Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Tuesday, February 17, 2015
Membina Self Esteem
Menunding jari mengatakan orang lain serba kekurangan dengan menyatakan diri sendiri lebih bagus menunjukkan individu mempunyai self esteem yang rendah.
Individu yang punyai self esteem yang tinggitidak takut dengan kelebihan orang lain. Bahkan individu melihat kejayaan orang lain sebagai kayu ukur untuk mencapai kejayaan diri sendiri.
Pesaing tidak perlu diisytihar sebagai musuh. Sebaliknya mereka ini bakal membantu Individu mengenal pasti kebolehan yang ada. Individu juga tidak perlu menjadi sebagaimana pesaingnya, kerana setiap orang adalah unik dan ada kelebihan tersendiri. Jika asyik mahu menjadi orang lain maka ia ibarat begitu mengejar bayang sendiri.
Self esteem terbina apabila individu tahu potensi yang ada, Memperbaiki kelemahan yang ada, mahu mencuba sesuatu pengalaman baru dan optimis dengan cabaran yang bakal hadir.
No comments:
Post a Comment