Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, October 5, 2013

: Peperiksaan : Antara Harapan dan Cita cita

Bismillah,

Semakin kalendar berada di penghujung maka semakin debaran terasa, leibh lebih lagi kepada ibu bapa yang anak mereka menghadapi peperiksaan. Saya juga sama seperti ibu-ibu yang lain kerana tahun ini dua anak berdepan peperiksaan. Ia bukan semata memikirkan tentang result atau keputusan bahkan lebih penting lagi perlu memastikan emosi dan mental anak-anak tidak terganggu. Ini kerana bila peperiksaan hampir tiba para pelajar cepat merasa stress. 

Sebagai ibu bapa bila anak-anak merasa tertekan di saat akhir berdepan peperiksaan maka kita perlu banyak memberikan kata-kata semangat dan motivasi. Jangan meletakkan sasaran A yang menyebabkan anak-anak rasa terbeban. A bukanlah pengakhiran sebuah kejayaan bagi anak-anak. Ini kerana kajian menunjukkan pencapaian terbaik di sekolah rendah bukan penentu kepada kejayaan di sekolah menengah hingga ke universiti. Namun begitu sudah pasti setiap dari kita mahu anak-anak berjaya mengekalkan kejayaan.

Menurut Puan Ainon, chairman PTS meletakkan target anak mendapat A tanpa melihat keupayaan anak-anak akan menyebabkan anak hilang motivasi. Bahkan target perlu diletakkan dengan melihat penilaian kepada keputusan sebelumnya. Oleh itu jika anak-anak kecewa jika tidak mampu menjawab soalan peperiksaan dengan baik ibu bapa perlu memberi semangat dan keyakinan bahawa anak-anak telah memberikan yang terbaik. Kata-kata seperti "malas belajar", "kurang belajar" dan pelbagai ayat-ayat negatif perlu dielakkan. Ia tidak mengubah apa yang berlaku. Anak-anak juga akan lebih tertekan. Terbaik doakan agar anak-anak berjaya bukan semata dari peperiksaan tetapi mengambil iktibar dari pengalaman.



No comments:

Post a Comment