Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, February 27, 2015

Motivasi Diri

Motivasi Diri

Pelakon Tambahan

Bila kita tidak menyerlah dan sering diberi watak sampingan ia ada beberapa perkara yang perlu dilihat dan diambil peduli:

+ tidak belajar mengasah bakat
+ kita tidak tahu menonjolkan diri
+ tidak pandai mengambil hati
+ kurang belajar dari keadaan sekeliling
+ lambat bertindak
+ takut memburu peluang
+ kurang daya motivasi
+ miliki self esteem yabg rendah
+ takut bersaing dengan diri sendiri

Monday, February 23, 2015

BERSEDEKAHLAH KERANA IA PASTI BERGANTI

BERSEDEKAHLAH KERANA IA PASTI BERGANTI

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim. 

Nota Kelas Tafsir Jumaat (Saba' [34:39]) pada 21 Februari 2015. Antara isunya adalah jaminan  sebarang sedekah bakal diganti oleh Allah.

"Berilah sedekah, rezekimu pasti bertambah!" Ayat itu tampaknya tidak logik kerana pemberian akan mengurangkan harta yang dimiliki. Lazimnya itulah pandangan manusia yang kelabu matanya dari sifat Allah al-Razzaq atau Yang Maha Memberi Rezeki. 

Analoginya, sebuah sungai yang tertahan aliran airnya akan mengundang banyak mudarat. Kualiti airnya menurun, baunya busuk menusuk hidung dan tidak sihat untuk diminum. Tak banyak manafaat diperolehi dari kewujudannya. Paling malang adalah "ALIRAN AIR BARU DARI HULU TERHALANG DARI MENGALIR MASUK." Harta yang terbelenggu di hati si bakhil akan menambah penyakit hatinya, meningkatkan geram kesumat si miskin, membusukkan nama si bakhil dan paling utama "MENGHALANG ALIRAN REZEKI BARU" kerana Pemilik Khazanah Alam ini murka dengan sifat bakhilnya.

Setelah sekatan aliran sungai dibuang, aliran baru menerjah masuk dengan deras dan menghapuskan segala macam penyakit. Bila sungai sudah sihat, semua akan gembira. Beginilah perihalnya dengan manusia pemurah yang rajin bersedekah. Bukan setakat namanya harum, cinta "Pemilik Khazanah Alam" kepadanya juga mencanak naik. Bila Raja Alam Semesta sudah sayang, hidupnya serba kena dan serba indah. Benarlah firman Allah ini:

قُلْ إِنَّ رَبِّي يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ مِنْ عِبَادِهِ وَيَقْدِرُ لَهُ وَمَا أَنْفَقْتُمْ مِنْ شَيْءٍ فَهُوَ يُخْلِفُهُ وَهُوَ خَيْرُ الرَّازِقِينَ

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan Ia juga yang menyempitkan baginya; "DAN APA SAHAJA YANG KAMU DERMAKAN MAKA ALLAH AKAN MENGGANTIKANNYA; DAN DIA LAH JUA SEBAIK-BAIK PEMBERI REZEKI" (Saba' [34:39]).

Gantian dijanjikan Allah ini adalah gandaan pahala bernilai "10, 700 dan infiniti:"

مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا وَمَنْ جَاءَ بِالسَّيِّئَةِ فَلَا يُجْزَى إِلَّا مِثْلَهَا وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ

Ertinya: Sesiapa yang membawa amal kebaikan (pada hari kiamat), MAKA BAGINYA (BALASAN) SEPULUH KALI GANDA (DARI KEBAIKAN) YANG SAMA DENGANNYA; dan sesiapa yang membawa amal kejahatan, maka ia tidak dibalas melainkan (kejahatan) yang sama dengannya; sedang mereka tidak dianiaya (sedikitpun) (al-An'am [6:160]).

Firman Allah:

مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِئَةُ حَبَّةٍ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Ertinya: Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti "SEBIJI BENIH YANG TUMBUH MENERBITKAN TUJUH TANGKAI; TIAP-TIAP TANGKAI ITU PULA MENGANDUNGI SERATUS BIJI. DAN (INGATLAH), ALLAH AKAN MELIPAT GANDAKAN PAHALA BAGI SESIAPA YANG DIKEHENDAKINYA," dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya (al-Baqarah [2:261]).

Walaupun begitu, gantian Allah itu boleh sahaja datang dalam rezeki lain yang lebih luas jenisnya. Rezeki ketenangan, keteguhan jiwa, keluarga yang harmoni, Negara yang aman, pemimpin yang baik, tubuh yang sihat, jiran sahabat handai yang baik dan sebagainya. 

Yakinlah pada "janji gantian tersebut" kerana Rasulullah SAW menyebut Allah berfirman dalam sebuah hadith Qudsi:

قَالَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ أَنْفِقْ أُنْفِقْ عَلَيْكَ

Ertinya: Allah berfirman; bersedekahlah (wahai anak Adam), sudah pasti Aku akan bersedekah (merahmati dan membuka rezekimu) (Sahih al-Bukhari dan Muslim).

Juga sabda baginda SAW:

مَا مِنْ يَوْمٍ يُصْبِحُ الْعِبَادُ فِيهِ إِلَّا مَلَكَانِ يَنْزِلَانِ فَيَقُولُ أَحَدُهُمَا اللَّهُمَّ أَعْطِ مُنْفِقًا خَلَفًا وَيَقُولُ الْآخَرُ اللَّهُمَّ أَعْطِ مُمْسِكًا تَلَفًا

Ertinya: Setiap pagi yang dilalui seorang hamba akan diiringi oleh dua malaikat yang turun. Satu malaikat akan berdoa: Ya Allah! Berikan GANTIAN KEPADA SETIAP YANG BERSEDEKAH (dan berbuat baik). Satu malaikat lagi akan berdoa: Ya Allah! Berikan KEMUSNAHAN KEPADA SETIAP YANG BAKHIL (dan sukar berbuat baik) (Sahih al-Bukhari dan Muslim).

Bersedekahlah seikhlas hati kerana sedekah kita kepada orang lain sebenarnya adalah "BANTUAN-SISWA atau REZEKI-SISWA" Allah kepada kita sendiri. Jangan pula sedekah itu disempitkan hanya pada "RINGGIT MALAYSIA" sahaja tetapi ia merangkumi banyak perkara lain. Akhlak yang baik juga sedekah. Menjaga kelestarian alam sekitar juga sedekah. "MELETAK KERETA TANPA MENGHALANG LALUAN ORANG KETIKA SOLAT JUMAAT JUGA SEDEKAH". "TIDAK MEMOTONG BARISAN KETIKA KESESAKAN JALAN RAYA JUGA SEDEKAH." Aduhai! Banyak sekali sedekah yang mampu menggandakan gantian pahala kepada kita. Cukuplah sabda Rasulullah SAW ini menutup bicara sedekah saya pada kali ini:

تَبَسُّمُكَ فِي وَجْهِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ وَأَمْرُكَ بِالْمَعْرُوفِ وَنَهْيُكَ عَنْ الْمُنْكَرِ صَدَقَةٌ وَإِرْشَادُكَ الرَّجُلَ فِي أَرْضِ الضَّلَالِ لَكَ صَدَقَةٌ وَبَصَرُكَ لِلرَّجُلِ الرَّدِيءِ الْبَصَرِ لَكَ صَدَقَةٌ وَإِمَاطَتُكَ الْحَجَرَ وَالشَّوْكَةَ وَالْعَظْمَ عَنْ الطَّرِيقِ لَكَ صَدَقَةٌ وَإِفْرَاغُكَ مِنْ دَلْوِكَ فِي دَلْوِ أَخِيكَ لَكَ صَدَقَةٌ

Ertinya: Senyumanmu pada wajah saudaramu adalah suatu sedekah untukmu, menyuruh yang baik serta mencegah yang mungkar juga sedekah untukmu, menunjuk jalan kepada lelaki yang tersesat juga sedekah untukmu, engkau melihat (memimpin) bagi  pihak orang yang rabun (buta) juga sedekah untukmu, engkau membuang batu, duri dan tulang di jalanan juga sedekah untukmu, engkau menuang air dari timbamu ke dalam timba saudaramu juga sedekah untukmu (Sunan al-Tirmidhi, Sahih Ibn Hibban).

Dipetik dari group WA


Sent from my iPhone

Saturday, February 21, 2015

Ekonomi Persahabatan

Ekonomi Persahabatan

بسم الله
Ekonomi persahabatan bukan semata slogan tapi perlu diterjemah dalam bentuk tindakan.
Ia bukan teori tapi pembinaan jaringan melalui perkongsian pengalaman.

Bagaimana membina jaringan adalah penting bagi membina keutuhan perniagaan. Apakah pendekatan terbaik dalam membina ekonomi persahabatan agar ia bukan mengambil kesempatan bahkan menjadikannya sebagai satu hubungan ikhlas yang termeterai atas satu wadah.





Sent from my iPhone

Ekonomi Persahabatan

Ekonomi Persahabatan

Bismillah

Ekonomi persahabatan bukan semata slogan tapi perlu diterjemah dalam bentuk tindakan.
Ia bukan teori tapi pembinaan jaringan melalui perkongsian pengalaman.

Bagaimana membina jaringan adalah penting bagi membina keutuhan perniagaan. Apakah pendekatan terbaik dalam membina ekonomi persahabatan agar ia bukan mengambil kesempatan bahkan menjadikannya sebagai satu hubungan ikhlas yang termeterai atas satu wadah.

Amanat Tuan Guru Nik Aziz

Tahajjud di sepertiga malam, itulah pesanan yang sering disebut-sebut dan diingatkan dalam patah perkataannya. Ia satu ingatan buat semua. Kata beliau: "sekiranya kita terjaga diwaktu tengah malam, sebenarnya Allah kejutkan kita untuk kita berdoa dan waktu itulah doa kita lebih dekat denganNya. Kalau tidak larat sekalipun untuk bertahajjud, maka sewaktu baring juga boleh berdoa. Jangan sekali kita tinggalkan doa apabila kita dikejutkan ditengah malam"

Maka rebutlah peluang yang ada untuk bermunajat kepadaNya. Kita tidak tahu saat bila ajal dan maut datang menjemput. Lalu bangkitlah untuk hadirkan diri kepadaNya. Dia Maha Mendengar. Ingatlah Allah mengingati hambaNya yang mengingatiNya.
"اذكرني اذكركم"
Waalahuaalam

Amanat Tok Guru Nik Aziz

Amanat Tok Guru Nik Aziz

Apabila kita berbuat kebaikan, kita tidak perlu wawarkan atau menyebut dan mengungkit segala kebaikan itu. Apabila tiba masanya Allah sendiri yang akan menghantar tentera-tenteranya untuk menyebarkan kebaikan yang kita buat dan lakukan itu. Ia boleh jadi malaikat yang berupa manusia dan pelbagai cara untuk Allah sebarkan kebaikan tersebut.


Tuesday, February 17, 2015

Kasih sayang sejati

Hakikat sayang yang hakiki bukan pada manusia tetapi kecintaan kepada Allah. Sukatan kecintaan antara Pencipta dan makhluk sering kali tersasar bila makhluk gagal melaksanakan hakNya.

Bila Allah tidak ditempat teratas ia membawa kepada kekecewaan, putus harapan serta kekosongan hati dan jiwa. Kehidupan tidak akan bermakna.

Membina Self Esteem

Membina Self Esteem

Menunding jari mengatakan orang lain serba kekurangan dengan menyatakan diri sendiri lebih bagus menunjukkan individu mempunyai self esteem yang rendah.

Individu yang punyai self esteem yang tinggitidak takut dengan kelebihan orang lain. Bahkan individu melihat kejayaan orang lain sebagai kayu ukur untuk mencapai kejayaan diri sendiri.

Pesaing tidak perlu diisytihar sebagai musuh. Sebaliknya mereka ini bakal membantu Individu mengenal pasti kebolehan yang ada. Individu juga tidak perlu menjadi sebagaimana pesaingnya, kerana setiap orang adalah unik dan ada kelebihan tersendiri. Jika asyik mahu menjadi orang lain maka ia ibarat begitu mengejar bayang sendiri.

Self esteem terbina apabila individu tahu potensi yang ada, Memperbaiki kelemahan yang ada, mahu mencuba sesuatu pengalaman baru dan optimis dengan cabaran yang bakal hadir.

Sunday, February 15, 2015

Motivasi Kehidupan 3


Motivasi Kehidupan 3

Apabila berlaku suatu kehilangan orang orang yang significant dalam kehidupan baru kita sedari betapa ia sangat berharga..seringkali juga kita lupa mengucapkan penghargaan kepada orang yang menyokong kita..

Apabila melakukan sesuatu biar pun tidak diberi penghargaan tiada tanda ingatan,tidaklah begitu penting jika dilakukan dengan niat yang ikhlas..pemberian tanpa syarat membantu individu untuk tidak meletakkan harapan mengharapkan pembalasan dari manusia kerana setiap perbuatan yang disandarkan hanya kepada Allah akan mendapat ganjaran yang lebih besar..jika tidak didunia pastinya di akhirat sana..

Sewaktu diri meletakkan pemberian atau perbuatan baik perlu dibalas, sekiranya apa yang mahu tidak dipenuhi, apa yang dicitakan tidak berlaku membuatkan diri tertunggu-tunggu, hati akan berkata-kata kenapa,bila? Oleh itu letaklah pengharapan hanya pada Allah semata mata..

Wallahuaalam


Sent from my iPhone

Motivasi Kehidupan 2



Motivasi Kehidupan 2

Apabila berlaku penceraian atau terputusnya hubungan dengan orang yang disayangi menyebabkan segelintir individu hilang punca,terkecewa tidak mampu bangkit membina kehidpan baru.

Hakikat sayang yang sebenar bukan pada manusia tetapi kecintaan kepada allah swt..apabila sukatan kasih sayang dan kecintaan kepada manusia melebihi kencintaan kepada Allah swt ia membawa kepada kekecewaan,harapan yang terputus,impian yang tidak tercapai,kekosongan hati dan jiwa.
Hikmah dari perpisahan menuntut individu muhasabah diri sejauh mana hubungan individu dengan pencipta..selain Itu melalui kepada matlamat sebenar bukan semata melunaskan keinginan namun ada kewajipan yang perlu dilaksana sebagai hamba.

allah berfirman mengingatkam dalam Al Quran....bahawa setiap lelaki atau wanita akan dipertanggungjawablan atas setiap perbuatannya di dunia..

Lantaran itu apabila kecewa dan kehidupan berlaku tidak sebagaimana yang dirancang pastinya ada hikmah yang memerlukan individu membina lakaran baru bagi kehidupan yang lebih baik,bahagia dan sempurna..

Waahuaalam



Sent from my iPhone

Motivasi Kehidupan



Motivasi Kehidupan

Kehidupan bukan semata tergaris atas suratan takdir bahkan ia juga bergantung kepada pilihan-pilihan serta keputusan-keputusan yang kita buat.

Oleh itu apabila membuat pilihan atau mengambil keputusan, ia di ambil berdasarkan timbang tara, 'pro' and 'cons' dan risiko terbilang yang bakal dihadapi kelak

Apabila keputusan yang dipilih seperti tidak menyebelahi dengan diri sendiri jangan terlalu cepat menyalahkan takdir, kerana adakala kelemahan dan kekurangan yang ada pada diri sendiri menjadi penyumbang kepada kegagalan.

Waalahuaalam


Sent from my iPhone

Saturday, February 14, 2015

Ceramah 5 minit 'Terkesan atau Terkena'

Ceramah 5 minit 'Terkesan atau Terkena'

Apa yang kita lakukan lebih berkesan dari yang kita perkatakan.

Dakwah is Two Way Traffic. Dakwah bukan semata berceramah agama, namun membersihkan tandas masjid sudah juga satu kebaikan yang bernilai.

Dakwah untuk diri kita sendiri sering kita lupa.
Orang mukmin bila dengar Azan segera terasa keperluan bersolat, manakala bagi orang Muslim bila dengar azan akan semata mendengar.

Dakwah berkesan adalah dengan ikat hati orang dengan Allah bukan dengan material.

Benda yang kecik tapi amat berkesan. Contoh dakwah pada anak-anak boleh diaplikasikan sambil memandu.

Contoh jika terpandang lelaki tua, maka berilah sedekah fatihah kepada arwah ibu bapa kita. Al Quran itu syifaa dan rahmah. Ia menyembuh pada yang sakit dan memberi rahmat pada yang membacanya.

Seorang ayah yang tarik tangan anak ke masjid lebih besar pahala bila ada orang tua yang tidak solat mendapat hidayah melihat anak dan ayah ke masjid.

Ustaz Sobri
Dikir Zikir
TV Hijrah



Sent from my iPhone

Thursday, February 12, 2015

Cinta ulama pewaris nabi

Mencintai ulama

Dalam Kitab Tanqih Al-Qaul Imam Al-Hafizh Jalaluddin bin Abdurrahman bin Abu Bakar As-Suyuthi menuliskan dalam kitabnya sebuah hadits Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam sbb:

وقال عليه الصلاة والسلام: {مَنْ لَمْ يَحْزَنْ لِمَوْتِ العَالِمِ، فَهُوَ مُنَافِقٌ مُنَافِقٌ مُنَافِقٌ} قالها ثلاث مرات
"Barangsiapa yang tidak sedih dengan kematian ulama maka dia adalah munafik"

Menagislah karena meninggalnya seorang ulama adalah sebuah perkara yang besar di sisi Allah. Sebuah perkara yang akan mendatangkan konsekuensi bagi kita yang ditinggalkan jika kita ternyata bukan orang-orang yang senantisa mendengar petuah mereka. Menangislah jika kita ternyata selama ini belum ada rasa cinta di hati kita kepada para ulama.

عن ابن عباس ، في قوله تعالى : أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا نَأْتِي الأَرْضَ نَنْقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا سورة الرعد آية 41 قال : موت علمائها . وللبيهقي من حديث معروف بن خربوذ ، عن أبي جعفر ، أنه قال : موت عالم أحب إلى إبليس من موت سبعين عابدا .
Dari Ibnu Abbas ra. tentang firman Allah, "Dan apakah mereka tidak melihat bahwa sesungguhnya Kami mendatangi daerah-daerah, lalu Kami kurangi daerah-daerah itu (sedikit demi sedikit) dari tepi-tepinya?." (Al-Ra'd: 41). Beliau mengatakan tentang (مِنْ أَطْرَافِهَا = dari tepi-tepinya) adalah wafatnya para ulama. Dan menurut Imam Baihaqi dari hadits Ma'ruf bin Kharbudz dari Abu Ja'far ra berkata, "Kematian ulama lebih dicintai iblis daripada kematian 70 orang ahli Ibadah."

Al-Quran secara implisit mengisyaratkan wafatnya ulama sebagai sebuah penyebab kehancuran dunia, yaitu firman Allah yang berbunyi:

أَوَلَمْ يَرَوْا أَنَّا نَأْتِي الأرْضَ نَنْقُصُهَا مِنْ أَطْرَافِهَا وَاللَّهُ يَحْكُمُ لا مُعَقِّبَ لِحُكْمِهِ وَهُوَ سَرِيعُ الْحِسَابِ
"Dan apakah mereka tidak melihat bahwa sesungguhnya Kami mendatangi daerah-daerah, lalu Kami kurangi daerah-daerah itu (sedikit demi sedikit) dari tepi-tepinya?." (Al-Ra'd: 41).

Menurut beberapa ahli tafsir seperti Ibnu Abbas dan Mujahid, ayat ini berkaitan dengan kehancuran bumi (kharab ad-dunya).Sedangkan kehancuran bumi dalam ayat ini adalah dengan meninggalnya para ulama (Tafsir Ibnu Katsir 4/472)

Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam yang menegaskan ulama sebagai penerusnya, juga menegaskan wafatnya para ulama sebagai musibah. Rasulullah bersabda:

مَوْتُ الْعَالِمِ مُصِيبَةٌ لا تُجْبَرُ ، وَثُلْمَةٌ لا تُسَدُّ , وَنَجْمٌ طُمِسَ ، مَوْتُ قَبِيلَةٍ أَيْسَرُ مِنْ مَوْتِ عَالِمٍ
Artinya: "Meninggalnya ulama adalah musibah yang tak tergantikan, dan sebuah kebocoran yang tak bisa ditambal. Wafatnya ulama laksana bintang yang padam. Meninggalnya satu suku lebih mudah bagi saya daripada meninggalnya satu orang ulama" (HR al-Thabrani dalam Mujam al-Kabir dan al-Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman dari Abu Darda')

Wafatnya Ulama Adalah Hilangnya Ilmu Umat manusia dapat hidup bersama para ulama adalah sebagian nikmat yang agung selama di dunia. Semasa ulama hidup, kita dapat mencari ilmu kepada mereka, memetik hikmah, mengambil keteladanan dan sebagainya. Sebaliknya, ketika ulama wafat, maka hilanglah semua nikmat itu. Hal inilah yang disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam,

خُذُوا الْعِلْمَ قَبْلَ أَنْ يَذْهَبَ " ، قَالُوا : وَكَيْفَ يَذْهَبُ الْعِلْمُ يَا نَبِيَّ اللَّهِ، قَالَ:إِنَّ ذَهَابَ الْعِلْمِ أَنْ يَذْهَبَ حَمَلَتُهُ
Artinya: "Ambillah (Pelajarilah) ilmu sebelum ilmu pergi! Sahabat bertanya: Wahai Nabiyullah, bagaimana mungkin ilmu bisa pergi (hilang)?" Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab, "Perginya ilmu adalah dengan perginya (wafatnya) orang-orang yang membawa ilmu (ulama)" (HR Ad-Darimi, At-Thabrani No 7831 dari Abu Umamah).

Wafatnya ulama juga memiliki dampak sangat besar, diantaranya munculnya pemimpin baru yang tidak mengerti tentang agama sehinga dapat menyesatkan umat, sebagaimana dalam hadits sahih.

إن الله لا يقبض العلم انتزاعا ينتزعه من الناس ، ولكن يقبض العلم بقبض العلماء حتى إذا لم يترك عالما اتخذ الناس رءوسا جهالا فسئلوا فأفتوا بغير علم فضلوا وأضلوا
Artinya: "Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dari hambanya, tetapi mencabut ilmu dengan mencabut para ulama. Sehingga ketika Allah tidak menyisakan satu ulama, maka manusia mengangkat pemimpin-pemimpin bodoh, mereka ditanya kemudian memberi fatwa tanpa ilmu, maka mereka sesat dan menyesatkan" (HR al-Bukhari No 100)

Kendatipun telah banyak kyai atau ulama yang telah wafat, dan wafatnya kyai atau ulama adalah sebuah musibah dalam agama, maka harapan kita adalah lahirnya kembali ulama yang meneruskan perjuangannya. Aamiin

Harapan ini sebagaimana yang dikutip oleh Imam al-Ghazali dari Khalifah Ali bin Abi Thalib:
إذا مات العالم ثلم في الإسلام ثلمة لا يسدها الا خلف منه
Artinya: "Jika satu ulama wafat, maka ada sebuah lubang dalam Islam yang tak dapat ditambal kecuali oleh generasi penerusnya" (Ihya Ulumiddin I/15). Wallahu a'lam bis-Shawab

(KH. Ibnu Mas'ud /SM)
"Tidak ada seorang muslim pun yang meninggal pada hari Jumaat atau malam Jumaat kecuali Allah akan menjaganya dari fitnah kubur."

- (HR. Ahmad no. 6582 dan At-Tirmidzi no. 1074)

Perkongsian dari ilmuan


Sent from my iPhone

Tuesday, February 10, 2015

APA ADA PADA DUIT

APA ADA PADA DUIT

Apabila kita menjadi ahli bisnes, banyak mana pun duit dalam akaun kita, hakikatnya ia bukan duit kita tapi duit yang Allah lalukan seketika, dalam akaun bank di atas nama syarikat kita, yang perlu dibayar gaji pekerja, duit bayar overhead, duit rolling dan lain-lain.

---------
Duit yang datang Allah jadikan ia sekadar persinggahan. Jadi mana duit kita? Duit kita adalah sedikit yang kita belanjakan untuk keluarga bagi melaksanakan tanggungjawab dan selebihnya disedekahkan kepada yang berhak. Ia harta yang dibawa mati.

Individu yang merasa duitnya sangat banyak sebenarnya belum cukup kaya. Orang yang betul-betul kaya walaupun berduit namun sentiasa merasakan tidak kecukupan duit bagi berjihad di jalan Allah.

Firman Allah yang bermaksud "Harta benda dan anak pinak itu adalah perhiasan hidup di dunia dan amal salih yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan" ( Al Khafi : 46 )

#kayahartakayajiwa
#jutawanakhirat
#motivasi3i
#kompasjiwa




Sent from my iPhone

Membina Self Esteem

Menunding jari mengatakan orang lain serba kekurangan dengan menyatakan diri sendiri lebih bagus menunjukkan individu mempunyai self esteem yang rendah.

Individu yang punyai self esteem yang tunggi tidak takut dengan kelebihan orang lain. Bahkan individu kejayaan orang lain sebagai kayu ukur untuk mencapai kejayaan diri sendiri.

Pesaing tidak perlu diisytihar sebagai musuh. Sebaliknya mereka ini bakal membantu Individu mengenal pasti kebolehan yang ada. Individu juga tidak perlu menjadi sebagaimana pesaingnya, kerana setiap orang adalah unik dan ada kelebihan tersendiri. Jika asyik mahu menjadi orangain maka ia ibarat begitu mengejar bayang sendiri.

Self esteem terbina apabila individu tahu potensi yang ada, Memperbaiki kelemahan yang ada, mahu mencuba sesuatu pengalaman baru dan optimis dengan cabaran yang bakal hadir.

Monday, February 9, 2015

Ada aku kisah?


Sketsa 1: Program realiti mencari bakat baru.
Juri: Apa yang mahu kamu persembahkan malam ini?
Mamat: Saya akan nyanyikan lagu saprono?
Juri: Wah! Biar betul.( Dengan nada sinis).
Mamat: Saya mahu mencuba tuan.
Juri: Baik mulakan.
Mamat mula menyanyi, tak sampai separuh lagu, tiba-tiba....
Juri: Berhenti! Mamat pitching kamu lari, kamu buat persembahan macam
kayu.
Mamat: Saya masih belajar Tuan
Juri: Suara dan imej kamu tak sesuai untuk jadi artis.
Mamat: Ini impian saya sejak dulu Tuan.
Juri: Kamu tak layak!
==================
* Menjadi terbaik adalah dengan tidak mengambil peduli segala kritikan, bahkan ia masa untuk membuktikan kehebatan diri dengan berusaha dengan bukti kejayaan.
*Mengkritik orang lain dengan merasakan kita lebih bagus tidak membantu kita untuk mempelajari kelebihan yang ada pada mereka.

JOB SATISFACTION

Hari ini saya berpeluang menemuduga seorang ibu muda tiga anak. Beliau sangat mahu menukar kerjaya sekarang kepada kerjaya guru atas alasan;
+ mahukan tempat kerja yang lebih dekat
+ tidak mahu out station
+ masa yang flexible untuk anak-anak
+ mahu pulang awal (kerja sekarang ada ketika terpaksa pulang lewat)
+ mahukan suasana kerja yang baru
Saya tanyakan beliau gaji kecil dibanding gaji sekarang tidak kisahkah? Kata beliau tidak kisah asal boleh tumpukan pada keluarga. Dia sanggup belajar sesuatu yang baru.
*Ada ketika kita mencari sesuatu yang lebih memberikan kegembiraan lebih memuaskan diri.

Lazy Eye Part 2

Lazy eye masalah yang boleh dirawat jika dapat diketahui dari awal. Ia masalah saraf mata yang mana biasanya mata yang lebih kuat digunakan dan menyebabkan mata yang lemah menjadi malas. Inilah biasanya yang berlaku pada anak-anak.Ia boleh dirawat dan mampu sembuh jika dapat dikesan lebih awal..
Anak-anak yang lahir dalam keadaan begini biasanya tidak tahu dan menyedari bahawa mereka sebenarnya rabun. Mengambil contoh anak saya sendiri, disebabkan biasa melihat warna/benda yang kabur sejak kecil jadi beliau tidak tahu apa ertinya melihat sesuatu dengan jarak yang normal dan jelas.
Kebiasaannya kanak-kanak di tadika aliran biasa susah untuk diketahui kerana abjad rumi atau jawi menggunakan huruf yang banyak, berbanding tadika yang mengajar Bahasa Cina, ini kerana tulisan cina yang mana satu huruf sudah satu perkataan. Maka bila kanak-kanak silap guru atau ibu bapa mudah mengenal pasti simpton lazy eye.
Anak saya sewaktu darjah tiga tidak dapat membaca kamus tanpa berkaca mata. Bahkan menurut doktor pakar beliau diusia yang lanjut jika tidak dirawat ia mampu membawa kepada hilang daya penglihatan. Ssehingga hari ini jika tanpa kaca mata beliau tidak mampu membaca jarak dekat.
Bagi merawat lazy eye, kanak-kanak memerlukan terapi khas bagi melatih mata yang lemah menjadi kuat. Biasanya dengan menggunakan eye patch dan membuat latihan tertentu yang diberikan oleh pakar terapi. Selain itu anak-anak boleh diberikan pemakanan yang sihat atau supplemen yang khas untuk menambah baik penglihatan.

CUSTOMER SEGMEN

CUSTOMER SEGMEN

Pusat Rawatan Islam di sebelah ofis Al Ihsan hari ini pesakitnya penuh hingga terpaksa meletakkan kerusi di luar sementara menunggu giliran.

Manakala klinik medical berhampiran agak sunyi dengan pelanggan. Ramai pesakit memilih rawatan alternatif untuk sakit-sakit kronik seperti rawatan kanser, kencing manis dan lain-lain.

Dengan kata lain pelanggan Pusat rawatan Islam ini bukan hanya yang ada masalah sakit spiritual bahkan masalaj sakit kronik juga datang merawat di pusat rawatan Islam. Klinik medical kemungkinan boleh menambahkan tawaran nilai yang ada bagi memastikan menambah customer segmen.

*CS merupakan salah satu petak yang ada dalam BMC

#businessmodelcanvas
#idea&kreativiti

Thursday, February 5, 2015

Pesanan

💟Ulama beri perumpamaan ,
"Ada seekor katak yg nampak nelayan sdang memancing . jadi katak itu pun masuk kedalam air dan ingin berjumpa ikan . katak itu tegur ikan yg sedang memakan umpan nelayan itu .
Katak itu beritahu pada ikan :
"jangan makan cacing ni , sebenarnya ini perangkap . kalau kau makan juga , kau akan di tangkap . perut kau akan di belah , kulit kau akn dibakar atas api. mereka akn makan makan kau ( sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat ) . Tapi ikan ini ambil endah teguran si katak , ikan itu tak percaya . dan bila sahaja ikan itu makan umpan itu , ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas . ikan itu terkejut , dia nmpak apa yang dikatakan oleh katak sebenar adalah benar . dia yakin yg dia akn di bakar , kulitnya akn disiat ,perutnya akn dibelah . Ikan itu sangat menyesal . tapi , tak ada peluang untuk kembali dalam air...
Ulama beritahu:
keadaan sama pada kita , bila ada orang beritahu kpda kita keadaan mereka ,padang masyhar, balasan neraka , balasan syurga , azab neraka , titian sirat, kita ambl tak endah saja . bila sahaja mati ,hijab akhirat akn dibuka .
kita nmpak manusia yg dibakar atas api . orang yg akn di seksa kerana melakukan maksiat . seperti mana keadaan ikan telah nmpak apa yg berlaku di atas darat .
saudara / saudariku . kita hnya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini . jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita pekara yg sia- sia , terutama nya pegang akidah islam ; ALLAH WUJUD TIDAK BERTEMPAT .
semoga Allah beri kita kefahaman .
Amiin .Ulama beri perumpamaan ,
"Ada seekor katak yg nampak nelayan sdang memancing . jadi katak itu pun masuk kedalam air dan ingin berjumpa ikan . katak itu tegur ikan yg sedang memakan umpan nelayan itu .
Katak itu beritahu pada ikan :
"jangan makan cacing ni , sebenarnya ini perangkap . kalau kau makan juga , kau akan di tangkap . perut kau akan di belah , kulit kau akn dibakar atas api. mereka akn makan makan kau ( sebabnya katak ini tahu keadaan di atas darat ) . Tapi ikan ini ambil endah teguran si katak , ikan itu tak percaya . dan bila sahaja ikan itu makan umpan itu , ikan itu di sentap dan ditarik naik keatas . ikan itu terkejut , dia nmpak apa yang dikatakan oleh katak sebenar adalah benar . dia yakin yg dia akn di bakar , kulitnya akn disiat ,perutnya akn dibelah . Ikan itu sangat menyesal . tapi , tak ada peluang untuk kembali dalam air...
Ulama beritahu:
keadaan sama pada kita , bila ada orang beritahu kpda kita keadaan mereka ,padang masyhar, balasan neraka , balasan syurga , azab neraka , titian sirat, kita ambl tak endah saja . bila sahaja mati ,hijab akhirat akn dibuka .
kita nmpak manusia yg dibakar atas api . orang yg akn di seksa kerana melakukan maksiat . seperti mana keadaan ikan telah nmpak apa yg berlaku di atas darat .
saudara / saudariku . kita hnya ada satu peluang sahaja untuk beramal di dunia ini . jadi jangan bazirkan usia dan keringat kita pekara yg sia- sia , terutama nya pegang akidah islam ; ALLAH WUJUD TIDAK BERTEMPAT .
semoga Allah beri kita kefahaman .
Amiin .

Dipetik dari Group Wassap


Sent from my iPhone

Wednesday, February 4, 2015

Tip menjaga hubungan pelanggan

GET- KEEP-GROW
Menjaga hubungan dengan pelanggan amat penting dalam berbisnes. Ini kerana ahli bisnes bukan semata mendapatkan pelanggan yang baru namun perlu juga mengekalkan pelanggan sedia bagi membangunkan dan mengembangkan bisnes.
Ahli bisnes tidak perlu menjadi segelintir ahli politik yang turun padang saat meraih undi, bila menang segala janji tinggal janji. Berbisnes untuk jangka masa panjang perlu memastikan kepuasan pelanggan diambil kira. Jika tidak kita perlu bekerja keras sampai ke tua. Kata sifu bisnes "berniaga sampai bongkok"
Melakukan perkara yang sama akan memenatkan. Ia juga melambatkan perkembangan bisnes. Mendapatkan pelanggan tidak semudah mengekalkannya. Oleh itu ada beberapa cara yang perlu dipastikan iaitu:
+menjaga hak pelanggan
+memudahkan pelanggan
+menunaikan janji
+memberi maklumbalas
+membuat follow up

Lazy eye

Lazy eye. Apa itu lazy eye? Bagi ibu bapa yang mengalami pasti arif. Bagi yang tidak tahu boleh tanya pak cik google.
Anak kedua saya Ain Syafia Qutreenie antara yang mengalami masalah lazy eye. Sewaktu usia 1-2 tahun sudah ada sympton. Kami pernah membawanya kepada pakar yang terkenal. Semasa itu kami ingatkan masalah mata yang biasa.
Umur 9 tahun baru kami ketahui masalah yang sebenar. Waktu itu ia sudah agak terlambat. Namun ada hikmah buat kami.
Sekarang anak saya sudah berusia 17 tahun, sudah seminggu lebih selepas kemalangan di sekolah baru-baru ini, kami masih tidak mendapat kaca mata baru yang ditempah kerana kedai cermin mata perlu membuat tempahan khas dari kilang untuk kanta 700 dekat/700 jauh.
Ibu bapa atau guru-guru tadika boleh mengenal pasti lazy eye sewaktu tadika. Bangsa Cina lebih cepat mengenal pasti masalah lazy eye dibanding bangsa lain. Apakah sebabnya?
Lazy eye masalah yang boleh dirawat jika dapat diketahui dari awal. Ia masalah saraf mata yang mana biasanya mata yang lebih kuat digunakan dan menyebabkan mata yang lemah menjadi malas. Inilah biasanya yang berlaku pada anak-anak.Ia boleh dirawat dan mampu sembuh jika dapat dikesan lebih awal..
Anak-anak yang lahir dalam keadaan begini biasanya tidak tahu dan menyedari bahawa mereka sebenarnya rabun. Mengambil contoh anak saya sendiri, disebabkan biasa melihat warna/benda yang kabur sejak kecil jadi beliau tidak tahu apa ertinya melihat sesuatu dengan jarak yang normal dan jelas.
Kebiasaannya kanak-kanak di tadika aliran biasa susah untuk diketahui kerana abjad rumi atau jawi menggunakan huruf yang banyak, berbanding tadika yang mengajar Bahasa Cina, ini kerana tulisan cina yang mana satu huruf sudah satu perkataan. Maka bila kanak-kanak silap guru atau ibu bapa mudah mengenal pasti simpton lazy eye.
Anak saya sewaktu darjah tiga tidak dapat membaca kamus tanpa berkaca mata. Bahkan menurut doktor pakar beliau diusia yang lanjut jika tidak dirawat ia mampu membawa kepada hilang daya penglihatan. Ssehingga hari ini jika tanpa kaca mata beliau tidak mampu membaca jarak dekat.
Bagi merawat lazy eye, kanak-kanak memerlukan terapi khas bagi melatih mata yang lemah menjadi kuat. Biasanya dengan menggunakan eye patch dan membuat latihan tertentu yang diberikan oleh pakar terapi. Selain itu anak-anak boleh diberikan pemakanan yang sihat atau supplemen yang khas untuk menambah baik penglihatan.

Monday, February 2, 2015

Travelog Iman: Rindu seorang ibu

Travelog Iman: Rindu seorang ibu

Hampir 5 hari di asrama masih tiada khabar berita dari Iman. Hati resah dan tidak senang duduk. Maka saya dan suami membuat keputusan untuk melawat Iman.

Perjalanan dari
Gombak mengambil masa 2 jam kerana jalam jem. Sampai di SMAP kami terpaksa menunggu hampir 15 minit untuk Imam datang, namun kelibat Iman masih tidak kelihatan. Lalu suami meminta pelajar yang berada di beranda memanggil Iman.

Saya dan kakak Anis menunggu di tepi surau. Dari jauh kelihatan Iman datang dengan baju merah dan kopiah putih. Iman sungguh tenang. Saat mata bertentangan air mata bergenang.

Rindu tersimpan bagai tidak pudar. Pelukan erat kami terasa seperti setahun terpisah. Kami duduk di kerusi tepi dewan sambil bertanya khabar. Mata Iman adakala merah tergenang airmata. Dia menyimpan perasan rindu. Katanya bukan tidak mahu telefon ummi tapi semasa orentasi tidak dibenarkan untuk menelefon sesiapa.

Selama sejam kami melepaskan rindu, Iman minta untuk balik ke bilik kerana masa solat sudah hampir, dia perlu bersiap ke surau.

Tiba masa untuk berangkat. Salaman dan ciuman antara kami terasa tidak mahu dilepaskan. Masing-masing bergenang airmata. Alangkan terasa sukar melepasi saat perpisahan sementara.

Selamat berjuang wahai anak. Moga keluar sebagai daie yang penuh Iman di dada.


Sent from my iPhone

Detik perjalanan menuju kedewasaan

Bismillah,
Alhamdulillah, hari ni genaplah 17 tahun usia anakanda Ain Syafia mengikut tahun Masehi, jika dikira tahun Hijrah beliau juga sudah 17 tahun. Melewati usia ini, pelbagai rencah kehidupan yang dilalui. Anak ini banyak memberi impak dalam kehidupan rumahtangga kami. Ia satu perjalanan yang penuh dengan pelbagai peristiwa pahit manis, namun yang pahit tidak lagi terasa pahit, semuanya menjadi kenangan terindah untuk dikenang sepanjang kehidupan.

Kelahiran Ain dua minggu lebih awal dari jadual. Sewaktu pulang untuk berhari raya pada hari raya tiba-tiba rasa tanda kelahiran muncul. Maka bergegas suami menghantar ke hospital yang terdekat. Nasib baik kad pemeriksaan bersama doktor pakar yang merawat saya sepanjang mengandung di bawa bersama. Sehari di hospital belum juga ada tanda akan bersalin. Waktu menunggu agak resah apalagi suami tidak dibenarkan berada bersama, sebab itu kami memilih untuk bersalin di hospital swasta sebenarnya. Namun rezeki Allah mahu saya ada pengalaman bersalin di hospital kerajaan. Alhamdulillah berkumandang azan subuh anak ke-2 kami selamat dilahirkan pada Isnin 4 Syawal. Ain Syafia Qutreeni diberi nama.

Selepas 3 hari kami membawa Ain kami ke ibukota, memandangkan suami perlu masuk kerja semula. Malangnya, suami diberitakan perlu berhenti kerja atas alasan kegawatan ekonomi. Semua itu kami hadapi dengan tenang. Kami pecaya rezeki datang dari Allah. Sejak itu kami mula merancang kehidupan yang berbeza dari sebelumnya demi anak-anak kami yang disayangi.

Anak perempuan ini lahir dengan tanda, ia menjadi sangat istimewa. Tanda itu adalah kesan daripada saya jatuh sewaktu mengandung. Anak ini sihat sahaja pada mulanya, namun bila berganjak usia matanya mula menunjukkan petanda bila selalu bertahi. Di usia setahun lebih kami membawa beliau pada Datuk Dr Syukri pakar mata terkenal di ibukota. Sebelumnya pelbagai cara kami merawat.
Dari mata, ada lagi masalah berkait ENT, maka sekali lagi kami membawa kepada pakar. Alhamdulillah semuanya berjaya kami tempuhi. Apabila Ain sudah berganjak ke usia 7 tahun kami membawanya ke pakar surgeri bagi memastikan sedikit kecacatannya pada muka dapat dirawat. Namun kami mendengar nasihat doktor agar tidak perlu membuat palstik surgeri. Lalu bermula saya sebagai ibu menyuntik semangat kepada anak kami agar mampu melihat segala kekurangan sebagai satu kelebihan pada diri.
Masa berlalu dan Ain menjadi anak yang semakin matang. Dia tidak lagi kisah bila orang bertanyakan tanda yang ada pada wajahnya. Namun ada satu persitiwa yang memberi 'wake up call' pada kami suami isteri. Ain semakin merosot matapelajarannya. Pada mulanya  kami ingat ia tidak faham apa yang di ajar, rupanya dia tidak sempat salin apa yang diajar guru. Sewaktu mengajar Ain dan kakaknya menyiapkan kerja sekolah suami memarahi Ain bila dia tidak dapat mencari makna dalam kamus. Bila dia menjawa tidak nampak tulisan pada kamus tersebut baru kami faham anak kami rabun. Malam itu terus kami bawa Ain ke kedai cermin mata.

Kami dimaklumkan power mata Ain agak tingig, 700 dekat dan 700 jauh. Jadi perlu dirujuk pada hsopital. Maka saya terus memba ke HUKM. Pada masa itu ada sahabat yang bekerja di sana menyarankan agar bertemu dengan pakar mata Prof Muhaya. Sementelah tiada temu janji rasmi maka saya memilih untuk membayar kos rawatan sebagaimana kos rawatan untuk rate swasta.Itu lah kali pertama saya berkenalan dengan Prof Muhaya. Beliau belum lagi terkenal sebagai selebriti pada masa ini, namun aura dan ketokohannya sudah dapat dilihat.

Sejak itu Ain mendapat rawatan dari beliau, hingga Ain terpaksa memakai cermin mata. Dek kerana power yang tinggi maka kantanya dilihat agak cembung menjadikan mata Ain seperti terjojol keluar. Dia menjadi bahan ejekan di sekolah. Sekali lagi saya perlu memberikan semangat dan motivasi pada beliau agar yakin diri dan percaya kebolehan yang ada. Segala kekurangan itu bukan satu perkara yang perlu difikirkan.
Hari silih berganti, Ain semakin mampu untuk bersaing di sekolah dengan segala kekurangan yang ada. Biar ada pelbagai masalah kesihatan namun dia mampu menempatkan diri dalam olahraga. Asma, resdung kronik, mata yang rabun, masalah gigi dan banyak lagi bukan halangan untuk Ain melawan semua itu. Di sekolah rendah beliau aktif dalam kokurikulum. Mewakili sekolah dalam pelbagai acara, biarpun di dalam akademik dia bukan antara terbaik.
Dari sekolah rendah menuju ke sekolah menengah, Ain berjaya ke sekolah menengah agama di Tanjung Karang. Biarpun terpaksa tinggal di asrama namun dia amat kuat hati dan tidak mudah patah semangat. Boleh bilang melihat airmatanya tumpah atau dia menangis dengan sebab tersendiri. Pernah dia mengadu diejek rakan dengan kekurangan yang ada namun saya yakinkan beliau bahawa semua itu tidak perlu difikirkan. Insan yang berjiwa hebat tidak peduli dengan kata nista.

Alhamdulillah empat tahun di SAMTAK, Ain dapat belajar dan mendapat tempat yang tersendiri serta dapat mengogngdol anugerah Syahsiah Unggul. Ia sudah memadai buat saya merasa bangga dengan beliau walau tidak pernah mendapat anugerah pelajar terbaik aliran. Guru-guru kebanyakannya rapat dengan Ain kerana sifatnya yang mudah membantu dan mesra dengan semua. Di asrama dia diberi jawatan Naqibah dan AJK asrama, di sekolah menjadi pengawas perpustakaan. Ia melatih Ain berdikari dna kreatif. 
Apabila tiba di ambang SPM saya terpaksa memindahkan Ain bersekolah berhampiran dengan rumah. Ia bukan satu keputusan mudah buat saya yang dari dulu lebih memilih anak tinggal di asrama atas sebab tersendiri. Minggu pertama Ain agak kekok dengan ulang alik dengan bas sekolah. Katanya masa lama terbuang menunggu van sekolah datang. Dia biasa di asrama mengurus masa dengan berhemah. Maka saya sarankan agar masa yang ada membaca nota dan sebagainya.
Seperti biasa, minat Ain dalam bidang olahraga membawanya menjadi wakil sekolah untuk acara merentas desa. Saya menyokong apa yang diminati hingga terpaksa membatalkan kelas matematik bersama tutor khas. Hari yang indah di pagi sabtu saya dan suami memanfaatkan masa dengan mengemas halaman rumah. Sedang seronok mengeluar peluh sekali sekala suami mendapat panggilan telefon untuk mengambil Ain di sekolah kerana ada kemalangan.

Ia satu perkara terakhir yang mahu saya dengari. Bergegas bersiap tiba-tiba satu panggilan lagi diterima menyatakan Ain sudah di bawa ke klinik dan akan di hantar pulang. Melihat telefon tertera nombor sahabat saya yang lama tidak ditemui. Terfikir di benak, mungkin sahabat ini suda berpindah ke sekolah baru. 
Hon di hadapan rumah berbunyi. saya bergegas keluar menyambut tetamu yang tiba. Keluar dari kereta guru dan seorang anak kecil. Ain dengan muka ditutup dengan tudung yang penuh dengan darah. Rupanya benar telahan saya, sahabat saya itu yang datang membawa pulang anak saya. Katanya Ain jatuh sewaktu berlari, ia kemalangan yang tidak dijangka. Gigi patah, cermin mata calar semuanya, luka yang teruk padam hidung dan mulut, serta tangan dan lutut.
Ain menangis tanpa suara. Kecederaan emosi mengatasi kecederaan fizikal. Gigi depan yang patah ternyata membuatnya sedih dan hiba. Saya tanpa berlengah membawanya ke kedai cermin mata untuk mendapatkan cermin yang baru. Ain tidak dapat melihat tanpa cermin mata. Seterusnya kami ke klinik gigi berdekatan, namun pesakit yang ramai membawa saya ke klinik rakan baik di Shah Alam. Malangnya mereka akan buka agak lewat. Lalu Ain kami bawa terlebih dahulu ke sekolah Iman.

Sepanjang jalan tiada suara, yang ada hanya air mata. Ain berusaha menahan sakit. Bengkak di muka agak ketara. Di sekolah Iman hingga ke klinik Ain tidak bercakap walau sepatah. Kesakitan itu dapat dirasai. Rawatan mengambil masa yang agak lama disebabkan gigi yang patah membawa ke saraf gigi. Ia rawatan yang agak sukar. Kami tiada pilihan melainkan meuntup sementara saraf tersebut dan menutup sahaja gigi tersebut dengan apa yang ada sementara saraf gigi dapat di x-ray.

Sehari dari pagi hingga ke malam, ia membuat kami keletihan, minda sarat dengan perasaan bagaimana memastikan kecedraan emosi dapat ditangani. Dua hari Ain sendirian di rumah. Tanpa cermin mata, luka yang masih berbekas cukup untuk dia berehat dan menenangkan fikiran. Hari ke-2 Ain MC. guru kelasnya menelefon. Saya cukup gembira dengan keperihatinan guru-guru sekolahnya. Masuk hari ke 3 Ain terpaksa ke sekolah juga walau tanpa cermin mata. SPM bakal diduduki dan dia tidak mahu banyak ketingglan dalam pelajaran.

Terlalu banyak pengalaman dan ranjau yang dilalui, namun Ain tetap tabah. Jiwanya kental. Dia perlu yakin diri. Ain sumber inspirasi kami. Banyak kejayaan dan rezeki kami peroleh dari rezeki anak-anak.
Hari ini genap usianya 17 tahun. Kami doakan agar Ain menjadi anak solehah bakal menjadi daie penyambung generasi akan datang. 





Jentayu

Jentayu Siri 1

Simbahan cahaya pagi menerangi bilik asrama Mawaddah. Bunyi suara riuh dan bising mula kedengaran saat azan subuh mula kedengaran lantaran semua penghuninya mula bergegas untuk bersiap ke surau untuk solat berjemaah. Hanim turun dari katil dua tingkatnya perlahan sambil mendapatkan tuala yang tergantung di tepi katil. Sambil melangkah menuruni tangga ke bilik air, perasaan hati Hanim masih berkocak teringat kisah semalam. Degup jantungnya makin terasa bergetar. Hari ini adalah hari penentuan buat dirinya.

“Hanim jangan lupa pertemuan kita esok, nanti Ustazah cuba cari masa terluang untuk sesi kita”. Pesanan Ustazah Huda menerjah ingatannya.

Hanim tenggelam dalam pemikirannya hingga saat bas sekolah sampai diperkarangannya. Bergegas menarik beg sekolahnya, Hanim berlari anak ke kelas 5 Amanah. Masa pertama pelajaran adalah Cikgu Ayub yang mengajar Sejarah, mata pelajaran yang paling tidak disukainya. Namun sikap Cikgu Ayub yang tegas pasti tidak akan membenarkan sesiapa sahaja pelajarnya main-main atau memberikan alasan tidak minat, boring atau apa saja.

Sedang kyusuk mendengar penerangan Cikgu Ayub, tiba-tiba terjengol wajah Ustazah Huda di depan pintu kelas. “ Hanim, jumpa ustazah di bilik kaunseling lepas rehat ye.” Kata Ustazah Huda mengingatkan temu janji. Berdegup jantung Hanim mendengar ingatan Ustazah Huda.

Bagaimana nanti mahu dimulakan ungkapan. Apa nanti pandangan Ustazah jika benar apa yang berlaku. Suara Cikgu Ayub semakin tenggelam timbul bersilih ganti dengan suara-suara yang dating dalam pemikirannya.

“Hanim, Ibu tak mampu nak sentiasa berada di sisi Hanim. Rasanya ini yang terbaik ibu rasakan”. Lembut suara Ibu memberi pandangan pada Hanim. 

Alangkah bagus jika ibu mampu mendengar luahan hati Hanim. Hanim tak kisah, tapi berat rasanya hati untuk meninggalkan rumah peninggalan arwah ayah ini. Meninggalkan adik-adik menjadi tempat bergurau senda. Tapi dia tak punya pilihan, ibu juga terpaksa melakukan sesuatu yang pastinya bakal memberikan sesuatu yang terbaik buat dirinya. Tersepit dengan keinginan dan keterpaksaan. Loceng rehat berbunyi menyedarkan Hanim dari lamunan.

“Hanim nak berkongsi tentang apa yang Hanim katakana pada Ustazah minggu lepas?” Aju Ustazah Huda saat Hanim sudah melabuhkan badan di kerusi bilik kaunseling.

Hidup rasa tertekan, rasa tidak selamat, setiap kali bapa tirinya di rumah. Hanim perlu sentiasa berwaspada. Bilik air yang kecil beratapkan zink itu seringkali diraguinya, takut ada mata jalang yang mengintai dari celah-celah lubang. Percubaan bapa tiri sewaktu ibunya keluar bekerja dapat dielakkan sebelum ini. Namun adakala ketakutan pada saat genting tidak dapat ditepisnya. Hanim tidak mahu pisang berbuah dua kali.

Sejak ayahnya meninggal dunia waktu usianya lapan tahun, meninggalkan Hanim dan adiknya yang berusia lima tahun bersama ibu, yang tidak mempunyai pekerjaan. Ayahnya pula sekadar mengambil upah membersih kebun. Tanpa mata pencarian yang kukuh menyebabkan ibu menerima lamaran Zabidi, duda tanpa anak yang bercerai dengan isterinya sejak hampir dua tahun. Zabidi yang sebelum ini memang agak dikenali dengan gelaran kasanova. Namun dia sendiri tidak memahami mengapa ibunya perlu berkahwin dengan Zabidi. Hanim sendiri tidak pernah merasakan Zabidi seperti bapanya sendiri. Sekarang ini ibunya telah menpunyai zuriat yang baru sejak berkahwin dengan Zabidi.

Kata-kata ibu menerjah ingatannya. “Hanim, sewaktu kecil ibu tiada pilihan, selepas ayah Hanim meninggal, ibu memilih untuk berkahwin semula demi kerana ingin membesarkan Hanim dan adik. Jika tidak ibu terpaksa memberhentikan Hanim dari bersekolah”.

Hanim tahu Zabidi berjasa dalam membesarkannya hingga sekarang. Tapi bukan bermakna dia juga perlu membalas jasa itu dengan cara yang begitu tidak bermaruah. Zabidi yang dianggapnya sebagai bapa sanggup melakukan sesuatu yang tidak dijangkanya. Bapa tempat bergantung hidup dan menumpang kasih dan sayang. Namun ternyata ibarat mengharapkan pagar, pagar makan padi. Zabidi seringkali cuba untuk melakukan sesuatu yang tidak baik terhadap dirinya.

Sejak usianya  meningkat remaja, Hanim bukan lagi budak hingusan. Dia menjelma menjadi remaja yang cantik. Ramai ibu bapa bimbang bila remaja meningkat dewasa kerana ramai yang mula lupa diri dan inginkan kebebasan. Hanim biarpun begitu sebaliknya. Dia tahu akan asal usulnya. Ramai kawan-kawan Hanim sendiri masing-masing sudah mempunyai teman lelaki. Teman yang bukan setakat teman bahkan berpasangan seperti suami isteri. Ada juga kawan-kawan yang menggangap remaja seperti Hanim sebagai kolot jika mereka masih lagi menjaga kehormatan mereka. Anggapan mereka zaman sekarang tidak perlu risau tentang teruna atau dara. Semua itu zaman datuk nenek moyang mereka.

Bagi Hanim biar apapun  anggapan teman-teman yang ternyata tidak sedar akan kehidupan sebenar. Dia percaya dirinya akan dilindungi tuhan. Hanim percaya segala yang dilalui dikehidupan ini bukan semata demi keseronokan. Arwah ayahnya sewaktu terlantar sakit seringkali menasihatkan dirinya untuk sentiasa menjaga maruah diri, menjadi orang yang berjaya, meninggalkan amnaat untuk sentiasa menghormati dan mendengar pesan ibu. Ternyata amanat itu dipegang sehingga sekarang.

“Hanim, ustazah tahu yang Hanim perlu mendapat ruang untuk ditempatkan di asrama Darul Saadah, Insya Allah, ustazah akan cuba berunding dengan pihak sekolah dan juga jawatankuasa Darul Saadah. Segala apa yang Hanim kongsikan tadi Ustazah faham”.

Perasaan Hanim lega dengan segala luahan yang terpendam, ternyata Ustazah Huda memahami akan masalah yang dihadapinya. Betapa berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

“ Ustazah, terimakasih banyak, InsyaAllah jika di asrama nanti saya mempunyai peluang untuk belajar. Tahun ini SPM saya akan berusaha gigih untuk berjaya, segala yang berlaku saya akan lupakan dan fokus kepada pelajaran. Ibu juga mungkin akan gembira dengan keputusan ini dan tidak lagi bimbang jika keputusan untuk saya tinggal di asrama dapat dipertimbangkan.

Bersambung......