Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, October 15, 2013

Superwoman



Bismillah,

Saya masih lagi dalam mood menulis inspirasi buat wanita dalam siri buku Motivasi 3i. Salahsatunya akan memperkatakan tentang superwoman. Ia merupakan isu yang sering dikaitkan dengan wanita perlu ada superskill, berkebolehan, mampu urus rumahtangga dan juga kerjaya sera apa sahaja tanggungjawab.

Sebagai wanita kita seringkali perlu mencari resepi-resepi kejayaan. Kita perlu berusaha untuk memperbaiki diri. Mungkin tidak akan sempurna banyak perkara tetapi setidaknya kita boleh perbaiki dan menambah baik apa yang ada. Mustahil untuk kita sempurna dalam banyak perkara namun perlu kita lihat dari sisi positif bagaimana mahu berubah.

Ramai wanita di luar sana sering merungut kerana terpaksa melakukan banyak perkara, hingga ada masa tidak dapat memberikan perhatian untuk diri sendiri. Betul, wanita adakala terlalu banyak berkorban hingga lupa membelai diri. Ada masa mahu merehatkan diri sahaja tidak ada masa untuk itu kerana tumpuan masa sepenuhnya kepada tugas rumahtangga dan juga kerjaya. Jika wanita mempunyai kerja part time maka bebannya akan lagi bertambah.

Realtitnya, menjadi superwoman perlu membuat pengorbanan selari dengan misi dan visi yang ada. Pengorbanan yang mahu di buat itu perlu dipastikan matlamat yang jelas. ia bukan semata menjadi superwoman kerana mahu memastikan hidup bahagia di dunia tapi perlu memastikan wanita juga "super" dalam beribadat dan mengabdikan diri kepada Allah.

Kesimpulannya, wanita yang hebat adalah yang membahagiakan suami dan keluarga, sentiasa berfikir mahu memberikan terbaik kepada orang di sekelilingnya, dan berfikir untuk memajukan diri dan membangunkan ummah.
Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment