Bismillah,
Kisah dalam buku Nihayatul Dhzalimin
Di negeri Arab seorang pelajar universiti mengishtiharkan Allah itu tiada di hadapan ramai. Beliau berkata jika Allah ada maka sudah pasti dia akan mati. Lalu dia mula membilang di hadapan ramai mencabar kekuasaan Allah. Selesai membilang maka dia masih hidup. Maka dia berkata bahawa Allah tiada, jika Allah ada selesai bilangan maka dia pasti sudah mati. Maka ramai yang terpengaruh. Lelaki ini pulang ke rumah. Bila diajak makan ibunya dia tidak mahu, kemudian dia menyatakan mahu mandi. Lama beliau mandi ibunya lalu mengetuk pintu berulang kali. Rupanya si lelaki ini telah meninggal dunia dalam keadaan aib. Inilah kejadian yang boleh mengingatkan kita betapa manusia yang angkuh itu akan dibalas oleh Allah.
Sesungguhnya Allah Rabb Al-Alamin biar kita tidak nampak tapi Dia wujud. Allah teramat dekat dengan kita. Bagaimana mengetahui Allah itu dekat? Contoh jika kita dalam ketakutan ditengah lautan maka siapakah yang kita panggil di saat itu? Di saat itu kita menyeru kepada Allah. Adakah kita menagigl dengan suara yang kuat, sudah pasti tidak kerana kita mengetahui walau dalam senyap walau dalam hati kita tahu Allah Maha Mendengar, Dia Maha Mengetahui. Susungguhnya Allah itu dekat dengan kita.
Orang yang dekat dengan Allah miliki 3 perkara:
YAKIN PADA ALLAH sepenuh hati
ISTIGHFAR kepada Allah
BERDOA
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment