diri, ke mana kita selepas ini. Pastinya kita menuju akhirat yang abadi. Jika usia sudah separuh abad ia belum terlambat untuk kita belajar bahasa Arab. Anggaplah ia satu perjuangan memartabatkan Islam.

Wallahualam

Wednesday, January 28, 2015

DEMI SATU PERJUANGAN

Selangkah mara dia jatuh, 
bangkit bersama kelukaan,
berpaut kepada akar keyakinan,
bertongkat dengan keberanian
pada siapa mahu menyerah nasib,
tiada yang peduli dengan rintihan
tiada yang melihat segala kesengsaraan,
airmata bukan lagi penawar,
tangisan bukan ubat kesembuhan
sisa perjuangan yang berbaki,
melonjak diri untuk bangkit
ketabahan menjadi perisai,
kepercayaan menjadi senjata
kalah menang bukan alasan
untuk kali ini,
Pejuang tidak akan berundur,
kerana Dia, misi perlu diteruskan…

Nukilan:
ummu iman ihsan

Motivation

Motivation

Monday, January 26, 2015

Jalan Pulang



Bismillah,

Allah itu Maha Penyayang.
Ada ketika Dia menyedarkan kita dari mimpi waktu siang,
mengajak diri muhasabah dari kealpaan.
Mahu apa lagi dengan dunia dan kesenangan?
Darjat dan pangkat sebagai tawaran,
wal hal nyawa bakal padam tanpa ada deringan loceng memberi amaran.

Maka dia datangkan ujian,
agar diri mampu menzahirkan,
apa yang kurang dalam perjalanan menuju jalan pulang.

Sungguh, dikala melihat kuburan saat menghantar musafir pulang,
lalu tiada apa yang ada pada insan,
semuanya hanya pinjaman,
melainkan amal jadi bekalan.
Benarlah pesan ilmuan,
dunia sekadar persinggahan,
melepas lelah dari kepenatan.
Saat tiba waktu keberangkatan,
musafir berangkat menuju haluan.

Nukilan
Ummu Iman Ihsan
6 Rabuil Akhir 1436H


Saturday, January 24, 2015

Sekolah asrama vs sekolah harian siri 1



Bismillah,

Hari ini status rakan FB mengajak berbincang tentang kewajaran menghantar anak di asrama atau bersekolah harian sahaja.

Isu ini sangat subjektif!.


Friday, January 23, 2015

Impian menjadi Hafiz















Bismillah,

Sudah masuk dua minggu saya berada dalam dilemma. Jawapan kemasukan Iman ke tingkatan satu telah diperoleh sewaktu saya di Mekah lagi. Impian mahu ke SBPI Rawang untuk Tahfiz Sains tidak kesampaian kerana Iman mendapat tawaran di SBPT Labu. Pada mulanya saya agak serba salah, terasa juga kecewanya kerana impian sebenar mahu masukkan Iman ke sekolah tahfiz. Iman satu-satunya anak lelaki yang saya ada, maka harapan besar untuk beliau menjadi seorang hafiz itu sentiasa menjadi cita-cita murni bagi seorang ibu seperti saya. Slogan satu rumah satu hafiz itu sudah dihafal di dalam minda.

Sewaktu Iman menghadiri interview kemasukan ke SBPI Rawang saya amat terharu bila dalam perjalanan pulang Iman memperdengarkan bacaan yang dihafal dari surah At Taubah. Biarpun hanya berjaya menghafal lapan ayat dari sepuluh yang diberikan dalam masa dua puluh minit, namun bagi seorang ibu saya bersyukur dan bahagia mendengar ayat-ayat yang dibaca. Airmata gugur saat mendengar ayat-ayat itu dibacakan.


Kini dilemma itu bersarang. Sungguh membuat pilihan tidak mudah. Sewaktu perjalanan pulang dari ofis saya terdetik membuka radio ikim.fm. Dari corong radio terdengar perkongsian Ustazah Hafizah tentang perlunya mengambil peluang untuk menghafal Al Quran tidak kira usia, walau sudah dipenghujung usia namun insan yang cekal pasti berjaya, Menurut beliau ada yang berusia 50 tahun baru belajar membaca namun kerana cekal masa 5-7 tahun dapat menghafal 30 juzuk al Quran. Ia juga tidak mengira latar belakang atau siapa kita. Beliau berkongsi kisah bagaimana kanak-kanak buta di Mesir bernama Muaz menjadi Hafiz. Saya pernah melihat you tube Muaz di wawancara. memang ia satu perkongsian yang sangat menginsafkan.



Kisah Muaz menjadi inspirasi buat saya. Beliau buta dari sejak lahir, namun ayahnya mahu beliau menjadi hafiz lalu dia sanggup menghantar anaknya Muaz untuk belajar dengan seorang Sheikh yang tinggal ajak jauh dari rumah mereka. Perjalanan dengan motorsikal mengambil masa hampir 45minit-1 jam untuk sampai ke rumah guru tersebut. Adakala bila sampai masa pengajian sudah tamat, ada ketika hanya boleh tasmik datu ayat sahaja. Bapa Muaz seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai harapan yang besar agar anaknya berjaya menghafal al Quran. Menjadi buta bukan penghalang. Beliau akan menulis ayat-ayat dan di tampal pada skrin depan motosikalnya, dalam perjalanan ke rumah guru apabila Muaz memperdengarkan bacaan, dia akan merujuk pada ayat-ayat yang ditampal itu. Muaz ketika diwawancara ditanyakan oleh pengacara apa yang beliau mahu sekiranya dia boleh melihat kembali, kata Muaz, dia tidak mahu melihat kerana dia mengharapkan apabila bertemu dengan Allah nanti dia akan mendapat ganjaran dari Allah kerana takut kepada Allah sekiranya mata melihat perkara mungkar.

Perkongsian ini ibarat bom jangka pada saya. Ia adalah 'wake up call'. Tersedar akan kealpaan. Kenapa saya berimpian hanya untuk Iman Ihsan menjagi hafiz? Kenapa tidak pada diri sendiri dan anak-anak yang lain. Betapa saya seorang yang lalai dan menzalimi diri sendiri kerana selama di sekolah Maahad Muhammadi serta masuk ke UIA diri perlu sentiasa menghafal Al Quran mengikut silibus yang ditetapkan. Namun bila usia berganjak, diri pula sibuk dengan urusan dunia ia semakin menghakis memori. Airmata tidak henti mengalir, insaf dengan kelemahan diri dan betapa saya insan yang lupa dna lalai, maka saya bertekad pada hari itu juga untuk meletakkkan impian saya dan semua anak-anak menghafal Al Quran. Ia belum terlambat untuk saya selagi nyawa dikandung badan.

Malamnya saya kumpulkan anak-anak selepas solat Maghrib berjemaah. Saya kongsikan cita-cita dan impian ini kepada anak-anak. Maka pada malam itu kami mulakan tasmik mengikut tahap masing-masing. Selesai semua anak untuk tasmik maka giliran saya Iman membantu saya untuk tasmik. Bermula hari itu saya mendapat jawapan kepada apa yang dilemma saya selama ini. Saya nyatakan pada Iman biarpun tiada program tahfiz saya akan mencarikan ustaz yang boleh tasmik untuk Iman, kami akan sama-sama berlumba menghafal dan setiap kali cuti kami akan sama-sama memperdengarkan bacaan masing-masing.

Saat untuk Iman mendaftarkan diri akhrinya tiba, SMAP Labu menjadi pilihan dengan harapan Iman akan pulang sebagai seorang Hafiz dengan cara belajar sendiri. Sewaktu di sekolah SMAP saya bertemu seorang ustaz bertanyakan program tahfiz, lalu guru menyatakan ada makmal huffaz, namun ia dikendalikan oleh PIBG. Saya katakan tidak mengapa jika perlu dikenakan bayaran, saya akan membayar. Ustaz menyatakan saya perlu tunggu selepas minggu oreintasi kerana pelajar akan disaring semula.


Seminggu masa berlalu tiada panggilan telefon dari Iman menyebabkan saya resah. Rindu pada Iman hanya Allah yang tahu. Kami jarang berpisah apalagi saya terfikir bagaimana minggu orentasi Iman. Hari minggu saya, suami dan Anis berangkat ke SMAP untuk bertemu Iman. Ternyata ia menjadi drama airmata. Rindu yan bersarang, terubat jua. Melihat Iman berkopiah putih berbaju merah terasa sejuk hati dan jiwa.


Saat bertanya khabar Iman memaklumkan beliau sudah pertukar kelas. Beliau dapat masuk kelas khas Al-Quran belajar tajwid, tarannum dan hafal Al Quran. Masa belajar akan lebih dibanding pelajar lain. Katanya hanya 15 orang pelajar lelaki yang terpilih dan Iman salah seiorang darinya. Lidah kelu untuk berkata, syukur pada Allah. Setelah saya redha dan Allah menemukan jawapan kepada diri ini maka dia memberikan kembali harapan yang dicitakan.

Doa seorang ibu agar Iman akan keluar sebagai Hafiz yang bakal menjadi Daie menegakkan syair Islam. Doa juga buat diri sendiri agar impian menjadi Hafizah mampu tercapai. Masa akan menjadi penentu. Allah mudahkan kami semua agar cita-cita ini akan dapat direalisasikan ia tiada lain melainkan untuk mencari redhaMu.  Allah satukan hati kami agar sentiada berada di jalan yang Engkau redhai dan berkati. Ameen.

Wallahuaalam.

Thursday, January 15, 2015

"ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA"

"ALLAH MENJAWAB AL-FATIHAH KITA"

Banyak sekali orang yang cara membacanya tegesa-gesa tanpa spasi, dan seakan-akan ingin cepat menyelesaikan shalatnya. Padahal di saat kita selesai membaca satu ayat dari surah Al-Fatihah, ALLAH menjawab setiap ucapan kita.

Dalam Sebuah Hadits Qudsi Allah SWT ber-Firman:

"Aku membagi al-Fatihah menjadi dua bagian, untuk Aku dan untuk Hamba-Ku."

■ Artinya, tiga ayat di atas Iyyaka Na'budu Wa iyyaka nasta'in adalah Hak Allah, dan tiga ayat kebawahnya adalah urusan Hamba-Nya.

■ Ketika Kita mengucapkan "AlhamdulillahiRabbil 'alamin". Allah menjawab: "Hamba-Ku telah memuji-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Ar-Rahmanir-Rahim", Allah menjawab: "Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Maliki yaumiddin", Allah menjawab: "Hamba-Ku memuja-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Iyyaka na' budu wa iyyaka nasta'in", Allah menjawab: "Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku."

■ Ketika kita mengucapkan "Ihdinash shiratal mustaqiim, Shiratalladzinaan'amta alaihim ghairil maghdhubi alaihim waladdhooliin." Allah menjawab: "Inilah perjanjian antara Aku dan hamba-Ku. Akan Ku penuhi yang ia minta." (HR. Muslim dan At-Tirmidzi)

■ Berhentilah sejenak setelah membaca setiap satu ayat. Rasakanlah jawaban indah dari Allah karena Allah sedang menjawab ucapan kita.

■ Selanjutnya kita ucapkan "Aamiin" dengan ucapan yang lembut, sebab Malaikat pun sedang mengucapkan hal yang sama dengan kita.

■ Barangsiapa yang ucapan "Aamiin-nya" bersamaan dengan para Malaikat, maka Allah akan memberikan Ampunan kepada-Nya." (HR. Bukhari, Muslim, Abu Dawud)

Sahabat jika Artikel Ini bermanfaat
silahkan dibagikan , sampaikan walau satu ayat


Sent from my iPhone

Dengan Hati Apa Kita Akan Menemui-Nya.?

Dengan Hati Apa Kita Akan Menemui-Nya.?

Sahabat... Pernakah terlintas dalam pikiran kita sebuah tanya, "Bila nanti ajal menjemput, dengan hati apa kita akan menemui Allah...???"

Seringkali kita bertemu dengan saudara, kerabat atau teman dekat, pertanyaan mereka selalu sama.

Bagaimana kabar kesehatan anda..?

Bagaimana kabar keluarga anda..?

Bagaimana kabar pekerjaan anda..?

Sangat jarang atau bahkan tak pernah kita mendengar mereka bertanya, "Bagaimana kondisi hati anda..?" Bahkan pertanyaan ini mungkin terasa aneh bagi sebagian orang. Tapi kita perlu untuk bertanya, paling tidak terhadap diri kita sendiri.

Abu Hurairah -radhiallahu anhu- berkata:

"Hati adalah raja, sedangkan anggota tubuh adalah tentara. Jika raja itu baik, maka akan baik pula tentaranya. Jika raja itu buruk, maka akan buruk pula tentaranya".

Iya, Segumpal darah yang bernama hati itu harus selalu terjaga, karena dengan hati kita mengenal Allah. Dengan hati kita bertaqarrub kepada-Nya, dengan hati kita menyusuri jalan menuju-Nya dan dengan hati pula kita akan kembali menemui-Nya.

Allah azza wajallah berfirman:

يَوْمَ لا يَنْفَعُ مَالٌ وَلا بَنُونَ إِلا مَنْ أَتَى اللَّهَ بِقَلْبٍ سَلِيمٍ

"(Yaitu) di hari harta dan anak-anak laki-laki tiada lagi berguna, kecuali orang-orang yang menghadap Allah dengan hati yang bersih." (Asy-Syu'ara': 88-89).

Lalu dimanakah hati yang selamat itu...?

Ibnul Qayyim Al Jauziyah mengatakan:

"Carilah (kedamaian) hatimu ditiga tempat, saat mendengarkan Al-Qur'an, saat menghadiri majelis ilmu, atau disaat engkau berkhalwat sendiri (dalam Ibadah). Jika engkau tidak mendapatkannya, maka memohonlah kepada Allah agar Dia memberimu hati yang lain. Karena (pada hakekatnya) engkau tak lagi memiliki hati."

(Ibnul Qoyyim Al-Jauziyah dalam kitab fawaaid: 1/149)

Semoga kita kembali kepada-Nya dengan hati yang selamat.

___________
Madinah Jum'at 10 Shafar 1435 H
ACT El Gharantaly


Sent from my iPhone

Wednesday, January 7, 2015

INISIATIF & CARA Untuk BERSEDEKAH

INISIATIF & CARA Untuk BERSEDEKAH
1.Belilah beberapa buah kerusi @ bangku dan letakkan di dalam masjid. Supaya dapat diguna orang yg ingin memakainya disaat solat (amalan biasa d masjid2 arab mekah & madinah).
✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨
..2. Inisiatif - sedekah:
Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing2 yg dtg..
....................................
..3.Inisiatif - sedekah:
Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji @ upah jerih payahmu, untuk dsumbangkan kpd anak yatim & orang miskin.
....................................
..4.Inisiatif - sedekah:
Sentiasa sediakan wang kecil didlm dompet utk diberikan kpd yg memerlukan.
....................................
..5. Inisiatif- sedekah:
Letakkanlah d kamarmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil kedalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu & sedekahkan wang tersebut.
....................................
..6. Inisiatif- sedekah:
Jika engkau hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 @ 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kpd orang2 yg memerlukannya (orang tua, sakit, kanak2 dsb).
....................................
..7. Inisiatif- sedekah:
Jika kamu membeli barang dari peniaga2 kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
..................................
..8. Inisiatif - sedekah:
Belilah mushaf (al quran). letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yg akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yg membacanya.
..................................
..9. Inisiatif - sedekah:
Berikanlah perasaan gembira kpd setiap orang, khususnya kpd mereka2 yg sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yg tulus.
....................................
..10. Inisiatif- sedekah:
Lemparkanlah senyuman kpd orang yg kamu temui, berilah salam kpd orang yg duduk, & bertuturlah dgn ucapan yg baik kerana semuanya adalah sedekah.
....................................
..11. Inisiatif - sedekah:
Jangan biarkan engkau tertidur, melainkan telah engkau ampuni setiap orang yg telah berbuat jelek kpdmu dari mengghibahi, mengadu domba & menzalimimu.
....................................
..12. Inisaitif sedekah-
Sedekahkan Alfathihah kpd kedua ibubapa kita, sahabat2 dan kenalan2 kita yg telah meninggal...
....................................
..13. Inisaitif- sedekah:
Kirimkan mesej ini ke semua kenalanmu. Siapa tahu ada yg mau mengamalkan. Moga andapun akan diberi pahala kerananya. .. Selamat bersedekah.

Dipetik dari group wassap

Sunday, January 4, 2015

Friday, January 2, 2015

Kembara Umrah 2014 (1)


Bismillah,

Alhamdulillah syukur pada Allah kerana memberi peluang untuk beribadat diMasjidil Haram pada 2014. Lama tidak berkongsi kerana sebaik pulang sibuk dengan urusan membantu mangsa banjir. kepergian umrah kali ini bersama ibu dan suami tercinta ternyata berbeza dari sebelumnya. Mekah dalam keadaan pengubahsuaian secara besdar-besaran amat menuntut kesabaran kepada tetamuNya. Ini kerana ruang menjadi padat, habuk dan debu yang kuat dan kesesakan serta tempat tinggal yang agak jauh. Apapun semua ini tidak membataskan peluang untuk beribadat, bahkan pada saya secara positifnya kami bolehg ada masa yang panjang di masjid dan tidak perlu pulang ke hotel dengan kerap. Balik hanya untuk makan minum, mandi, menukar pakaian dan se4kadar tidur sekejap. Selebihnya masa untuk beribadat meraih pahala.

Jika sebelum adanya construction hotel hanya di depan masjid, ia mudah untuk balik walau untuk qadha hajat, tapi kini hotel yang berdekatan semuanya harga agak mahal. Pada saya yang bukan duit banyak ini baik menyumbang kepada orang lain untuk ikut serta dibanding kita duduk di hotel atau tempat mahal.Namun jika mampu tidak salah. Saya bersyukur dengan peluang yang Allah beri selama ini. Harapan dan doa agar Allah menerima segala amal dan ibadat. Sememangnya setiap individu pasti bila sekali menjadi tetamu Allah akan mahu datanng berkali-kali lagi.

Ada banyak pengalaman yang mahu dikongsikan peristiwa di sana in sya Allah dilain coretan.

Wallahualam