Bismillah, segala puji bagi Allah yang masih memberikan ruang dan peluang untuk saya mencoret dan melakar apa yang ada diminda. Sesungguhnya masa itu satu ujian buat kita semua. Saya dihambat masa yang sering terhad untuk menjengah di blog ini.
Kisah mahu saya paparkan adalah kisah seorang sahabat saya yang merupakan rakan seuniversiti. Beliau merupakan seorang lawyer serta usahawan yang amat gigih. Dari kisah beliau yang gigih berniaga hingga hari ini memilik sebuah camp motivasi yang berada di puncak amat mengujakan. Kesempatan mendengar kisah jatuh bangun beliau serta menghadirkan diri di Bahera Camp menambahkan rasa kagum dengan sifat kegigihan beliau.
Biar memegang ijazah undang-undang namun beliau sanggup belajar membuat serta menjual tempe demi meneruskan kesinambungan hidup. Sanggup berguru dengan sesiapa sahaja asal ilmu diperoleh. Lalu siapa kita mahu mendabik dada dengan ijazah atau sijil yang ada untuk bekerja. Siapa kita jika mahu memilih hanya pekerjaan yang kita minat atau yang kita rasa berprestij. Laluan bergelar orang berjaya itu bukan mudah, ia juga tidak akan susah jika ada kesanggupan mahu berusaha serta belajar dari kesilapan.
In sya Allah, setelah berjaya membukukkan buku 10 Tokoh Usahawan Muslimah, saya dalam proses untuk mengorak langkah menulis tentang usahawan dan perniagaan serta survival kehidupan dari sudut yang sedikit berbeza. Moga Allah mempermudahkan usaha dakwah dan memandaikan umat.
Wallahuaalam
No comments:
Post a Comment