Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Monday, February 2, 2015

Detik perjalanan menuju kedewasaan

Bismillah,
Alhamdulillah, hari ni genaplah 17 tahun usia anakanda Ain Syafia mengikut tahun Masehi, jika dikira tahun Hijrah beliau juga sudah 17 tahun. Melewati usia ini, pelbagai rencah kehidupan yang dilalui. Anak ini banyak memberi impak dalam kehidupan rumahtangga kami. Ia satu perjalanan yang penuh dengan pelbagai peristiwa pahit manis, namun yang pahit tidak lagi terasa pahit, semuanya menjadi kenangan terindah untuk dikenang sepanjang kehidupan.

Kelahiran Ain dua minggu lebih awal dari jadual. Sewaktu pulang untuk berhari raya pada hari raya tiba-tiba rasa tanda kelahiran muncul. Maka bergegas suami menghantar ke hospital yang terdekat. Nasib baik kad pemeriksaan bersama doktor pakar yang merawat saya sepanjang mengandung di bawa bersama. Sehari di hospital belum juga ada tanda akan bersalin. Waktu menunggu agak resah apalagi suami tidak dibenarkan berada bersama, sebab itu kami memilih untuk bersalin di hospital swasta sebenarnya. Namun rezeki Allah mahu saya ada pengalaman bersalin di hospital kerajaan. Alhamdulillah berkumandang azan subuh anak ke-2 kami selamat dilahirkan pada Isnin 4 Syawal. Ain Syafia Qutreeni diberi nama.

Selepas 3 hari kami membawa Ain kami ke ibukota, memandangkan suami perlu masuk kerja semula. Malangnya, suami diberitakan perlu berhenti kerja atas alasan kegawatan ekonomi. Semua itu kami hadapi dengan tenang. Kami pecaya rezeki datang dari Allah. Sejak itu kami mula merancang kehidupan yang berbeza dari sebelumnya demi anak-anak kami yang disayangi.

Anak perempuan ini lahir dengan tanda, ia menjadi sangat istimewa. Tanda itu adalah kesan daripada saya jatuh sewaktu mengandung. Anak ini sihat sahaja pada mulanya, namun bila berganjak usia matanya mula menunjukkan petanda bila selalu bertahi. Di usia setahun lebih kami membawa beliau pada Datuk Dr Syukri pakar mata terkenal di ibukota. Sebelumnya pelbagai cara kami merawat.
Dari mata, ada lagi masalah berkait ENT, maka sekali lagi kami membawa kepada pakar. Alhamdulillah semuanya berjaya kami tempuhi. Apabila Ain sudah berganjak ke usia 7 tahun kami membawanya ke pakar surgeri bagi memastikan sedikit kecacatannya pada muka dapat dirawat. Namun kami mendengar nasihat doktor agar tidak perlu membuat palstik surgeri. Lalu bermula saya sebagai ibu menyuntik semangat kepada anak kami agar mampu melihat segala kekurangan sebagai satu kelebihan pada diri.
Masa berlalu dan Ain menjadi anak yang semakin matang. Dia tidak lagi kisah bila orang bertanyakan tanda yang ada pada wajahnya. Namun ada satu persitiwa yang memberi 'wake up call' pada kami suami isteri. Ain semakin merosot matapelajarannya. Pada mulanya  kami ingat ia tidak faham apa yang di ajar, rupanya dia tidak sempat salin apa yang diajar guru. Sewaktu mengajar Ain dan kakaknya menyiapkan kerja sekolah suami memarahi Ain bila dia tidak dapat mencari makna dalam kamus. Bila dia menjawa tidak nampak tulisan pada kamus tersebut baru kami faham anak kami rabun. Malam itu terus kami bawa Ain ke kedai cermin mata.

Kami dimaklumkan power mata Ain agak tingig, 700 dekat dan 700 jauh. Jadi perlu dirujuk pada hsopital. Maka saya terus memba ke HUKM. Pada masa itu ada sahabat yang bekerja di sana menyarankan agar bertemu dengan pakar mata Prof Muhaya. Sementelah tiada temu janji rasmi maka saya memilih untuk membayar kos rawatan sebagaimana kos rawatan untuk rate swasta.Itu lah kali pertama saya berkenalan dengan Prof Muhaya. Beliau belum lagi terkenal sebagai selebriti pada masa ini, namun aura dan ketokohannya sudah dapat dilihat.

Sejak itu Ain mendapat rawatan dari beliau, hingga Ain terpaksa memakai cermin mata. Dek kerana power yang tinggi maka kantanya dilihat agak cembung menjadikan mata Ain seperti terjojol keluar. Dia menjadi bahan ejekan di sekolah. Sekali lagi saya perlu memberikan semangat dan motivasi pada beliau agar yakin diri dan percaya kebolehan yang ada. Segala kekurangan itu bukan satu perkara yang perlu difikirkan.
Hari silih berganti, Ain semakin mampu untuk bersaing di sekolah dengan segala kekurangan yang ada. Biar ada pelbagai masalah kesihatan namun dia mampu menempatkan diri dalam olahraga. Asma, resdung kronik, mata yang rabun, masalah gigi dan banyak lagi bukan halangan untuk Ain melawan semua itu. Di sekolah rendah beliau aktif dalam kokurikulum. Mewakili sekolah dalam pelbagai acara, biarpun di dalam akademik dia bukan antara terbaik.
Dari sekolah rendah menuju ke sekolah menengah, Ain berjaya ke sekolah menengah agama di Tanjung Karang. Biarpun terpaksa tinggal di asrama namun dia amat kuat hati dan tidak mudah patah semangat. Boleh bilang melihat airmatanya tumpah atau dia menangis dengan sebab tersendiri. Pernah dia mengadu diejek rakan dengan kekurangan yang ada namun saya yakinkan beliau bahawa semua itu tidak perlu difikirkan. Insan yang berjiwa hebat tidak peduli dengan kata nista.

Alhamdulillah empat tahun di SAMTAK, Ain dapat belajar dan mendapat tempat yang tersendiri serta dapat mengogngdol anugerah Syahsiah Unggul. Ia sudah memadai buat saya merasa bangga dengan beliau walau tidak pernah mendapat anugerah pelajar terbaik aliran. Guru-guru kebanyakannya rapat dengan Ain kerana sifatnya yang mudah membantu dan mesra dengan semua. Di asrama dia diberi jawatan Naqibah dan AJK asrama, di sekolah menjadi pengawas perpustakaan. Ia melatih Ain berdikari dna kreatif. 
Apabila tiba di ambang SPM saya terpaksa memindahkan Ain bersekolah berhampiran dengan rumah. Ia bukan satu keputusan mudah buat saya yang dari dulu lebih memilih anak tinggal di asrama atas sebab tersendiri. Minggu pertama Ain agak kekok dengan ulang alik dengan bas sekolah. Katanya masa lama terbuang menunggu van sekolah datang. Dia biasa di asrama mengurus masa dengan berhemah. Maka saya sarankan agar masa yang ada membaca nota dan sebagainya.
Seperti biasa, minat Ain dalam bidang olahraga membawanya menjadi wakil sekolah untuk acara merentas desa. Saya menyokong apa yang diminati hingga terpaksa membatalkan kelas matematik bersama tutor khas. Hari yang indah di pagi sabtu saya dan suami memanfaatkan masa dengan mengemas halaman rumah. Sedang seronok mengeluar peluh sekali sekala suami mendapat panggilan telefon untuk mengambil Ain di sekolah kerana ada kemalangan.

Ia satu perkara terakhir yang mahu saya dengari. Bergegas bersiap tiba-tiba satu panggilan lagi diterima menyatakan Ain sudah di bawa ke klinik dan akan di hantar pulang. Melihat telefon tertera nombor sahabat saya yang lama tidak ditemui. Terfikir di benak, mungkin sahabat ini suda berpindah ke sekolah baru. 
Hon di hadapan rumah berbunyi. saya bergegas keluar menyambut tetamu yang tiba. Keluar dari kereta guru dan seorang anak kecil. Ain dengan muka ditutup dengan tudung yang penuh dengan darah. Rupanya benar telahan saya, sahabat saya itu yang datang membawa pulang anak saya. Katanya Ain jatuh sewaktu berlari, ia kemalangan yang tidak dijangka. Gigi patah, cermin mata calar semuanya, luka yang teruk padam hidung dan mulut, serta tangan dan lutut.
Ain menangis tanpa suara. Kecederaan emosi mengatasi kecederaan fizikal. Gigi depan yang patah ternyata membuatnya sedih dan hiba. Saya tanpa berlengah membawanya ke kedai cermin mata untuk mendapatkan cermin yang baru. Ain tidak dapat melihat tanpa cermin mata. Seterusnya kami ke klinik gigi berdekatan, namun pesakit yang ramai membawa saya ke klinik rakan baik di Shah Alam. Malangnya mereka akan buka agak lewat. Lalu Ain kami bawa terlebih dahulu ke sekolah Iman.

Sepanjang jalan tiada suara, yang ada hanya air mata. Ain berusaha menahan sakit. Bengkak di muka agak ketara. Di sekolah Iman hingga ke klinik Ain tidak bercakap walau sepatah. Kesakitan itu dapat dirasai. Rawatan mengambil masa yang agak lama disebabkan gigi yang patah membawa ke saraf gigi. Ia rawatan yang agak sukar. Kami tiada pilihan melainkan meuntup sementara saraf tersebut dan menutup sahaja gigi tersebut dengan apa yang ada sementara saraf gigi dapat di x-ray.

Sehari dari pagi hingga ke malam, ia membuat kami keletihan, minda sarat dengan perasaan bagaimana memastikan kecedraan emosi dapat ditangani. Dua hari Ain sendirian di rumah. Tanpa cermin mata, luka yang masih berbekas cukup untuk dia berehat dan menenangkan fikiran. Hari ke-2 Ain MC. guru kelasnya menelefon. Saya cukup gembira dengan keperihatinan guru-guru sekolahnya. Masuk hari ke 3 Ain terpaksa ke sekolah juga walau tanpa cermin mata. SPM bakal diduduki dan dia tidak mahu banyak ketingglan dalam pelajaran.

Terlalu banyak pengalaman dan ranjau yang dilalui, namun Ain tetap tabah. Jiwanya kental. Dia perlu yakin diri. Ain sumber inspirasi kami. Banyak kejayaan dan rezeki kami peroleh dari rezeki anak-anak.
Hari ini genap usianya 17 tahun. Kami doakan agar Ain menjadi anak solehah bakal menjadi daie penyambung generasi akan datang. 





No comments:

Post a Comment