Syukur
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
أصحاب استاذ حذري البنداني
TAZKIRAH HARIAN : SIFAT DAN WATAK MANUSIA YANG BERSYUKUR
Firman Allah :
مَا يَفْعَلُ اللَّهُ بِعَذَابِكُمْ إِنْ شَكَرْتُمْ وَآَمَنْتُمْ وَكَانَ اللَّهُ شَاكِراً عَلِيماً
Maksudnya : " 147. apa gunanya Allah menyeksa kamu sekiranya kamu bersyukur (akan nikmatNya) serta kamu beriman (kepadaNya)? dan (ingatlah) Allah sentiasa membalas Dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang Yang bersyukur kepadaNya), lagi Maha mengetahui (akan hal keadaan mereka).
Wahai saudara-saudaraku sekalian, marilah kita sama-sama merenung dan mengingati nikmat kurnia Allah yang bersifat lahiriah mahupun batiniah sama ada yang berkaitan dengan urusan agama mahupun dunia yang dilimpahkan kepada kita semua. Mensyukuri nikmat Allah merupakan asbab untuk kita dijauhkan dari azab Allah dan dilimpahi dengan rahmat dan belaian kasih Allah.
Ibnu Qudamah Rahimahullah menyatakan : " Ketahuilah bahawa syukur dan tidak kufur tidak akan sempurna melainkan dengan mengetahui apa yang dicintai oleh Allah.kerana makna syukur adalah menggunakan semua kurniaan Allah kepada apa yang dicintai-Nya".
Sifat dan watak manusia yang bersyukur :
1. Memuji dan mengagungkan nikmat anugerah Allah :
Firman Allah :
وَأَمَّا بِنِعْمَةِ رَبِّكَ فَحَدِّثْ
11. adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah Engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya. ( QS ; ad-Dhuha : 11 )
Lantaran itu, sifat baginda s.a.w. ialah mengagungkan nikmat Allah sekalipun sedikit ( Syamail Muhammadiah ; al-Tirmidzi )
2. Berterima kasih kepada orang yang berbuat baik kepada kita :
لقول النبي صلى الله عليه وسلم «لا يشكر الله من لا يشكر الناس» ( الترمذي )
" Tidak bersyukur kepada Allah orang yang tidak berterima kasih kepada manusia"
وفي سنن أبى داود عن ابن عمر رضي الله عنهما، أنّ نبي الله صلى الله عليه وسلم قال: ( مَنْ صَنَعَ إِلَيْكُمْ مَعْرُوفًا فَكَافِئُوهُ، فَإِنْ لَمْ تَجِدُوا مَا تُكَافِئُونَهُ فَادْعُوا لَهُ حَتَّى تَرَوْا أَنَّكُمْ قَدْ كَافَأْتُمُوهُ).
" Sesiapa yang diberikan kepadanya kebaikan, hendaklah dia membalasnya , dan jika dia tidak ada sesuatu untuk membalasnya, berdoalah untuknya , sehingga kalian merasakan telah membalas kebaikannya itu ( dengan doa ).
3. Menggunakan akal dan ilmu merenung nikmat dan kurnia Allah :
{وَاللَّهُ أَخْرَجَكُمْ مِنْ بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لا تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالأبْصَارَ وَالأفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ} [النحل: 78]
78. dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu Dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
4. Membimbing diri jadi manusia bertaqwa dan meningkatkan amal ketaatan kepada Allah :
{وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ اللَّهُ بِبَدْرٍ وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ} [آل عمران: 123]
123. dan Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai kemenangan Dalam peperangan Badar, sedang kamu berkeadaan lemah (kerana kamu sedikit bilangannya dan kekurangan alat perang). oleh itu bertaqwalah kamu kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).
5. Rajin melakukan Solat Dhuha :
يُصْبِحُ عَلَى كُلِّ سُلاَمَى مِنْ أَحَدِكُمْ صَدَقَةٌ فَكُلُّ تَسْبِيحَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَحْمِيدَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَهْلِيلَةٍ صَدَقَةٌ وَكُلُّ تَكْبِيرَةٍ صَدَقَةٌ وَأَمْرٌ بِالْمَعْرُوفِ صَدَقَةٌ وَنَهْيٌ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَيُجْزِئُ مِنْ ذَلِكَ رَكْعَتَانِ يَرْكَعُهُمَا مِنْ الضُّحَى.
Bagi tiap-tiap ruas dari anggota tubuh salah seorang di antara kalian harus dikeluarkan sedekahnya setiap pagi hari. Setiap tasbih (Subhaanallah) adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) adalah sedekah, setiap tahlil (Laa Ilaaha Illallah) adalah sedekah, setiap takbir (Allahu Akbar) adalah sedekah, menyuruh untuk berbuat baik juga sedekah, dan mencegah kemungkaran juga sedekah. Dan semua itu boleh diganti dengan dua rakaat solat Dhuha. (Hadith Riwayat Imam Muslim dalam Shahihnya, Kitab Sholaatul Musaafiriin wa Qashruha, no: 720)
6. Qana'ah ( merasa cukup ) dan redha dengan setiap rezeki anugerah Allah.
قال صلى الله عليه وسلم : «كن قنعا تكن أشكر الناس» ( ابن ماجة )
" Jadilah kamu seorang yang bersifat qana'ah, kamu akan menjadi manusia yang paling bersyukur"
Kesimpulan :
Wahai sahabat-sahabatku perbanyakkan syukurmu itu dalam setiap kesempatan dengan hatimu mahupun melalui ucapanmu. Ungkapan syukur dengan hati adalah dengan menyedari bahawa setiap nikmat yang diperolehnya adalah dari Allah Swt. Dan bahwa kegembiraannya ketika menerima suatu kenikmatan adalah disebabkan ia adalah jalan mendekatkan diri kepada Allah.
Ungkapan syukur melalui lisan pula ialah dengan memperbanyakkan puji-pujian kepada Allah Swt. Manakala syukur melalui anggota-anggota tubuh lainnya adalah dengan mengarahkan semua kenikmatan itu untuk mencari keredhaan Allah Swt.
Semoga kita tergolong dikalangan mereka yang bersyukur… doakan Istiqamah.
والعفو منكم...
No comments:
Post a Comment