Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, February 2, 2015

Travelog Iman: Rindu seorang ibu

Travelog Iman: Rindu seorang ibu

Hampir 5 hari di asrama masih tiada khabar berita dari Iman. Hati resah dan tidak senang duduk. Maka saya dan suami membuat keputusan untuk melawat Iman.

Perjalanan dari
Gombak mengambil masa 2 jam kerana jalam jem. Sampai di SMAP kami terpaksa menunggu hampir 15 minit untuk Imam datang, namun kelibat Iman masih tidak kelihatan. Lalu suami meminta pelajar yang berada di beranda memanggil Iman.

Saya dan kakak Anis menunggu di tepi surau. Dari jauh kelihatan Iman datang dengan baju merah dan kopiah putih. Iman sungguh tenang. Saat mata bertentangan air mata bergenang.

Rindu tersimpan bagai tidak pudar. Pelukan erat kami terasa seperti setahun terpisah. Kami duduk di kerusi tepi dewan sambil bertanya khabar. Mata Iman adakala merah tergenang airmata. Dia menyimpan perasan rindu. Katanya bukan tidak mahu telefon ummi tapi semasa orentasi tidak dibenarkan untuk menelefon sesiapa.

Selama sejam kami melepaskan rindu, Iman minta untuk balik ke bilik kerana masa solat sudah hampir, dia perlu bersiap ke surau.

Tiba masa untuk berangkat. Salaman dan ciuman antara kami terasa tidak mahu dilepaskan. Masing-masing bergenang airmata. Alangkan terasa sukar melepasi saat perpisahan sementara.

Selamat berjuang wahai anak. Moga keluar sebagai daie yang penuh Iman di dada.


Sent from my iPhone

No comments:

Post a Comment