Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Friday, July 3, 2015
Jurnal Ramadan : 10 Pesanan Sufiyan At Thauri
Menurut Sufiyan ada 10 perkara yang perlu diperbaiki :
1) Ada orang berdoa untuk keperluan diri sendiri sahaja, tanpa masukkan ibu bapa, keluarga dan kaum muslimin. Oleh itu berdoa untuk semua. Dr Ali Hashimi menulis" berdosa bila kita cuai berdoa pada kedua ibu bapa kita".
2) Orang yang kerap baca Al Quran tanpa mengikut tertib. Tidak salah, cuma alangkah baik membaca ikut urutan dan memahami maksud. Selain itu kita boleh mentadabbur ayat-ayatnya. Contoh Maryam berpuasa mulut.
3) Lelaki yang masuk ke masjid tidak menunaikan Tahiyyatul Masjid. Boleh juga solat sunat wudhuk.
4) Orang yang melalui tanah perkuburan tetapi tidak memberi salam pada ahli kubur. Selain boleh sedekahkan bacaan.
5) Lelaki yang masuk ke kota lalu tidak meninggalkan kota itu sebelum meninggalkan solat Jumaat. Sempurnakan solat di tempat itu, dan tidak perlu tergesa-gesa untuk keluar dari tempat itu.
6) Orang yang tinggal di dalam satu lingkungan yang ada alim ulama tapi tidak mengambil kesempatan untuk menimba ilmu. Ilmu mendatangi kita aka rebutlah peluang itu.
Manusia terbahagi pada 3 unsur :
Fizikal perlu makanan untuk kuatkan badan.
Ruh perlukan iman.
Akal makanannya ilmu.
7) Seorang yang bersahabat tapi tidak saling bertanya khabar. Ukhuwwah perlu saling mengambil berat antara satu sama lain.
8) Orang yang bertamu di rumahnya, tapi tidak dilayan dengan baik. Menjamu makan adalah sedekah.
9) Pemuda yang masa mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan masa tersebut. Beribadat masa muda adalah terbaik. Bila datang waktu tua kesihatan sudah banyak kekangan.
10) Jiran yang mengalami kelaparan dan kesukaran hidup tanpa kita peduli.
No comments:
Post a Comment