Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, March 7, 2014

Targib dan Targib

Targib dan Targib
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم 

TAZKIRAH HARI INI (THI) - 6 Jamadil Awal 1435H
Targhib dan Tarhib

Nabi Muhammad s.a.w. sebagai utusan Allah SWT membawa khabar gembira dan khabar duka yang diulang-ulang beberapa kali di dalam al-Quran dalam beberapa ayat, antaranya ayat 119 surah al-Baqarah, ayat 23 surah Fatir dan ayat 4 surah Fussilat. Pengulangan ini menunjukkan penegasan tentang peranan Rasulullah s.a.w. untuk membawa kedua-dua khabar tersebut.

PENCERAHAN : 
Sebesar-besar janji baik adalah syurga dan seburuk-buruk ancaman adalah neraka Allah s.w.t. Menyampaikan berita gembira yang membangkitkan semangat untuk beribadah ini diistilahkan sebagai at-Targhib. 

Manakala memberikan ancaman-ancaman agar merasa gerun untuk melakukan dosa dan maksiat, diistilahkan sebagai at-Tarhib. Kedua-duanya merupakan intisari dakwah Rasulullah s.a.w. yang penting. 

Walau bagaimanapun, kedua-duanya merupakan janji yang tidak dapat dilihat segera di dunia ini. Ia bergantung kepada tahap keimanan seseorang terhadap Allah dan Rasul-Nya. Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud : "Apa yang diberikan rasul kepadamu maka terimalah, dan apa yang dilarang bagimu maka tinggalkanlah." (Surah Al-Hasyr : Ayat 7) 

Perasaan mahu kepada yang baik dan bernilai serta takut kepada sesuatu yang menyusahkan dan menyakitkan adalah fitrah semua manusia. Perasaan manusia boleh tergugat dengan kedua-duanya. 

Walau bagaimanapun, at-targhib dan at-tarhib ini hendaklah didasarkan kepada nas-nas al-Quran dan hadis-hadis yang sahih. Namun para ulama hadis telah sepakat membenarkan penggunaan hadis-hadis daif yang tidak keterlaluan daifnya dalam masalah at-targhib dan at-tarhib. 

Unsur-unsur at-targhib dan at-tarhib seharusnya mendapat perhatian penting di dalam sebarang pertemuan yang diadakan di atas nama usaha dakwah. Termasuk juga sebarang penulisan dakwah. 

Syah Waliyullah ad-Dahlawi di dalam bukunya, Qaul al-Jamil telah mengutarakan empat rukun dalam memberi peringatan atau berdakwah aitu : 

1. At-Targhib iaitu memberi galakan dan perangsang supaya melakukan kebaikan.
2. At-Tarhib iaitu menakut-nakutkan atau menimbulkan rasa gerun terhadap dosa yang akan diterima apabila melakukan maksiat.
3. At-Tamthil iaitu memberi contoh dan perbandingan dengan misal-misal yang jelas dan juga cerita-cerita yang boleh melembutkan hati dan jenaka-jenaka yang berfaedah.
4. Al-Masalah iaitu hal-hal yang berkaitan dengan masalah hukum halal dan haram atau masalah-masalah yang termasuk dalam pengertian adab ahli-ahli dan peraturan berdoa.

KESIMPULAN :
Hal-hal yang telah disebutkan ini merupakan isi dakwah yang paling asas dan tidak boleh ditinggalkan begitu sahaja, di samping membicarakan dakwah dengan manhaj dan uslub yang lain juga. Mendidik manusia boleh dicapai melalui unsur-unsur at-targhib dan at-tarhib ini, in sya Allah !
Wallahu a'lam - Doakan istiqamah Ustaz Kay.


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment