Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Sunday, November 18, 2018
Rezeki ketentuan Allah.
Ada masa Dia beri dan ambil kembali.
Ada ketika Dia gantikan semula.
Kita sebagai hamba menerima dengan syukur setiap keadaan. Ada hikmah yang perlu dihadam, difahami dan hayat.
~~~~~~
Cerita tentang rezeki sejak dua tiga bulan ni saya sungguh rasa bersyukur bila pokok pisang berbuah serentak. Masa bonda datang baru ni sempat saya krimkan jantung pisang untuk dimasak teresek.
Pokok pisang itu setentang dengan tingkap bilik saya, tiap pagi bangun jenguk melihat kebun hati rasa tenang. Lebih-lebih lagi bila titik peluh sudah mula menampakkan hasil.
Petang semalam balik dari outstation, saya jenguk ke luar tingkap, tetiba tengok pisangnya sudah tiada. Dalam hati takkan Enche Suami yang tebang. Saya bersangka baik pisang itu dia tebang. Biasanya sebelum ini Enche Suami akan ambil buah sahaja. Pokoknya itu biasa saya yang akan urus bagi tumbang.
Pagi sewaktu mahu keluar tadi saya perasan ada satu kotak pisang dan sebiji betik diluar pintu. Tapi ia pisang jenis yang bukan saya tanam. Saya 'call' Enche Suami untuk bertanya:
"Abang ada tebang pisang kita?"
" Tak, kenapa? Ada satu kotak pisang itu mak yang kirim" Jelas Enche Suami.
" Oh banyaknya, tapi mana pergi pisang yang kita tanam tu?"
" Dah ada orang ambik la tu" Jawab beliau.
" Tak apa la tak ada rezeki" Kata saya menambah.
Bila saya lihat dipangkal pokok tersebut, saya perasan pokok pisang kebun jiran sebelah pun ada kesan ditebang. Segala sampah sarap dan pokok yang ditebang itu diletakkan di tepi kebun jiran yang bersebelahan dengan saya. Cuma hamba Allah ni tak pula tebang pokok pisang saya tu. Hanya buah yang diambil. Cerdik juga orang ini.
Sekali fikir geram juga. Pandai pula angkut sampah letak tepi pokok pisang saya. Inilah sikap manusia. Pisang itu nilainya kecil sahaja berbanding dengan sampah yang dibuang.
Moral disebali kisah
Bercerita tentang reseki, Allah pastinya Maha Pemberi. Walau nun jauh disudut hati kita akan rasa gembira mahu merasa titik peluh sendiri, tapi aturan Allah tidak begitu. Allah gantikan pisang yang hilang dengan pisang kiriman dari mertua.
Allah juga mahu kita lebih belajar tentang sikap manusia. Kadang-kadang walau sudah memiliki, namun makhluk tidak pernah puas dengan apa yang ada. Ada yang iri hati dengan apa yang dimiliki orang lain. Hebat mana pun apa yang kita ada tapi bila tidak bersyukur kita akan nampak orang punya lebih hebat. Begitulah ujian hati. Seringlah untuk sentiasa muhasabah dan menghargai apa yang ada.
Wallahuaalam.
Friday, August 31, 2018
Permintaan
Seringkali permintaan kita hanya separuh jalan,
Cepat putus asa.
Bila lambat permintaan itu ditunaikan, kita kurang sabar untuk terus bermohon dan mengharap.
Percayalah, Dia Mengetahui bila masa yang sesuai untuk kita.
Ada kala kita rasa cukup bersedia, hakikatnya Dia Maha Mengetahui persediaan kita bila Dia menunaikan permintaan itu.
Oleh itu kita perlu belajar untuk istiqamah.
Teruskan berdoa, ia adalah senjata paling ampuh.
Ganjaran tersedia untuk kita biarpun permintaan belum tertunai.
Berdoa itu membawa ketenangan.
Ia terjemahan hati dan jiwa yang pasrah dan bersyukur dengan apa sahaja pemberianNya.
Teruskan meminta apa yang baik untuk dunia dan akhirat kita.
Bila lambat tibanya, yakinlah Dia menyimpan sesuatu untuk kita.
Jika tidak di dunia pasti akhirat Allah berikan untuk kita.
Bersangka baik dengan Dia
Allah Ar Rahman Ar Rahim.
Ibtighaai Mardhatillah
Travelog Empayar Jiwa
1.Sept.2018
Sent from my iPhone
Thursday, June 28, 2018
Imarahkan Masjid
Saya mahu berkongsi dua kisah di dua masjid. Semoga ia menjadi manfaat bagi sahabat semua.
Kisah 1
~~~~~<~~~~~
Seperti biasa, bila saya ada urusan di tengah kota raya, saya memilih untuk keluar sebelum subuh. Tujuan agar tidak perlu berdepan dengan jem yang teruk. Siapa yang tinggal di area saya pasti lebih tahu bagaimana keadaan traffik.
Apabila keluar dari rumah saya sudat set masa untuk sampai di mana-mana masjid bagi solat subuh berjemaah. Alhamdulillah saya sempat subuh di surau Puncak Perdana. Rasa ketenangan bila suara Imam menbacakan surah Sajdah.
Selesai solat bila mahu menyarungkan kasut, Ma sya Allah, tabarakallah alangkah takjub melihat kasut sudah tersusun cantik. Sarung sahaja terus melangkah ke depan. Sungguh mulia insan yang melakukannya.
Agak saya yang menyusun ini seorang anak autism. Sewaktu saya terkial-kial mencari pintu wanita, bapanya yang menunjukkan arah. Bila selesai solat anak ini segera bangun keluar.
Jika anak autisme boleh datang berjemaah subuh, apa lagi kita lebih berakal ni kan? Itu yang persoalan yang mengetuk hati saya.
Kisah 2
~~~~~<~~~~~
Meneruskan perjalanan ke KL pastinya akan menempuh kesesakan. Apa pun setidaknya saya mesti sampai awal. Hujan turun agak lebat, ramai yang bermotosikal terpaksa berhenti. Allahu kesian mereka.
Meeting 9.00 am. 7.20 sudah sampai ke destinasi. Saya terfikir ada baiknya saya duduk dulu tepi jalan sebelum masuk parking. Tetiba saya terpandang satu masjid yang besar tersergam.
Ia kali ketiga saya di sini. Pada hemat saya masjid ni mesti baru siap. Saya fikir lebih baik meraih pahala iktikaf.
Saya masuk mencari-cari parking. Tapi semuanya di tutup. Lalu seorang tukang sapu menahan dan bertanya arah tuju. Saya maklumkan mahu beriktikaf. Kata beliau :
"Hari ini Jumaat, tidak dibenarkan parking dalam masjid".
Saya maklumkan sambil menunjukkan arah Tower di hadapan :
" Sekejap sahaja pakcik, sebelum 9.00 am saya keluar parking dalam bangunan tu".
" Tidak dibenarkan" Tambah beliau lagi. Lalu saya fikir tak mengapa la saya keluar parking sahaja tepi jalan dan masuk semula ke masjid.
Bila lalu depan guard saya pun apalagi, mengambil kesempatan menegur SOP masjid yang pada saya amat tidak patut.
" Tuan. Macam inilah Tuan melayan orang yang mahu ke masjid. Patutla kita gagal dalam berdakwah. Ini nasib baik saya orang yang cintakan masjid, cuba kalau orang yang mahu berjinak-jinak dengan masjid.
Sah-sah mereka ni tidak mahu datang ke masjid sebab layanan yang tidak mesra. Saya nak minta parking sekejap pun berkira. Bukan saya nak ambil kesempatan untuk parking dalam masjid. Dah la sekarang ni hujan. Macam ni kita nak berdakwah jangan salahkan orang lain. Muslim sendiri yang silap"
Panjang leteran saya. Terkulat-kulat guard tu mendengar ceramah free pagi-pagi buta. Tak lama datang guard yang lain bertanya: " Siapa yang tak bagi tu? Memang sebab hari ini Jumaat".
Lalu saya jawab : " Saya tahu tapi bila orang datang masjid kita kena alukan, ni tidak, belum apa-apa dah sangka kita nak ambil kesempatan parking dalam masjid".
Guard ini kemudiannya dengan baik hati menyatakan: " Tak apa Puan masuk bawa kereta parking dalam, nanti kena clamp, mahal RM50.".
Saya ucap terima kasih pada beliau. Dalam hati saya tukang sapu lagi power dari guard. Kesian tukang sapu tu, jika kebiasaan saya bila jumpa cleaner pasti kita mahu menghulur, kan?
Moral of the story
1. Punctual. Hidup ni mesti menghargai masa.
2. Memberi manfaat. Sentiasa memudahkan dan tidak menyusahkan.
3. Sangka baik.
4. Beribadat seolah kita akan mati sesaat itu.
5. Memaafkan.
Doakan agar Allah permudahkan urusan saya hari ini. Allah ampuni kita semua. Satukan kita di syurga.
Wallahuaalam.
Sent from my iPhone
Saturday, April 7, 2018
Cerita Iman
Penantian satu penyeksaan. Setelah hampir dua minggu ternanti-nanti panggilan, akhirnya semalam baru dapat panggilan dari Iman.
Bila tanya kenapa, jawapan yang Ummi tak dapat nak terima adalah 'tiada syiling'. Sebanyak-banyak duit syiling yang ada kat rumah ni, tak pula di bawa bila tahu syiling tiada.
Jika dulu kakak-kakak balik asrama semua nak bawa bekal syiling. Bezakan cara bertindak tu? Jadi tak pelik la bila anak laki jarang menelefon. Tak mahu beratur panjang tunggu giliran satu hal kot.
Masalah juga bila tahun ini warden dah tak benarkan bawa telefon ke sekolah. Ia bagi mengatasi masalah yang bawa telefon pintar kot. Maklum anak-anak bila ada telefon pintar panjang akalnya.
Sebelum ini hari minggu pelajar boleh ambil telefon dengan warden. Boleh la Ummi call walaupun Iman payah juga nak angkat, alasan tak dengar, bateri tak charge. Telefon Iman cap ayam je pun, hanya untuk berkomunikasi semata.
Seperti biasa bila sembang, Iman akan report segala aktiviti di sekolah. Result exam dah dapat. Esok pula hari sukan. Guru-guru maklumkan ibu bapa boleh pergi.
Iman maklumkan beliau masuk acara olahraga. Lari 800m dan lari berganti. Kadang bila fikir macam tak percaya. Sekolah rendah dulu bila sukan Iman hanya mengetuai perbarisan, tukang bawa bendera rumah tetap dan berpencen😄.
Ummi dah agak, Iman tak pernah terpilih sebab dia dulu kecik, tak cukup inci. Selalu jadi bahan gelak. Bila jumpa Iman, semua orang akan tanya, bila nak jadi tinggi.
Agaknya Iman mungkin pendam semua tu. Diam-diam masuk sekolah menengah dia praktis berlari dan bina stamina. Walaupun masih tak setinggi kawan-kawan yang lain, dia terpilih untuk bermain bola keranjang wakil sekolah, berjaya mendapat tempat acara merentas desa. Itu pun dia cerita pada Ummi bila kena minta kebenaran. Biasa la Iman, banyak senyap dari bercakap.
Tahun ini Iman tukar strategi. Entah apa yang dia fikir. Sudah tak mahu main bola keranjang. Bila tanya main sukan apa pula? Katanya nak main badminton. Raket Baba di angkut bawa ke sekolah. Moga satu masa boleh ikut jejak Baba main sukan😊.
Esok Ummi berkira-kira nak tengok Iman bersukan. Moga Allah permudahkan.
#travelogempayarjiwa
Sent from my iPhone
Saturday, March 31, 2018
Thursday, March 15, 2018
Rumah Tangga Yang Barakah
Hari ini berkongsi topik Kahwin Anda Berani. Ada pelbagai isu yang ditanyakan. Satu persatu saya rungkaikan.
Apa yang bokeh disimpulakan tentang rumah tangga menuju syurga. Bila kita matang usia faham agama, doa kita berbeza dari dulu.
Jika dulu kita mungkin sentiasa tidak berpuas hati dengan pasangan. Saat bergaduh, kita kata esok bila kita tiada, suami tahu langit tinngi rendah.
Ayat sebegini menggambarkan perasaan seperti kita bagus sangat. Ia kerana kita dalam emosi. Kita belum muhasabah diri. Kita belum jumpa kelemahan sendiri.
Itu dulu, bila kita faham, kita ini banyak kekurangan, maka kita berdoa andai kita yang pergi dulu, biarlah suami dapat lebih baik dari kita. Ia bukan untuk sesiapa, tapi ia untuk kebaikan anak-anak kita. Bakal menggantikan kita adalah orang yang baik yang mampu menyambung tugas kita sebagai ibu.
Siapa pergi dulu kita dan pasangan tidak pasti. Mati kerana ajal. Bukan kerana sakit. Bukan juga kerana tua atau muda. Andai kita bergaduh bermasam muka, ingatlah, hidup ini sementara. Berdamailah dengan perasaan, berikan kemaafan. Usah bawa dendam.
Rumah tangga bahagia bila pasangan mampu menerima setiap kelemahan dan kelebihan. Setiap kita tiada yang sempurna. Berkasih sayang dari Allah kerana Allah. Moga kita bersatu di dunia dan di syurga.
Amiin.
Sent from my iPhone
Tazkirah Nikmat sihat dalam hidup
Nikmat sihat dalam hidup.
Sesekali tanyakan diri, seluruh hidup apa yang dilakukan.
Berapa banyak nikmat yang Allah beri, pastinya tidak terhitung.
Allah bagi nikmat, kemudia Dia tarik sedikit demi sedikit. Ada ketika nikmat diberi tanpa kita sangka ia hadir. Soalnya adakah kita bersyukur?
Kesihatan adalah nikmat paling besar. Setiap ketika dan keadaan kita perlu sentiasa bersyukur dan sentiasa ingat, semuanya milik Allah.
Masa sihat kita beralasan untuk beribadat, bila diuji kesakitan baru kita sedar, itu adalah 'wake up call' untuk kita. Maka bersyukurlah, Dia sayangkan kita.
Ajal juga tu di tangan Allah. Sesiapa pun boleh diambil nyawa dalam apa jua keadaan. Ia bukan kerana sakit, sihat, tua atau muda.
Bila sakit Allah memberikan peringatan agar kita tidak leka. Seluruh kehidupan adalah mencari redhaNya.
Agar diri tidak leka, maka seringlah bertanya pada diri, di mana aku penuhi masa yang Allah beri? Apa yang aku perbuat sepanjang kehidupan?
Masih belum terlambat melihat kembali kompas hidup, agar terarah menuju hidup abadi.
Allah berikan kami umur yang barakah, kesihatan yang baik untuk beramal ibadat.
Allah jadikan pengakhiran kehidupan kami dengan husnul khatimah dan memperoleh syurga tanpa hisab.
Amiin.
Sent from my iPhone
Wednesday, January 17, 2018
10 TIPS KUKUHKAN PERSONAL BRANDING DI FACEBOOK
1. Bagi bisnes permulaan atau bisnes kecil, garisan pemisah antara Facebook peribadi dan bisnes adalah kabur. Suka atau tidak, orang akan kaitkan peribadi kita dengan bisnes kita. Sentiasa berhati-hati menulis di Facebook.
2. Apabila kita menonton tv, kita adalah penonton. Orang lain jadi produser kandungan. Di media sosial, kita bukan sekadar pembaca tetapi juga produser. Sentiasa berhati-hati dengan kandungan yang kita siarkan; sama ada di wall kita atau komen di wall orang lain.
3. Tentukan bagaimanakah kita mahu orang lain "melihat" kita dan fokus kepada posting yang membentuk persepsi sedemikian.
4. Sekiranya kita mahu memposisikan diri sebagai selebriti, silakan buat live setiap pergerakan kerana peminat nak tahu apa yang kita buat sepanjang masa. Melainkan kita selebriti, fokus kepada membina persepsi yang berikan nilai tambah (value add) kepada pembaca.
5. Berusaha ramalkan reaksi orang lain sebelum membuat posting. Sekiranya kita menjangkakan ia bakal menimbulkan polemik yang merosakkan personal branding kita, elakkan.
6. Sekiranya kita mahu menulis atau upload gambar peribadi (termasuk keluarga), pastikan ia memberikan nilai positif tertentu kepada pembaca.
7. Kawal komen di wall anda. Raikan perbezaan pendapat. Bagaimanapun sekiranya ada orang yang akan menulis negatif atau menyerang sahabat Facebook lain setiap kali dia komen di wall anda, unfriend dia. Kalau perlu, block - tanpa rasa bersalah.
8. Sekiranya anda berada di kedudukan kuasa, berhati-hati dengan orang yang mengipas kerana ada kepentingan. Usah seronok beri respond kepada pujian melampau. Perbuatan itu mencerminkan kerendahan peribadi kita.
9. Untuk dilihat "besar," elakkan upload gambar yang menjadikan kita kecil. Contoh: upload gambar katil hotel mewah yang disediakan untuk kita (kalau kita selebriti, boleh), "layanan VIP" atau gambar berdiri di sebelah "orang besar" sedang makan.
10. Ada masa, tidak menulis itu lebih baik dari menulis. Sekiranya anda tidak ada sesuatu yang bermanfaat dan boleh mengukuhkan personal branding, elok diam. Diam pun boleh mengukuhkan personal branding!
Sent from my iPhone
Saturday, January 13, 2018
Kisah Beli Cat
Maka kami akur dengan harga tersebut kerana cat jenama itu yang kami mahu. Lagipun kami datang dari jauh untuk sampai ke kedai beliau.
Katanya jika kami tidak mahu mengambil cat ini dia akan dipotong gaji ini kerana beliau yakin beliau tidak silap. Manakala kami berdua juga amat yakin dengan pilihan kami. Bayangkan kami 3 orang pada waktu tersebut saya, kakak dan anak lelaki saya. Dia senang-senang menyatakan kami yang setuju untuk memilih gred 1.
Disebabkan saya tidak mahu bertekak, saya juga tidak mahu memarahi beliau, bahkan saya percaya orang yang benar Allah akan gantikan dengan yang lebih baik. Lalu saya keluarkan duit tanpa banyak soal dan hulurkan kepada beliau. (Saya yang membuat bayaran kerana saya mahu hadiahkan cat itu pada kakak saya. Maka bertabahlah. Ada hikmah yang Allah berikan) Beliau kemudiannya mengangkat cat tersebut ke kereta. Kakak saya dalam kereta masih tidak puas hati, katanya:
Friday, January 12, 2018
Duit Basah
Masa cuti dan anak-anak semua ada di rumah, tugas wajib Ummi adalah memasak.
Perkara yang paling tidak digemari adalah bila perlu ke pasar.Ini rutin Enche Suami biasanya👍.
Ada ke orang yang macam saya?Bila pergi saya akan beli apa yang patut dan terus balik. Untuk berjalan melihat-lihat jauh sekali😎.
“Ada duit lain tak? Duit ni basah”. Tanya peniaga tersebut.
“ Ma sya Allah saya tak bawa purse, itu je duit baki yang ada. Duit tu yang niaga ikan tu berikan baki”. Jawab saya.
“ Jika begitu pergi je la tukar dengan dia orang” Arahannya pada saya, bertegas tidak mahu menerima duit tersebut.
Tuesday, January 2, 2018
10 ASAS URUS DUIT BISNES
1. Orang muda usah pinjam untuk mulakan bisnes. Sewaktu muda kumpul aset, bukan buat hutang.
2. Orang tua usah guna duit pencen / KWSP untuk mulakan bisnes. Separuh bisnes kecil bertahan kurang tiga tahun.
3. Mulakan bisnes dengan duit yang ada dalam tangan. Apabila menjadi dan nak kembangkan, baru buat pinjaman.
4. Pinjaman peribadi atau kad kredit kenakan kadar faedah tinggi. Usah gunakan itu sebagai modal memulakan bisnes. Tak berbaloi.
5. Asingkan duit bisnes dan duit peribadi. Anggap syarikat sebagai entiti berasingan. Masukkan duit dalam akaun berlainan. Kalau dah habis duit peribadi, usah rompak duit bisnes sendiri.
6. Kalau nak berhenti kerja untuk berbisnes, pastikan ada sekurang-kurangnya simpanan bersamaan enam bulan perbelanjaan. Kalau ada 12 bulan lagi baik.
7. Ikat perut sewaktu mula berbisnes. Apa yang boleh potong, potong. Cari jalan supaya dapat free. Usah belanja mewah.
8. Pastikan aliran tunai bagus. Usah tercekik. Sebahagian besar bisnes bungkus disebabkan gagal uruskan aliran tunai dengan baik.
9. Masukkan gaji kita dalam perbelajaan bisnes. Kalau syarikat tak mampu bayar, catatkan sebagai hutang syarikat kita kepada kita. Apabila syarikat berkembang nanti, bayar balik gaji kita yang terhutang itu.
10. Usah menunjuk harta dan wang ringgit. Bukan semua orang suka lihat orang lain berjaya. Ramai manusia berhati busuk.
Tulisan Nobisha
Sent from my iPhone