Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Wednesday, July 1, 2015
Jurnal Ramadan : Ketaatan dan Kesyukuran
Firman Allah tentang kewajipan bagi orang beriman bagi berpuasa di bulan Ramadan sebagaimana orang sebelum ini agar menjadi orang yang bertaqwa.
Sabda Rasulullah menyeru agar orang beriman kepada taqwa, kata baginda bahawa iman itu kosong, perlu diisi dengan taqwa. Perlu ditambah dengan ketaatan.
Ketaatan ini bukan ikutan atau budaya. Contoh berpuasa tapi tidak solat. Berpuasa namun masih membuat maksiat.
Umat Nabi Adam usia sangat panjang dibanding umat Nabi Muhammad. Namun mereka diberi ganjaran berganda di bulan Ramadan.
Sesiapa yang laksanakan ketaatan sebagaimana di bulan Ramadan, ganjarannya 70 kali ganda.
Konsep ibadat ini seolah kita akan mati esok hari. Maka insan perlu berusaha agar beribadat secara kualiti dan kuantiti.
Ramadan akan dipenuhi dengan ketaatan, jangan disiakan masa yang ada. Disamping taat, hamba juga perlu bersyukur kepada Allah kerana kita masih ada ruh.
Perhatikan berapa ramai yang tidak sempat dengan Ramadan. Setiap kali datangnya Rejab kita berdoa agar sampai pada bulan Ramadan.
Orang yang berzikir pada Allah baik dalam keadaan duduk, berdiri, atau baring, Allah hampir dengan mereka.
Muhasabah diri :
+ Sudakah kita dekat dengan Allah?
+ Sudahkah saya membina diri untuk berbaik sesama manusia?
+ Sudahkah saya membina akhlak berlandaskan Al Quran?
Tazkirah
Surau Al Hidayah
Saujana Utama
15 Ramadan 1436H
No comments:
Post a Comment