Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, October 10, 2013

Summer Camp 2013

Bismillah, Jumaat yang barakah hendaknya untuk kita semua. Hari ni suasana ceria kembali setelah Eiman kembali dari kem Kepimpinan yang diadakan oleh PPD K.Selangor. Ini kali ke dua kami menghantar IEiman jauh dari pandangan mata. Risau pun ada kerana bimbang dia tidak mampu membawa diri. Bila beliau balik semalam, memang nampak keletihannya. Part yang seronok bila saya bertanya" Eiman nangis tak? Rindu tak kat Ummi?" Kata Eiman tak nangis tapi nangis sorok-sorok " Tergelak saya "Nagis sorok-sorok tu bagaimana Man?".. Selamba Eiman menjawab "nangis masa waktu solat jemaah"... Kata Eiman dia rindukan Ummi...


Moralnya anak-anak boleh dilatih untuk berdikari dengan menghantar mereka ke kem latihan anjuran mana-mana yang bersesuaian agar mereka belajar berdikari. Menjelang cuti sekolah ini sudah pasti akan ada pelbagai kem yang boleh kita ibu bapa menghantar anak-anak menuntut ilmu. ia tidak secara formal tapi banyak manfaat untuk anak-anak kita.  Jika di rumah kita akan pastikan anak-anak tidur dan makan dengan selesa. Namun bila di kem mereka merasa gigitan nyamuk, berlatih mengurus sendiri makan minum. Bahan belajar mendisiplinkan diri mengikut waktu program. Ia latihan buat anak-anak untuk meneruskan cabaran kedewasaan.
Wallahuaalam.

No comments:

Post a Comment