Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, October 26, 2013

10 Tokoh Usahawan Muslimah


Bismillah,

Hari ini Alhamdulilah diberi peluang berkongsi tentang buku 10 Tokoh usahawan Muslimah di TVHijrah dan dalam masa yang sama juga berkongsi ilmu bersama para agen usahawan Sarah Kids tentang motivasi keusahawanan dan strategi perniagaan. Ia satu rahmat bila diberi peluang berkongsi kerana dengan berkongsi ilmu moga-moga Allah menambah ilmu yang sedia ada. ia juga bukan bermakna kita kebih bagus dari orang yang kita berkongsi kerana setiap kita ada kelebihan.

Sesungguhnya perniagaan adalah nadi ekonomi dan wanita merupakan antara yang ramai menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Oleh itu bila menjadi usahawan falsafah perniagaan dalam Islam itu perlu difahami, etikanya perlu dipatuhi agar rezeki yang berkat diperoleh bagi menjamin kebahagiaan hidup dunia dan akhirat.

Perniagaan adalah salah satu cara wanita menambah pendapatan. Ia dilihat sukar namun inilah tarbiyyah Ilahi kepada Rasulullah dalam menjalankan perniagaan serta diberi pasangan yang juga ahli perniagaan. Maka ada hikmah bagi kita sebagai umat Islam untuk menyahu cabaran dan keuntungan perniagaan.

Wallahuaalam 

No comments:

Post a Comment