Bismillah,
Sudah 3 hari masa berlalu namun yang dicari tidak juga dijumpai. Pastinya kegusaran ini dikongsi oleh semua apalagi sanak saudara yang terlibat. Emosi sedih dan harapan menggunung beserta doa yang berpanjangan dikongsi oleh semua yang turut merasai. Sesungguhnya tragedi boleh berlaku bila bila masa sahaja. Ia aturan kehendakNya jua. Manusia walau hebat dan secanggih mana pun peralatan namun semuanya bergantung kepada Dia yang Maha Kuasa.
Seorang sahabt yang tinggal di Oman berkongsi pengalaman menaiki kapal terbang di mana rata-rata penumpang ralit dengan hiburan yang disediakan. Mereka seakan tidak takut dengan bahaya yang tidak di duga. Sememangnya ramai yang begitu. Ia semuanya pilihan. Ada terdapat video yang lebih Islamic serta bacaan ayat al Quran jika kita memilih untuk mendengarnya.
Sewaktu mengembara ke Europe hujung tahun lepas saya menaiki Saudia Air. Ternyata banyak pililhan channel yang Islamic. Setidaknya bila kita mengembara baik dengan apa jua bentuk kenderaan biarlah hati dan seluruh jasad kita mengingati Allah SWT. Jika tiada apa apa yang perlu maka zikirlah dalam hati sepanjang perjalanan. Moga bila kita ingat Allah dan Allah mengingati kita.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment