Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, October 26, 2014

Berniaga pekerjaan mulia

Berniaga pekerjaan mulia
ia pentas mencari barakah
bila jual beli tanpa riba
bila dilakukan dengan amanah
bila berhubungan kerana Allah
bila sedekah menjadi amalan
bila apa yang ada disyukuri
bila ibadat sentiasa dijaga
bila niat mencari mardhatillah

Ummu Iman Ihsan
4 Muharram 1436Hijrah

Medan Fatwa TV Hijrah

Medan Fatwa TV Hijrah

Selamat menyambut Maal
Hijrah 1436H
كل عام وانتم بخير من العاءزين والفاءذين
Semangat hijrah cinta ilmu dengan versi yang baru.
Tajuk khusus medan fatwa terdiri dari 3 segemen iaitu 
1.qawaidul fatwa 
2. بيان للناس- perincian perbahasan berkaitan semasa yang menjadi satu perbincangan kepada masyarakat di Malaysia.
3. Persoalan di facebook di media

Medan Fatwa:
Lapangan atau pentas untuk berbincang isu fatwa

Maksud fatwa:
Menurut ulama boleh disebut dengan 3 iaitu fatwa, futia, futuwa

Dari segi bahasa fatwa dari perkataan فتي iaitu pemuda. Pemuda dilihat sebagai cergas, kuat. Jadi dalam masalah hukum apabila dibahas pendapat yang lemah menjadi kuat.
Fatwa ini betmaksud apabila hukum dalam kesamaran maka fatwa akan mengesahkan hukum tersebut. Dari segi bahasa adah satu penguat kepada pendapat sebelumnya.

Al Imam Ali As Shaukani mengemukankan sebagai hasil ijtihad. Fatwa malibatkan tahqiq dan tadqiq. Proses ini dinamakan ijtihad

Menurut Al Zuhaily: Keputusan yang dibuat oleh mufti bagi persoalan yang diajukan.

Oleh:
Dr Zulkifli Mohamad  Al Bakri
Medan Fatwa
Cinta Ilmu
TV Hijrah



Sent from my iPhone

Hukum Sentuh Anjing

Hukum Sentuh Anjing

Kajian sinonim dengan manusia berdasarkan Iilahi "anjing mereka berada dalam pintu gua"- Surah Al Kahfi
Anjing disebut sebagai كلب atau كلاب
Apabila kafir menzalimi umat Islam
اللهم  سلبط قلبه كلبا من كلابك
Kalimah anjing juga bermakna singa. Mengikut hadis sahih : Apabila anjing menjilat bekasan kamu maka hendaklah basuh dengan 7 kali dan satu kali dengan air tanah.
Ini menunjukkan kenajisan anjing. Dari jumhur ulama mengatakan kenajisan anjing berdasarkan cara basuhan. Ia najis yang berat. Nas menunjukkan 7 kali basuhan dan basuhan dengan air tanah menjadikan ia najis berat.

Abu Hurairah basuh 3 kali namun mngikut hukum adalah dengan perkataan dan bukan dengan penglihatan. 
Bekas yang kena najis boleh disucikan. Hadis Rasulullah telah perintahkan bunuh anjing maka para sahabat bunuh. Namun bila seorang wanita yang menyatakan anjing yang jaga kebunnya mati. Jadi berlaku dimana pembunuhan ditanggung hanya pada satu jenis anjing iaitu anjing menyakitkan atau anjing yang ganas.

Berdasarkan nas apakah kita tidak boleh hormat pada anjing? Berdasarkan seorang wanita pelacur memberi minum anjing adalah sifat yang baik
Apakah kita boleh sentuh anjing? 
Apabila menyentuh perkara yang membawa pembaziran maka ia tidak digalakkan. Untuk sentuh anjing ada syarat-syarat dalam Islam.

Nabi menyantuni binatang, tapi tiada binatang khas yang dipelihara. Bahkan ada hadis yang menyatakan 
" Tidak masuk malaikat pada rumah yang terdapat padanya anjing, gambar dan patung-patung"

Bila tersilap membuat hal yang tidak sepatutnya, maka perlu kembali kepada Allah.

Dr Zulkifli Al Bakri
Medan Fatwa-Cinta Ilmu
TV Hijrah
3 Hijrah 1436


Sent from my iPhone

Fatwa

Fatwa 

Soalan
1)Kalau suami halau isteri keluar dari rumah adakah jatuh talak?

2)Jika suami bertanya mahu bercerai tapi isteri diam adakah jatuh talak?

Jawapan:
Niat amat memainkan peranan. Ia perlu di rujuk pada pejabat qadhi.

3)Bolehkah perempuan dalam haid baca Quran?
Jawapan:
Hadith Nabi:
Tidak boleh baca Quran orang haid dan junub.
Jika berzikir dibolehkan tak kala dia menjadi معلمه atau dalam pembelajaran.
Mantan Sheikhul Al Azhar mengatakan boleh untuk belajar.

4)apakah Nama yang baik untuk anak?
Jawapan:
Sebaik-baik nama yang ada Abdu atau Abdullah atau Abdu Rahman. Nama adalah doa.

5) Adakah kita dibenarkan membuat ibadah qurban bagi yang telah meninggal dunia
Jawapan:
Jika terikat dengan wasiat dalam mazhab Shafie dibolehkan. Terbaik adalah memberi sedekah.

6)Apakah hukum rebonding?
Rebonding tidak dibolehkan kerana mengubah ciptaan Allah. 

Perkongsian:
Dr Zulkifli Al Bakri
Mufti Wilayah Peraekutuan
Medan Fatwa- Cinta Ilmu
TV Hihrah





Sent from my iPhone

Saturday, October 25, 2014

Memahami sunnah

Memahami sunnah

Sunnah adalah satu tradisi amalan baik yang diteladani dari Rasulullah SAW. Perkara yang baik perlu berpandu kepada hadith Nabi. Hadith dalam definisi bahasa adalah jalan. 

Ada ulama membezakan bentuk sunnah iaitu hadith adalah perkataan yang dilafaz oleh Nabi Muhammad, manakala sunnah merangkupi seluruh perbuatan dan amalan yang diikuti oleh sahabat dari Nabi Muhammad.

Selepas Al Quran, Sunnah menjadi sumber hukum yang kedua. Apabila Allah menjelaskan dalam surah An Najm : وما ينطق عن الهوي 
"Nabi tidak bercakap mengikut hawa nafsu semuanya adalah wahyu."
Nabi itu lebih malu dari perawan, segala watak Nabi merupakan contoh. Baginda bila tidak suka hanya diam sahaja.
Firman Allah:
"Aku turunkan kepada kamu az zikr " ini menunjukkan Nabi tidak bercakap mengikut nafsu.  
Al Imam Syafie mengatakan "al Kitab dan al hikmah". Al hikmah di sini merujuk kepada sunnah.

Hadith adalah wahyu banyak kali disebut al Hikmah dalam Al Quran. Inilah yang diperkata Imam Syafie, Iman Hasaan Basri. Ulama khilaf dalam menyebut tentang amalan-amalan yang dilakukan perkara sahabat ia disebuat sebagai "aathar". Ini merujuk kepada amalan dan kata kata para sahabat. Hadith dari aspek kelemahan dan kekuatan dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti hadith Sahih dan hadith dhaif. 

Bahkan ada juga hadith maudhuk. Ia bukan kata kata Nabi yang tidak ada bukti yang jelas. Ini kerana sanad perlu bersambung. Sanad ini adalah sahabat dan tabiin yang meriwayatkan hadith tersebut. 
من كذب علي متعمدا....
Siapa yang mendustakan ke atas nabi tempatnya di Neraka.
Satu buku yang mengumpulkan hadith sahih yang dikumpul dari Sahih Muslim dan Bukhari yang diberi judul اللوءلوء والمرجان

Oleh Prof. Madya Dr Fauzi Deraman
Celik Hadith
Cinta Ilmu
TV Hijrah
2 Muharram 1436 Hijrah



Sent from my iPhone

Friday, October 24, 2014

Resepi jeruk mangga asam boi

Bismillah,

Jeruk mangga asam boi sudah menjadi satu fenomena. Bahkan menjadi mata pencari dan side income bagi setengah suri rumah.
Mahu tahu cara membuatnya? Senang sahaja.
Cara-caranya:

1) 3 biji mangga muda dikupas dan di potong mengikut kesesuaian
2) 15 biji asam boi
3) 5 biji cili api di hiris halus
4) Gula dan garam sesedap rasa

Gaulkan kesemua bahan-bahan tadi dan masukkan dalam peti ais serlama 4 ke 5 jam.
Sesudah itu ia boleh di hidangkan. 

Thursday, October 23, 2014

Bahasa Jiwa Bangsa

Bahasa Jiwa Bangsa

Di bawah adalah email yang sering saya terima entah berapa puluh kali dan mungkin ratusan. Saya percaya pasti anda ada yang menerimanya sebagaimana saya.

Apabila gagal menggunakan medium bahasa Inggeris maka Bahasa Melayu pula digunakan. Terfikir okeh saya yang membantu untuk translate semua ini adakah bangsa Melayu sendiri atau memggunakan google translation.

Jika anak bangsa sendiri, maka ia cukup malang bagi mereka yang menggunakan kepakaran pada tempat yang salah. Menipu untuk mendapatkan kemewahan cara midah tidak ke mana.

Bahasa jiwa bangsa. Akar budi sebagai tanda aras nilai individu. Dihormati kerana mengangkat nilai budaya pada tempatnya yang sebenar. Wallahuaalam

Tadika ABS Al Ihsan

Email untuk menipu, sila baca
Assalammuailaikum,

Saya ingin merpenalkan diri saya terlebih dahulu. Nama saya Puan. Amira Abubakar from Malaysia. Untuk makluman saya penghidap kanser di tahap yang serius. Dan doktor telah mengesahkan bahawa saya tidak akan dapat bertahan hidup lebih lama. Dengan murah hati nya saya ingin mendermakan segala yang saya miliki dan ini adalah keinginan yang saya dan arwah suami saya telah rancang sebelum ini. Memandangkan kami tiada di kurniakan cahaya mata.

Dengan murah hati nya dan keikhlasan hati saya dan arwah suami saya. Dan saya percaya allah maha mengetahui niat saya ini. Dengan ini, saya menghulurkan atau menyumbangkan sejumlah wang sebanyak £2,000.000.00 (Dua Juta Pounds) kepada anda. Dalam memudahkan semua urusan antara saya dan anda, saya akan meminta peguam saya menyediakan segala dokumen yang berkenaan. Dan dengan izin allah semua urusan akan berjalan dengan lebih lancar, dan pindah hak milik di antara kita tidak akan bermasalah. Semoga allah memberkati segala kerjasama dari anda dan gunakan lah pemberian saya ini dengan bijaksana.

Salam,
Puan. Amira Abubakar.
Reply to : abubakaramira@hotmail.com

Jika ikut hati mahu saya jawab "elok la mati cepat sikit"



Sent from my iPhone

Wednesday, October 22, 2014

Motivasi kejayaan

Bismillah

Berkongsi kisah kejayaan rata-rata mereka yang berjaya melalui penolakan yang entah berapa banyak. bagi positif akan menganggap bahawa penolakan dari orang sekeliling adalah permulaan kepada anak tangga kejayaan. Jika syarat untuk berjaya perlu menempuh sepuluh penolakan maka setiap tolakan yang berlaku akan dikira sebagai main hampi kepada kejayaan.

Ada pelbagai bentuk penolakan contoh J.K Rowling pengarang best-seller yang terkenal dengan sidi Harry Potter juga pernah menerima penolakan. Begitu juga Kapten Sanders yang mencipta resepi KFC. Mereka ini akhirnya berjaya mencipta kejayaan yang besar. kej

Maka bila ada penolakan pada diri anda, percayalah ia petanda kita hampir berjaya. Apa yang kita lakukan bukan gagal ia hanya belum berjaya.

POSITIF & OPTIMIST.

Friday, October 17, 2014

Bahasa Melambangkan Bangsa

Bahasa Melambangkan Bangsa

Negara yang terkebelakang menggunakan bahasa yang bercampur-campur. Dibanding mereka yang menggunakan bahasa ibunda sepenuhnya. Negara akan hilang identiti dan tidak punya identiti sendiri. Individu akan banyak assimilate budaya orang lain. Sekaligus ia tidak banyak membantu dalam menguatkan bangsa.

Perhatikan negara maju seperti Jepun, Korea, Perancis dan banyak lagi negara menggunakan bahasa mereka sendiri. Mereka tidak terpengaruh dengan bahasa lain. Biarpun mampu menguasai bahasa Inggeris dengan baik namun bahasa sendiri diutamakan dan menjadi medium dalam semua perkara.

Bagi memastikan akar budaya bangsa menjadi utuh maka Bahasa Melayu Tinggi perlu dimartabatkan. Bahasa Melambangkan Bangsa. Oleh itu Tadika ABS selangkah ke depan untuk memastikan BMT diaplikasikan sejak dari kecil.


Tadika ABS Al Ihsan


Sent from my iPhone

Sunday, October 12, 2014

Nota Bisnes 1: Antara Karater dan Sikap

Nota Bisnes 1: Antara Karater dan Sikap

Setiap individu mempunyai karakter tersendiri. Sebagai contoh seseorang yang mempunyai karakter bengis atau garang pastinya tidak disukai. Sama juga bagi yang pendiam amat sukar untuk didekati. Karakter biasa lahir pada diri individu hasil daripada prinsip-prinsip yang dipegang oleh individu tersebut. Karakter seseorang kebiasaannya dipengaruhi oleh faktor sekeliling. Ada juga yang mengatakan karakter ini disebabkan genetik.

Sikap pula merupakan tingkah laku individu yang bermula dari tabiat dirinya. Ia sesuatu yang tidak bersikap kekal dan mampu diubah. Contoh sikap malas, boleh diubah menjadi rajin. Sikap juga biasanya perkara yang dilakukan akhirnya menjadi satu rutin

Apa kaitan karakter dan sikap dalam perniagaan? Karakter individu ada yang disenangi dan tidak. Jika seseorang itu suka bercakap kasar maka pastinya ramai yang akan cepat terasa hati dengannya. Namun menurut Puan Ainon Mohd emosi dalam perniagaan perlu dipisahkan. Selagi individu tersebut mampu membawa duit atau mengerakkan perniagaan dengan bagus maka karakter yang tidak disukai itu bukan perkara penting. Apa yang perlu difocuskan adalah duit.

Sikap pula besar pengaruhnya dalam perniagaan. Jika orang berniaga ada sikap mahu berlumba-lumba ia sangat positif dan bagus untuk perniagaan. Begitu juga sikap rajin, cermat, peramah dan sebagainya. Sikap dilihat sesuatu yang amat tidak bagus jika ia mendatangkan kesan pada perniagaan. Orang yang malas umpamanya tidak akan berjaya membangunkan perniagaannya.

Bagi memastikan perniagaan kita maju maka sikap yang positif perlu ada pada setiap individu.

Friday, October 10, 2014

TAZKIRAH:

TAZKIRAH:
USAH BERSEDIH

1. Andaikata kamu dikhianati atau dilukai oleh mereka yg mempunyai talian kekeluargaan dgn kamu, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Yusuf as, yg dikhianati oleh saudara2nya...

2. Andaikata ibubapa kamu, atau mereka yg kamu kasihi, menentang kamu ketika kamu berjalan di atas jalan kebenaran, usah bersedih. Ingatlah peristiwa Ibrahim as, yg dihumban ke dalam api oleh ayahandanya...

3. Andaikata kamu buntu di dalam permasalahan dan tidak nampak jalan keluar, usah bersedih. Ingatilah kisah Yunus as, yg terperangkap di dlm perut ikan.

4. Andaikata kamu didatangi penyakit, dan seluruh anggota badan kamu di landa kesakitan, usah bersedih. Ingatilah kisah Ayub as, yg ditimpa kesakitan dan pelbagai penyakit, disamping kehilangan ahli keluarganya.

5. Andaikata kamu melihat akan adanya kekurangan atau kelemahan pada diri kamu, usah bersedih. Ingatlah kisah Musa as, yg tidak dapat bertutur dgn sempurna.

6. Andaikata kamu difitnah dan dicaci oleh manusia di sekelilingmu, usah bersedih. Ingatilah kisah Aisyah ra, yg sabar setelah difitnah sehingga satu kota memperkatakannya...

7. Andaikata kamu rasa kesunyian dan keseorangan serta tiada yg membantu, usah bersedih. Ingatilah kisah Adam as, yg diturunkan ke muka bumi bersendirian sebelum bertemu kembali Hawa.

8. Andaikata kamu rasakan tidak ada kewajaran akan apa yg perlu kamu lakukan, serta detikan hati tertanya mengapa ianya terjadi, usah bersedih. Ingatilah kisah Nuh as, yg tanpa keluh dan tanpa tahu sebabnya, terus membina bahtera yg besar tanpa soal...

9. Andaikata kamu diherdik dan dicerca oleh saudara mara kamu sendiri lantaran kamu memilih agama dan kehidupan akhirat berbanding kehidupan dunia, usah bersedih. Ingatilah kisah Muhammad saw, yg dipulaukan dan diperangi oleh keluarganya yg terdekat...

Subhanallah... Masyaallah.. Allahuakbar...

Allah swt mewujudkan personaliti yg hebat2 ini sebelum kita, dan mendatangi mereka dgn pelbagai ujian dan cabaran, dgn tujuan agar satu hari nanti, manusia spt saya dan kamu, bila mana berhadapan
dgn sebarang musibah dan tribulasi, tidak perlu berkata "KENAPA AKU?"...

ALHAMDULILLAH UTK SEGALA2NYA YA RAHMAN.

(Penulisan asal di dalam bahasa Inggeris. Di translasi oleh Zulkiflie Amir.?


Sent from my iPhone

Optimis


Bismillah,

Kehidupan yang dihayati sepenuhnya dari cabaran dan masalah yang ada akan membenarkan kita mempelajari banyak perkara. Proses belajar ini dapat membantu kita dengan melihat perkara tersebut secara positif. Biarpun sesuatu perkara adakala membawa kepada kecelaruan emosi, stress dan sebagainya namun akal yang waras serta jiwa yang tenang mampu membuat pertimbangan yang sewajarnya.

Setiapkali akal yang neagtif membisikkan dunia tidak berlaku adil kepada kita maka setiapkali itu juga kita perlu kembali kepada Allah. Takdir satu perjalanan ada banyak hikmah jika kita mampu membuka ruang melihat keupyaan diri untuk mengatasi masalah dan melepasi cabaran yang ada. Bagi berdepan cabaran individu perlu lari dari suasana negatif. Suasana atau persekitaran yang negatif boleh menyebabkan kita silap membuat pertimbangan yang wajar. Adakala kita menjadi bias atau dengan kata lain cenderung ke satu perkara tanpa berfikir dengan baik.

Sesuatu keputusan yang dibuat akan mencorakkan kehidupan akan datang. Ia juga secara tidak langsung akan membawa kepada cabaran baru. Insan yang positif akan melihat ke depan dengan optimis.


Saturday, October 4, 2014

Resepi Ungkep Masakan Jawa

Resepi Ungkep Masakan Jawa

1kg dading
3 sudu besar Jintan manis
1 sudu besarjintan putih
1 sudu besar ketumbar
7 ulas bawang merah
5 ulas
3 sudu besar asam jawa
gula dan garam secukup rasa.
( lebihkan gula untuk manis)

Rempah dikisar dan bawang ditumbuk. Selepas itu bahan digaul dan diuli hingga sebati bersama daging selama sejam. Perapkan selama sejam. Selepas itu panaskan kuali. Masukkan 3 sudu minyak masak, masukkan daging dalam periuk dan ditutup. Gunakan api kecil. Sekali sekala dikacau. Apabila air sudah kering api ditutup. Hidangan boleh disajikan.


Selamat mencuba.

Kelebihan Hari Raya Korban

Kelebihan Hari Raya Korban

Bismillah

Selamat Aidil Adha

Selamat Aidil Adha

تقبل الله منا ومنكم صالح الاعمال.
وكل عام وأنتم بخير.
وجعلنا الله واياكم من العائدين والفائزين.

Allah menerima segala amalan dan memberikan keampunan atas segala dosa.

Resepi Sambal Tahun ( Masakan Jawa)

Resepi Sambal Tahun ( Masakan Jawa)

5biji bawang merah
3 biji bawang putih
sekilo lengkuas ( dihiris nipis dan dirincis)
3kg kerang
150gm bilis
200gm cili padi
gula, asam dan belacan secukup rasa dibancuh dengan 1/2 cawan air.
1kg santan

Cara cara:

Lengkuas direbus hingga empuk bersama cili padi. Ketepikan Tumis bawang dan santan pekat, masukkan bilis dan perahan air belacan dan asam jawa. Apabila mengelegak masukkan baki santan yang ada. Bila menggelegak masukkan kerang dan lengkuas dan cili yang telah direbus. Masukkan garam gula secukup rasa.

Biarkan selama 15 minit. Boleh dihidangkan.

( Kerang juga boleh diganti dengan kulit lembu( belulang yang telah diproses), perut lembu atau pedal ayam.


Resepi Lombok Masakan Jawa

Resepi Lombok ( Masakan Jawa)

5 biji kentang
3 keping tauhu
10 biji petai di belah 2
30 gm soun (direndam)
5biji bawang merah
5 biji bawang putih
2 inci lebgkuas
200gm udang
sejemput bilis
cili besar 3-4 biji
gula, asam dan belacan secukup rasa dibancuh dengan 1/2 cawan air.
santan satu cawan

Cara-cara

Kentang dan tauhu Dipotong dadu
digoreng
Cili dipotong
Lengkuas diketuk
Bawang dihiris nipis2

Tumis bawang, bila sudah perang masukkan bilis dan udang. Bila sudah masak sedikit masukkan petai , santan, air asam jawa dan belacan. Biarkan menggelegak.
Sesudah itu masukkan cili,gula dan garam. Apabila menggelegak masukkan kentang dau tauhu yang sudah digoreng, taburkan soun setelah ditoskan airnya.
Gaul sehingga sebati. Apabila meresap kuahnya dan sebati adunan, ia sudah boleh dihidangkan.

Selamat mencuba.