Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, February 9, 2015

JOB SATISFACTION

Hari ini saya berpeluang menemuduga seorang ibu muda tiga anak. Beliau sangat mahu menukar kerjaya sekarang kepada kerjaya guru atas alasan;
+ mahukan tempat kerja yang lebih dekat
+ tidak mahu out station
+ masa yang flexible untuk anak-anak
+ mahu pulang awal (kerja sekarang ada ketika terpaksa pulang lewat)
+ mahukan suasana kerja yang baru
Saya tanyakan beliau gaji kecil dibanding gaji sekarang tidak kisahkah? Kata beliau tidak kisah asal boleh tumpukan pada keluarga. Dia sanggup belajar sesuatu yang baru.
*Ada ketika kita mencari sesuatu yang lebih memberikan kegembiraan lebih memuaskan diri.

1 comment:

  1. Kak Sakinah, saya juga mungkin salah seorang daripada manusia yang berkeinginan seperti wanita yang diceritakan. kadangkala saya ingin kepuasan dalam bekerja dan kerjaya yang sekarang tidak memberikan saya peluang peningkatan diri saya. Tidak kisah gaji sebanyak mana pun asalkan kerja tersebut dapat dilaksanakan dengan perasaan seronok dan teruja apabila saya menempuhi hari berikutnya.

    ReplyDelete