Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, March 20, 2014

Cerita Pokok dan Mancis.

Cerita Pokok dan Mancis.

๐ŸŒณ Sebatang pokok dapat membuat jutaan batang mancis, tetapi satu batang mancis juga dapat membakar♨ jutaan pokok.

๐Ÿ”ฅ Jadi, satu fikiran negatif dapat membakar semua fikiran positif. Mancis mempunyai kepala, tetapi tidak mempunyai otak, oleh kerena itu, setiap kali ada gesekan kecil, Sang mancis terus terbakar.

๐Ÿ› Kita mempunyai kepala๐Ÿ˜‡, dan juga otak, jadi kita tidaklah perlu terbakar dgn perasaan marah๐Ÿ˜ก hanya kerena gesekan kecil. Ketika burung๐Ÿ“ hidup, ia makan ulat, ketika burung mati, ulat๐Ÿ› pula makan burung.

๐ŸŒ Waktu terus berputar ๐ŸŒ—๐ŸŒ˜๐ŸŒ‘sepanjang zaman sama seperti kitaran kehidupan terus berlaku. Jangan merendahkan siapapun dalam hidup, bukan kerana siapa mereka, tetapi kerana siapa diri kita.

๐ŸŒŠ Kita mungkin berkuasa hari ini tetapi WAKTU lebih berkuasa daripada kita. Waktu kita sedang berjaya, kita merasa banyak teman di sekeliling kita. Bila bersara tiada lagi kenalan & kawan & bila pohon bantuan semua menyepi seolah-olah tidak pernah kenal

๐Ÿ’Š Waktu kita sakit, kita baru tahu bahawa sihat itu sangat penting, jauh melebihi HARTA.

๐Ÿ˜ฏ Ketika kita tua, kita baru tahu bahawa masih banyak perkara yang belum kita kerjakan dan, setelah di ambang ajal, kita baru tahu begitu banyak waktu yang terbuang sia-sia.

⏳Hidup tidaklah lama, sudah saatnya kita bersama-sama membuat HIDUP LEBIH BERHARGA. Saling menghargai, saling membantu dan memberi, juga saling menyokong.

✅ Jadilah teman perjalanan hidup yg tanpa banyak soal dan syarat.
Believe in "Cause & Effect"

๐ŸšฉApa yang ditabur,
itulah yang akan kita tuai...๐ŸŽ“ InsyaAllah..๐Ÿ˜Š

dipetik dari FB


Sent from my iPhone

Syukur

Syukur
ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ
ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…ู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠู…ِ
ุฃุตุญุงุจ ุงุณุชุงุฐ ุญุฐุฑูŠ ุงู„ุจู†ุฏุงู†ูŠ
TAZKIRAH HARIAN : SIFAT DAN WATAK MANUSIA YANG BERSYUKUR

Firman Allah :

ู…َุง ูŠَูْุนَู„ُ ุงู„ู„َّู‡ُ ุจِุนَุฐَุงุจِูƒُู…ْ ุฅِู†ْ ุดَูƒَุฑْุชُู…ْ ูˆَุขَู…َู†ْุชُู…ْ ูˆَูƒَุงู†َ ุงู„ู„َّู‡ُ ุดَุงูƒِุฑุงً ุนَู„ِูŠู…ุงً

Maksudnya : " 147. apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? dan (ingatlah) Allah sentiasa membalas Dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang Yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha mengetahui (akan hal keadaan mereka).

Wahai saudara-saudaraku sekalian, marilah kita sama-sama merenung dan mengingati nikmat kurnia Allah yang bersifat lahiriah mahupun batiniah sama ada yang berkaitan dengan urusan agama mahupun dunia yang dilimpahkan kepada kita semua. Mensyukuri nikmat Allah merupakan asbab untuk kita dijauhkan dari azab Allah dan dilimpahi dengan rahmat dan belaian kasih Allah.

Ibnu Qudamah Rahimahullah menyatakan : " Ketahuilah bahawa syukur dan tidak kufur tidak akan sempurna melainkan dengan mengetahui apa yang dicintai oleh Allah.kerana makna syukur adalah menggunakan semua kurniaan Allah kepada apa yang dicintai-Nya".

Sifat dan watak manusia  yang bersyukur :

1. Memuji dan mengagungkan nikmat anugerah Allah :

Firman Allah :

ูˆَุฃَู…َّุง ุจِู†ِุนْู…َุฉِ ุฑَุจِّูƒَ ูَุญَุฏِّุซْ

11. adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. ( QS ; ad-Dhuha : 11 )

Lantaran itu, sifat baginda s.a.w. ialah mengagungkan nikmat Allah sekalipun sedikit ( Syamail Muhammadiah ; al-Tirmidzi )

2. Berterima kasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita :

ู„ู‚ูˆู„ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… «ู„ุง ูŠุดูƒุฑ ุงู„ู„ู‡ ู…ู† ู„ุง ูŠุดูƒุฑ ุงู„ู†ุงุณ» ( ุงู„ุชุฑู…ุฐูŠ )

" Tidak bersyukur kepada Allah orang yang tidak berterima kasih kepada manusia"

ูˆููŠ ุณู†ู† ุฃุจู‰ ุฏุงูˆุฏ ุนู† ุงุจู† ุนู…ุฑ ุฑุถูŠ ุงู„ู„ู‡ ุนู†ู‡ู…ุง، ุฃู†ّ ู†ุจูŠ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ู‚ุงู„: ( ู…َู†ْ ุตَู†َุนَ ุฅِู„َูŠْูƒُู…ْ ู…َุนْุฑُูˆูًุง ูَูƒَุงูِุฆُูˆู‡ُ، ูَุฅِู†ْ ู„َู…ْ ุชَุฌِุฏُูˆุง ู…َุง ุชُูƒَุงูِุฆُูˆู†َู‡ُ ูَุงุฏْุนُูˆุง ู„َู‡ُ ุญَุชَّู‰ ุชَุฑَูˆْุง ุฃَู†َّูƒُู…ْ ู‚َุฏْ ูƒَุงูَุฃْุชُู…ُูˆู‡ُ).

" Sesiapa yang diberikan kepadanya kebaikan, hendaklah dia membalasnya , dan jika dia tidak ada sesuatu untuk membalasnya, berdoalah untuknya , sehingga kalian merasakan telah membalas kebaikannya itu ( dengan doa ).

3. Menggunakan akal dan ilmu merenung nikmat dan kurnia Allah :

{ูˆَุงู„ู„َّู‡ُ ุฃَุฎْุฑَุฌَูƒُู…ْ ู…ِู†ْ ุจُุทُูˆู†ِ ุฃُู…َّู‡َุงุชِูƒُู…ْ ู„ุง ุชَุนْู„َู…ُูˆู†َ ุดَูŠْุฆًุง ูˆَุฌَุนَู„َ ู„َูƒُู…ُ ุงู„ุณَّู…ْุนَ ูˆَุงู„ุฃุจْุตَุงุฑَ ูˆَุงู„ุฃูْุฆِุฏَุฉَ ู„َุนَู„َّูƒُู…ْ ุชَุดْูƒُุฑُูˆู†َ} [ุงู„ู†ุญู„: 78]

78. dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu Dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

4. Membimbing diri jadi manusia bertaqwa dan meningkatkan amal ketaatan kepada Allah :

{ูˆَู„َู‚َุฏْ ู†َุตَุฑَูƒُู…ُ ุงู„ู„َّู‡ُ ุจِุจَุฏْุฑٍ ูˆَุฃَู†ْุชُู…ْ ุฃَุฐِู„َّุฉٌ ูَุงุชَّู‚ُูˆุง ุงู„ู„َّู‡َ ู„َุนَู„َّูƒُู…ْ ุชَุดْูƒُุฑُูˆู†َ} [ุขู„ ุนู…ุฑุงู†: 123]

123. dan Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).

5. Rajin melakukan Solat Dhuha :

ูŠُุตْุจِุญُ ุนَู„َู‰ ูƒُู„ِّ ุณُู„ุงَู…َู‰ ู…ِู†ْ ุฃَุญَุฏِูƒُู…ْ ุตَุฏَู‚َุฉٌ ูَูƒُู„ُّ ุชَุณْุจِูŠุญَุฉٍ ุตَุฏَู‚َุฉٌ ูˆَูƒُู„ُّ ุชَุญْู…ِูŠุฏَุฉٍ ุตَุฏَู‚َุฉٌ  ูˆَูƒُู„ُّ ุชَู‡ْู„ِูŠู„َุฉٍ ุตَุฏَู‚َุฉٌ ูˆَูƒُู„ُّ ุชَูƒْุจِูŠุฑَุฉٍ ุตَุฏَู‚َุฉٌ ูˆَุฃَู…ْุฑٌ ุจِุงู„ْู…َุนْุฑُูˆูِ ุตَุฏَู‚َุฉٌ ูˆَู†َู‡ْูŠٌ ุนَู†ْ ุงู„ْู…ُู†ْูƒَุฑِ ุตَุฏَู‚َุฉٌ ูˆَูŠُุฌْุฒِุฆُ ู…ِู†ْ ุฐَู„ِูƒَ ุฑَูƒْุนَุชَุงู†ِ ูŠَุฑْูƒَุนُู‡ُู…َุง ู…ِู†ْ ุงู„ุถُّุญَู‰.

Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720)

 6. Qana'ah ( merasa cukup )  dan redha dengan setiap rezeki anugerah Allah.

ู‚ุงู„ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… : «ูƒู† ู‚ู†ุนุง ุชูƒู† ุฃุดูƒุฑ ุงู„ู†ุงุณ» ( ุงุจู† ู…ุงุฌุฉ )

" Jadilah kamu seorang yang bersifat qana'ah, kamu akan menjadi manusia yang paling bersyukur"

Kesimpulan :

Wahai sahabat-sahabatku perbanyakkan syukurmu itu dalam setiap kesempatan dengan hatimu mahupun melalui ucapanmu. Ungkapan syukur dengan hati adalah dengan menyedari bahawa setiap nikmat yang diperolehnya adalah dari Allah Swt. Dan bahwa kegembiraannya ketika  menerima suatu kenikmatan adalah disebabkan ia adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah.

Ungkapan syukur melalui lisan pula ialah dengan memperbanyakkan puji-pujian kepada Allah Swt. Manakala syukur melalui anggota-anggota tubuh lainnya adalah dengan mengarahkan semua kenikmatan itu untuk mencari keredhaan Allah Swt.

Semoga kita tergolong dikalangan mereka yang bersyukur… doakan Istiqamah.

ูˆุงู„ุนููˆ ู…ู†ูƒู…...


Sent from my iPhone

Sabar

Sabar

ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ
ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…ู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู… 

TAZKIRAH HARI INI (Jumaat 19 Jdl. Awal 1435H)
Sabar dan Jenis-jenisnya

Fasobrun jamil "ูุตุจุฑ ุฌู…ูŠู„", inilah lafaz yang termaktub di dalam al-Quran, malah di sana terdapat lebih daripada 90 ayat yang menyuruh manusia supaya bersabar dan ganjaran yang dijanjikan kepada mereka yang bersabar.
Allah telah berfirman dalam al-Quran al-Karim :

ูˆَุงุณْุชَุนِูŠู†ُูˆุง ุจِุงู„ุตَّุจْุฑِ ูˆَุงู„ุตَّู„َุงุฉِ ูˆَุฅِู†َّู‡َุง ู„َูƒَุจِูŠุฑَุฉٌ ุฅِู„َّุง ุนَู„َู‰ ุงู„ْุฎَุงุดِุนِูŠู†َ
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat dan sesungguhnya solat itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (QS: Al-Baqarah, 45)

Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah memberikan gambaran sabar itu bukan bererti menyerah tanpa usaha namun, sabar juga bukan bererti perjuangan tanpa hasil. Sabar adalah di antara usaha yang maksimum dan tawakkal yang sepenuhnya. Sabar adalah timbulnya keyakinan yang kuat kepada janji Allah kerana Allah tidak pernah mungkir janji.

PENCERAHAN :
Bahagian-bahagian sabar yang harus kita ketahui menurut Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah:

A. Sabar Yang Wajib (ini yang biasa kita tahu...)
1) Sabar dalam ketaatan dan dalam menunaikan kewajipan (melakukan segala suruhan Allah)
2) Sabar dalam menahan diri daripada melakukan kemaksiatan dan segala yang dilarang oleh Allah.
3)Sabar terhadap semua bala bencana dan musibah yang ditakdirkan. Pray And Sabar (PAS) for MH370 !

B. Sabar Yang Sunat. 
1) Sabar dalam menahan diri dalam menghadapi perlakuan buruk dengan ingin membalas keburukan juga.
2) Sabar dalam hal-hal yang disunatkan seperti nak melakukan solat sunat rawatib atau nawafil.
3) Sabar dalam menahan diri daripada perkara-perkara yang makruh. 

C. Sabar Yang Mubah (Harus)
Sabar yang mubah adalah menahan diri daripada semua perbuatan yang dibolehkan. Sama ada untuk melakukan atau meninggalkannya, kerana sabar itu berkaitan dengan nafsu yang selalu berkeinginan dan menyukai agar keinginan-keinginannya selalu dituruti dan dipenuhi.
D. Sabar Yang Makruh
1) Menahan diri daripada mengekang nafsu makan dan minum sehingga hal itu membahayakan kesihatan badannya (diet berlebihan)
2) Menahan diri daripada menggauli isteri ketika isterinya memerlukannya sedangkan tidak ada keuzuran bagi si suami. Suami buat selamba je... 
3) Tidak menegur apabila melihat seseorang yang melakukan perkara-perkara yang makruh terutamanya makruh dalam solat.
4) Menahan diri daripada perbuatan yang disunatkan seperti kebiasaan memberi sedekah tiba-tiba ia menghentikan hal itu. 

E. Sabar Yang Haram. 
1) Sabar dalam menahan diri daripada melakukan kewajiban. Contoh, menangguh-nangguhkan pergi haji.
2) Sabar menerima perlakuan yang dilarang atau maksiat depan mata. Contoh, sabar dengan konsert FMFA !

KESIMPULAN :
Jadikanlah sabar seperti sabarnya ulat yang menanti menjadi kepompong dan kepompong pun harus bersabar untuk menjadi seekor kupu-kupu yang Indah... Jadikanlah sabar seperti sabarnya pokok kaktus yang bertahan di padang pasir yang panas untuk menanti mekarnya bunga. Jadilah sabar seperti sabarnya bumi menanti hujan yang turun dari langit untuk menumbuhkan biji-bijian dalam perutnya...
Wallahu a'lam


Sent from my iPhone

Sunday, March 16, 2014

Laduni dan Kasyaf

Laduni dan Kasyaf

ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ
ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…ู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู… 

TAZKIRAH HARI INI (Isnin 15 Jdl. Awal 1435H)

Laduni dan Kasyaf sebenarnya bukan ilmu. Ia merupakan cara ilmu itu disampaikan. Laduni bermaksud Allah memasukkan terus maklumat berkenaan sesuatu perkara kedalam pengetahuan sesaorang itu. Tidak melalui pendengaran atau penglihatan, dengan perkataan lain tidak ada guru. 

Kasyaf bermaksud keupayaan seseorang itu melihat perkara-perkara ghaib yang tidak nyata pada mata kasar. Pandangan kasyaf ialah pandangan menggunakan mata basir (mata batin atau mata rohani). Kalau mata kasar menggunakan cahaya (sinar cahaya matahari atau lampu) untuk melihat, mata basir menggunakan 'Nur' untuk melihat.

PENCERAHAN :
Untuk mudah faham, kita boleh mengambil contoh berikut: Bagaimanakah diri nampak sesuatu ketika bermimpi dalam tidur padahal mata zahir terpejam.

Kekuatan mata basir berbeza-beza. Paling rendah boleh melihat dimensi jin (dan syaitan). Peringkat lebih tinggi boleh melihat dimensi malaikat (alam malakut), kemudian dimensi roh. Paling tinggi ialah dimensi ketuhanan (Alam Lahut).

Jadi ilmu-ilmu ini walaupun semuanya sumbernya dari Allah SWT, ia disalur melalui cara yang berbeza. Sesuai dengan Ilmu Syariat yang bersifat zahir (paling rendah dan bersifat awam). 

Membicara perkara-perkara yang zahir semata-mata, penyampaiannya juga mesti menggunakan peralatan zahir juga, seperti guru zahir, kitab-kitab zahir yang bersumberkan Quran dan Hadith Rasulullah SAW.

Dari sini akan bermulalah perjalanan seterusnya kepada perkara-perkara ghaib pula dengan bantuan guru mursyid. Guru Mursyid menjadi pemandu arah kepada sang murid yang masih teraba-raba dalam gelap. Sehingga mata basirnya celik, tidak lagi buta dan meraba.

Matlamat sebenar ialah untuk masuk ke alam ghaibul ghuyup (Ghaib dalam ghaib) yang tentunya memerlukan bantuan guru yang yang lebih tinggi darjatnya. Guru jenis ini tak perlu dicari. Ia akan datang sendiri atas perintah Allah Azzawajalla.

Jadi, untuk....
..mendapatkan keredhaan Allah, mestilah menggunakan jalan atau peraturan yang diredhai Allah. Apabila sesorang pengamal tariqat (jalan) beramal bersungguh-sungguh dengan ikhlas di bawah panduan seorang guru yang mursyid, darjat iman dan takwanya meningkat dari hari ke sehari.

Kesannya mata basirnya semakin terang sehingga pada suatu masa, cukup kuat sehingga boleh melihat alam ghaib atau kasyaf kerana sudah mencapai dimensi-dimensi yang dijelaskan tadi

KESIMPULAN:
Kalau dahulu murid itu yakin adanya alam ghaib kerana percaya kepada ilmu syariat (yang dipelajari). Tetapi kini telah melihat sendiri adanya alam ghaib tersebut. Kemudian Allah membuka lagi lautan ilmu (maklumat) berkenaan dengan rahsia Allah kepada murid ini dengan memberi terus kepadanya dan ia dikenali sebagai ilmu Ladunni. 
Wallahu a'lam

Petikan dari Ustaz Nik Mohd Zaim
Sent from my iPhone

Persoalan dalam Rumahtangga


Bismillah,

As salam saya ada kemusykilan.
1. Sy ni jenis mengikut cakap suami, sebabnya suami saya jenis yang tidak boleh dbangkang. Cntoh: dia suka mbuat keputusan sndiri tnpa bncang dgn sy. Dulu ms baru2 kawin saya tak kisah sangat,Saya turut saja sbeab tak nak bising dan masam muka, dan berharap dia faham perasaan saya.
Sekarang ni sudah hampir 25thn macam tu juga. Saya sentiasa mohon pada Allah supaya tambah lagi kesabaran saya. Masa dah berubah..dulu susah saya boleh hidup dengan dia..segala masaLAH berkongsi dengan saya, tapi bila dah senang lain pula. Soal wang bila saya tanya..dia cakap wang dia, dia boleh buat apa yang dia suka. Percakapan pun dah kasar.Saya amat terasa hati..amat kecewa. Saya dah mencuba yang terbaik menjadi isterinya sebab itu niat dan doa masa nikah. Tolong nasihatkan saya untuk beri kekuatan supaya dapat meneruskan kehidpan ini. Adakah saya salah juga. Terimakasih As salam.

Jawapan:
Pada hemat penulis kita tidak boleh ubah apa yang berlaku. Jika 25 tahun boleh bersabar maka teruskan lagi memhob diberi kesabaran. Ingatkan diri bahawa dunia ini singkat dan sementara. Setiap orang akan dipertanggungjawabkan atas apa yang diusahakan.
Doa adalah senjata paling hebat untuk membuka pintu hati insan. Mengadulah kepada Allah kerana dia Maha Mendengar, moga dengan ujian yang dilalui Allah memberi sebaik-baik ganjaran di akhirat nanti.

Bagaimana kita boleh cekal dan sabar? kerana kita mengharap redha Allah dan diberi ganjaran syurga dilepaskan seksa api neraka.

Ibtighaa Mardhatillah.
Wallahuaalam




Sent from my iPhone

Thursday, March 13, 2014

Akaun Akhirat

Akaun Akhirat

Sedekah adalah salah satu akaun untuk akhirat. Harta wakaf adalah akaun akhirat yang kekal dan tidak boleh dipindah milik. Ia menjadi hak Allah bila diniat wakaf. Dari segi pahala wakaf akan berkekalan bila manfaatnya dinikmati. Pahala sedekah pula tidak berpanjangan.

Sedekah dan hibah ada manfaatnya. Sabda Rasulullah bila ditanya orang yang paling cerdik adalah ; orang yang banyak mengingati mati, membuat persediaan menghadapi mati. Riwayat Ibnu Majah.

Kita adalah calon jenazah, jadi apa yang dibawa ke lubang kubur. Sedekah amat bernilai, menurut Anas bin Malik amalan yang diterima selepas mati
1. Membina masjid
2.Mengalirkan air sungai
3. Tulis quran
4. Gali perigi
5. Tanam pokok
6. Anak anak yang soleh
7. Sedekah jariah

Wakaf adalah pulangan untuk usahawan akhirat. Selagi ia dimanfaatkan. Muamalah dengan sistem wakaf membantu pembangunan sosial masyarakat. Sabda Nabi tertegaknya Islam dengan keadilan pemerintah, orang kaya yang pemurah.


Sent from my iPhone

Monday, March 10, 2014

Pray for MH370


Bismillah,

Sudah 3 hari masa berlalu namun yang dicari tidak juga dijumpai. Pastinya kegusaran ini dikongsi oleh semua apalagi sanak saudara yang terlibat. Emosi sedih dan harapan menggunung beserta doa yang berpanjangan dikongsi oleh semua yang turut merasai. Sesungguhnya tragedi boleh berlaku bila bila masa sahaja. Ia aturan kehendakNya jua. Manusia walau hebat dan secanggih mana pun peralatan namun semuanya bergantung kepada Dia yang Maha Kuasa.

Friday, March 7, 2014

Targib dan Targib

Targib dan Targib
ุงู„ุณَّู„ุงَู…ُ ุนَู„َูŠْูƒُู…ْ ูˆَุฑَุญْู…َุฉُ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจَุฑَูƒَุงุชُู‡ُ
ุจِุณْู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…ู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู… 

TAZKIRAH HARI INI (THI) - 6 Jamadil Awal 1435H
Targhib dan Tarhib

Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah SWT membawa khabar gembira dan khabar duka yang diulang-ulang beberapa kali di dalam al-Quran dalam beberapa ayat, antaranya ayat 119 surah al-Baqarah, ayat 23 surah Fatir dan ayat 4 surah Fussilat. Pengulangan ini menunjukkan penegasan tentang peranan Rasulullah s.a.w. untuk membawa kedua-dua khabar tersebut.

PENCERAHAN : 
Sebesar-besar janji baik adalah syurga dan seburuk-buruk ancaman adalah neraka Allah s.w.t. Menyampaikan berita gembira yang membangkitkan semangat untuk beribadah ini diistilahkan sebagai at-Targhib. 

Manakala memberikan ancaman-ancaman agar merasa gerun untuk melakukan dosa dan maksiat, diistilahkan sebagai at-Tarhib. Kedua-duanya merupakan intisari dakwah Rasulullah s.a.w. yang penting. 

Walau bagaimanapun, kedua-duanya merupakan janji yang tidak dapat dilihat segera di dunia ini. Ia bergantung kepada tahap keimanan seseorang terhadap Allah dan Rasul-Nya. Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud : "Apa yang diberikan rasul kepadamu maka terimalah, dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah." (Surah Al-Hasyr : Ayat 7) 

Perasaan mahu kepada yang baik dan bernilai serta takut kepada sesuatu yang menyusahkan dan menyakitkan adalah fitrah semua manusia. Perasaan manusia boleh tergugat dengan kedua-duanya. 

Walau bagaimanapun, at-targhib dan at-tarhib ini hendaklah didasarkan kepada nas-nas al-Quran dan hadis-hadis yang sahih. Namun para ulama hadis telah sepakat membenarkan penggunaan hadis-hadis daif yang tidak keterlaluan daifnya dalam masalah at-targhib dan at-tarhib. 

Unsur-unsur at-targhib dan at-tarhib seharusnya mendapat perhatian penting di dalam sebarang pertemuan yang diadakan di atas nama usaha dakwah. Termasuk juga sebarang penulisan dakwah. 

Syah Waliyullah ad-Dahlawi di dalam bukunya, Qaul al-Jamil telah mengutarakan empat rukun dalam memberi peringatan atau berdakwah aitu : 

1. At-Targhib iaitu memberi galakan dan perangsang supaya melakukan kebaikan.
2. At-Tarhib iaitu menakut-nakutkan atau menimbulkan rasa gerun terhadap dosa yang akan diterima apabila melakukan maksiat.
3. At-Tamthil iaitu memberi contoh dan perbandingan dengan misal-misal yang jelas dan juga cerita-cerita yang boleh melembutkan hati dan jenaka-jenaka yang berfaedah.
4. Al-Masalah iaitu hal-hal yang berkaitan dengan masalah hukum halal dan haram atau masalah-masalah yang termasuk dalam pengertian adab ahli-ahli dan peraturan berdoa.

KESIMPULAN :
Hal-hal yang telah disebutkan ini merupakan isi dakwah yang paling asas dan tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja, di samping membicarakan dakwah dengan manhaj dan uslub yang lain juga. Mendidik manusia boleh dicapai melalui unsur-unsur at-targhib dan at-tarhib ini, in sya Allah !
Wallahu a'lam - Doakan istiqamah Ustaz Kay.


Sent from my iPhone

Sunday, March 2, 2014

Kelebihan zikir


Bismillah,

Kelebihan Zikir. Hati menjadi tenang. Bila dalam kesusahan hati perlu redha. Sabar dan solat adalah cara terbaik. Bila kita beristghfar maka Allah akan bagi natijah yang besar. Mengadu pada Allah adalah yang terbaik. Munajat dan berharap pada Allah akan mendapat anugerah ialah bila waktu pagi hati akan tenang. Hanya orang yang banyak amalan akan merasa keindahan zikrullah. Orang yang tenang ini boleh hadam segala masalah kerana dia yakin kepada Allah. Perasaan goyah itu tiada.


Saturday, March 1, 2014

Dekatkan diri kepada Allah


Bismillah,

Kisah dalam buku Nihayatul Dhzalimin

Di negeri Arab seorang pelajar universiti mengishtiharkan Allah itu tiada di hadapan ramai. Beliau berkata jika Allah ada maka sudah pasti dia akan mati. Lalu dia mula membilang di hadapan ramai mencabar kekuasaan Allah. Selesai membilang maka dia masih hidup. Maka dia berkata bahawa Allah tiada, jika Allah ada selesai bilangan maka dia pasti sudah mati. Maka ramai yang terpengaruh. Lelaki ini pulang ke rumah. Bila diajak makan ibunya dia tidak mahu, kemudian dia menyatakan mahu mandi. Lama beliau mandi ibunya lalu mengetuk pintu berulang kali. Rupanya si lelaki ini telah meninggal dunia dalam keadaan aib. Inilah kejadian yang boleh mengingatkan kita betapa manusia yang angkuh itu akan dibalas oleh Allah.

Sesungguhnya Allah Rabb Al-Alamin biar kita tidak nampak tapi Dia wujud. Allah teramat dekat dengan kita. Bagaimana mengetahui Allah itu dekat? Contoh jika kita dalam ketakutan ditengah lautan maka siapakah yang kita panggil di saat itu? Di saat itu kita menyeru kepada Allah. Adakah kita menagigl dengan suara yang kuat, sudah pasti tidak kerana kita mengetahui walau dalam senyap walau dalam hati kita tahu Allah Maha Mendengar, Dia Maha Mengetahui. Susungguhnya Allah itu dekat dengan kita.

Orang yang dekat dengan Allah miliki 3 perkara:
YAKIN PADA ALLAH sepenuh hati
ISTIGHFAR kepada Allah
BERDOA

Wallahuaalam.