Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, March 28, 2015

IHSAN : Berbuat baik dalam semua perkara

IHSAN : Berbuat baik dalam semua perkara

#celikilmu hari ini memperkatakan tentang #ihsan dengan mengupas hadith ke 17 dari #hadith40 :

💐 Allah memerintahkan agar beramal dengan amalan ihsan. Al Ihsan adalah memenuhi perbuatan baik kepaada semua insan termasuk alam.
Allah banyak berfirman tentang Ihsan dalam ayat-ayat Al Quran, antaranya:

Surah [An Nahl : 90]
Ayat ini menyeru agar insan bertindak adil. Ayat ini biasa dibaca pada akhir khutbah Jummat.

Selain itu Allah menyeru insan berlaku ihsan ini ada dijelaskan dalam Surah [Al Baqarah :125]

Selain iru banyak lagi seruan Allah agar hambanya berbuat ihsan.
وبالوالدين احسانا...   
Membuat ihsan atau berbuat baik kepada kedua ibu bapa.

Hadith Rasulullah juga menyeru agar berbuat ihsan kepada binatang.
فاذا زبحتم...
Apabila melakukan penyembihan maka gunakan pisau yang tajam

Ihsan ini perlu mengajar kita menjaga aqidah dan ibadat.
Kita tidak mahu aqidah dan ibadah yang cacat. Ia aset yang dibawa ke alam akhirat.

Aset pahala amat diperlukan, ia bukan harta menggunung maka jadika duit ringgit yang ada dalam bentuk pahala.

Amalan asas selepas syahadah ada 4. Solat yang sempurna, puasa yang diterima, zakat yang banyak, untuk bekal akhirat rm7.00 setahun dengan zakat fitrah maka pastinya amat sedikit, haji hanya sekali dalam
setahun, maka berusahalah untuk menjadi golongan yang mampu.
Aset itu adalah buat yang mampu sebaik mungkin.
Haji hanya sekali sepanjang hayat.

🌺 Nabi berkata bila aku katakan tinggal maka tinggallah semuanya, dan apa tang disuruh buatla apa yang kamu mampu.

🌺 Melaksanakan ihsan itu amat dituntut. Suasana kita sudah 1400 tahun antara kita dengan Rasul. Antara Al Ihsan yang perlu diambil perhatian:

1.Buat apa yang disuruh sekadar yang mampu
2.Tinggal segala larangan secara total. 
3.Melayani orang lain sebaik-baik layanan. Penuhi setakat yang mampu terutama dalam hal tanggungjawab baik ibu bapa atau sebagai ketua.

Asas yang penting adalah perlakuan Al Ihsan. 
ان الله يحبوا المحسنون
Konteks ihsan dalam tugasan harian adalah sangat asas, maka wajib berbuat baik dalam kehidupan termasuk semua urusan baik dalam sektor pertanian, industri, perubatan dan lain-lain perlu dengan dedikasi dan sempurna.

Maklumat PERAWI:
⭐️Berkasih sayang atau ar rahmah adalah satu ajaran yang amat besar. 
⭐️Hadith ke 17 yang di riwayat oleh Shaddad bin Aus. Dari suku Khazraj.
⭐️Pembela kepada Nabi digelar golongan Ansar, Shaddad adalah seorang anak saudara kepada penyair yang terunggul Hissan bin Thabit.
⭐️Beliau banyak menguasai ilmu dan dilantik menjadi Gabenor di Sham. 
⭐️Sewaktu berlaku zaman fitnah beliau menetap di BaitulMaqdis dan meninggal pada 57H di usia 75 tahun.

#motivasi3i
#islamimanihsan
Dipetik dari perkongsian:🍁
Dr Fauzi Deraman
Celik Hadith, 
TV Hijrah.

🌸🌸🌸🌸🌷🌷🌷🌷
Ummu Iman Ihsan
ابتغاء مرضات الله
والله اعلم

Cabaran Remaja

Cabaran Remaja

Di program anjuran Alumni SAMPJ saya diminta berkongsi tajuk di atas. Pada sesi tersebut saya kongsikan kisah bagai Imam Syafie sebagai panduan buat pelajar-pelajar yang sedang berdepan cabaran zaman.

~~~~~~~

Antara kehebatan Imam Syafie:
+ Usia 9 tahun sudah menghafal Al Quran
+ Usia 10 tahun sudah mengembara dan berpisah jauh dengan ibunya bagi menuntut ilmu.
+Menulis menggunakan lidi di tapak tangan dan menggunakan airliur sebagai dakwat, namun mampu mengingati segala ilmu tersebut
+ Menghafal kitab Muawattak karang Imam Malik di usia tersebut
+ 12-19 tahun banyak menghafal hadith dan syair Arab bahkan menguasai Bahasa Arab demi memahami Al Quran dan Hadith

Moral:
Matlamat yang jelas mahu dicapai pasti akan berjaya jika individu sanggup membuat pengorbanan.
Fokus kepada apa yang mahu dicapai serta kreatif dalam memghadapi segala cabaran.
Pengorbana yang dilakukan amat berbaloi saat kita impian tercapai.
Niat dan cita-cita murni adalah je arah memberi manfaat untuk diri dan orang lain serta redha Allah.

#murabbi
#csr
#kenalidiribinaidentiti

Menuju Jannah

Menuju Jannah

Sungguh benar apabila di sebut syurga, tiada yang seorang yang tidak memgimpikannya. Bahkan syurga menjadi motivasi untuk melakukan banyak perkara kebaikan dan menjauhi kemaksiatan.

Menuju jannah yang abadi pastinya tidak semudah yang disangka dan tidak sesukar yang dijangka.

Maka layakkah diri untuk jannah saat iman adakala bertambah dan ada tikanya berkurang.
Maka cukupkah amalan yang dikerja bagi melayakkan diri tersenarai sebagai penghuninya.

Jannah ada pelbagai kategori, yang terunggul adalah syurga Firdausi hanya untuk yang menjadi kekasihNya yang cukup syarat dan memenuhi kriteria di sisi Dia.

Bercerita kehebatan jannah maka terbayang juga lawannya neraka yang menyala. Ia membawa kepada diri bermonolog dengan Rabb yang Maha Pencipta betapa diri teramat hina dengan segala dosa.

Wahai yang Maha Pengampun dan Maha Mengasihani, terimalah segala amalan kami, ampunkan segala dosa kami. Sesungguhnya tiada daya, tiada upaya untuk kami menggapai syurgaMu. Jadikan kami insan terpilih menjadi penghuninya bersama dengan orang-orang yang kami sayangi.
Berilah kami peluang untuk ada bersama para anbiyaa' serta para wali dan as solihin.
Amen.

Thursday, March 26, 2015

ILMU MU HANYA SETITIS AIR DARI 7 LAUTAN

ILMU MU HANYA SETITIS AIR DARI 7 LAUTAN

Oleh: Abdullah Bukhari bin Abdul Rahim.

Nota Kelas Tafsir Dhuha Selasa (Luqman [31:27]) pada 24 Mac 2015. Antara isunya adalah gambaran luasnya ilmu Allah.

Nabi Musa AS ditegur Allah kerana mengatakan dirinya paling berilmu dan tidak menyandarkan "YANG MAHA BERILMU DAN MAHA MENGETAHUI" kepada Allah. Pun begitu, ini teguran manja. Buktinya Allah tidak menghukum Musa sebaliknya memberitahu bahawa ada manusia yang lebih berilmu dari Musa dan lelaki itu tinggal di tempat pertemuan 2 laut. Musa pula tidak sombong, segera mahu dicari lelaki itu demi cintanya pada ilmu. Jika manusia pilihan sehebat Musa AS pun sanggup merendah diri dan mengembara demi ilmu, apatah lagi kita (al-Kahf ([18:60-82] dan Sahih al-Bukhari).

Ini antara gambaran luasnya ilmu Allah:

قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan" (al-Kahf[18:109]).

Dalam surah Luqman pula Allah berfirman:

وَلَوْ أَنَّمَا فِي الْأَرْضِ مِنْ شَجَرَةٍ أَقْلَامٌ وَالْبَحْرُ يَمُدُّهُ مِنْ بَعْدِهِ سَبْعَةُ أَبْحُرٍ مَا نَفِدَتْ كَلِمَاتُ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌ

Ertinya: Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis Kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana (Luqman [31:27]).

7 lautan? Dalam huraian ulama' 7 lautan dalam ayat Luqman itu tidak bermaksud angka yang hakiki kerana orang Arab biasa menggambarkan sesuatu yang luar biasa banyaknya dengan bilangan 7 (Tafsir al-Razi). Bukan setakat 7, 70 (al-Tawbah [9:80]) dan 700 (al-Baqarah [2:261]) juga menggambarkan jumlah yang besar. Seolah dimaksudkan jika lautan yang sedia ada diulang tambah berjuta kali ganda sekalipun, ilmu Allah masih belum habis dikaji dan ditulis. Ilmu itu bukan hanya ilmu agama bahkan merangkumi segala ilmu yang wujud di alam ini.

Sesetengah manusia tertipu. Baru dipinjamkan sedikit ilmu, terus disangka dirinya paling berilmu mengalahkan "Allamah." Baru kenal sedikit "istilah" ilmu sudah mendongak ke langit mengalahkan Mufti dan Professor. Sedangkan Ilmunya hanyalah "sebutir debu halus" yang berterbangan di antara 7 gurun padang pasir di seluruh dunia. Tahunya pula hanya sekadar setitis air dari limpahan 7 lautan dunia. Inilah yang disebut Khidir kepada Musa ketika mereka memulai pengembaraan:

فَانْطَلَقَا يَمْشِيَانِ عَلَى سَاحِلِ الْبَحْرِ لَيْسَ لَهُمَا سَفِينَةٌ فَمَرَّتْ بِهِمَا سَفِينَةٌ فَكَلَّمُوهُمْ أَنْ يَحْمِلُوهُمَا فَعُرِفَ الْخَضِرُ فَحَمَلُوهُمَا بِغَيْرِ نَوْلٍ فَجَاءَ عُصْفُورٌ فَوَقَعَ عَلَى حَرْفِ السَّفِينَةِ فَنَقَرَ نَقْرَةً أَوْ نَقْرَتَيْنِ فِي الْبَحْرِ فَقَالَ الْخَضِرُ يَا مُوسَى مَا نَقَصَ عِلْمِي وَعِلْمُكَ مِنْ عِلْمِ اللَّهِ إِلَّا كَنَقْرَةِ هَذَا الْعُصْفُورِ فِي الْبَحْرِ

Ertinya: Lalu mereka berdua berjalan di tepi lautan…..kemudian sebuah sampan bersetuju menumpangkan mereka berdua tanpa bayaran. Tiba-tiba bertenggeklah seekor burung pada hujung sampan dan membenamkan paruhnya meminum air barang sekali atau dua patukan. Khidir berkata: "WAHAI MUSA, TIDAK LANGSUNG MENJEJASKAN ILMU ALLAH DENGAN (BANDINGAN) ILMU-KU ATAU ILMU-MU MELAINKAN SEPERTI (AIR YANG BERBAKI) PADA PATUKAN (SELAMAN PARUH) SI BURUNG INI" (Sahih al-Bukhari).

Ya Allah! Kurniakan kami kesedaran untuk menuntut ilmu dan hiasilah hati jantung kami dengan sifat rendah diri.

* Dapatkan nota Tafsir terdahulu di:

https://www.facebook.com/notatafsirabdullahbukhari?ref=hl


Sent from my iPhone

Wednesday, March 18, 2015

Persaudaraan Islam

 حبل من الله حبل من الناس
Sejahtera kehidupan seorang hamba apabila dia menjaga dua perkara iaitu
~Hubungan dengan Allah
~Hubungan dengan manusia

~~~~~~
Seerah Rasulullah telah membuktikan bagaimana datangnya Islam 
menghapus segala perbezaan dari segi pangkat, harta dan darjat.

Rasulullah membina tali persaudaraan Islam
(اخوة)
dengan menunjukkan contoh terbaik apabila 
yang kaya dan miskin, 
hamba dan tuan boleh bersatu dengan kalimah 
لا اله الا الله محمد رسول الله

Tali persaudaraan Islam yang dibina Rasulullah dari awal pembukaan Islam 
hingga baginda berhijrah ke Madinah menjadi
قدوة حسنه untuk diteladani.

Segala muamalah perlu diletakkan atas paksi 
اخوة في الله.

Al Quran berulangkali menyebut dan mengingatkan bahawa apa 
yang membezakan sesama manusia tiada lain melainkan 
"TAQWA".

الله اعلم

Friday, March 13, 2015

Motivasi 3i ( Iman Islam Ihsan)

Motivasi 3i ( Iman Islam Ihsan)

Allah menilai Ikhlas umpama:

DIA melihat semut hitam yang merayap pada batu hitam pada malam yang gelap gulita.

Thursday, March 12, 2015

Mempraktikkan sunnah : bukan slogan tapi tindakan

Mempraktikkan sunnah : bukan slogan tapi tindakan

Bismillah

Moga Jumaat yang barakah buat kita semua.

Hari ni bicara yang mahu dikongsikan adalah tentang amalan sunnah iaitu meneladani Nabi Muhammad صلي الله عليه وسلم

Sunnah bukan slogan tapi tindakan. Setiap perkara perlu ada amalan. Setiap sesuatu perkara baik yang dibawa okeh sunnah perlu diterjemahkan dalam tindakan.

Setiap individu Islam yang mencintai cara hidup Islam maka sunnah Rasulullah adalah pakaian yang wajib baginya.

Meneladani dan mempraktikkan sunnah pastinya bakal membawa kebaikan dan kemaslahatan buat semua. Tatacara baik adab dan akhlak yang di ajarkan oleh baginda Nabi dengan kaedah praktikal amat berkesan. Rasulullah memimpin dengan cara menunjukkan teladan. Baginda meninggal contoh terpuji tanpa siapapun dapat mengeji dan mengenepikan hakikat apa jua perlu 'walk the talk'.

Ramai kita sekadar menyebut namun praktikalnya entah di mana, semudah makan dan mengambil makanan dengan tangan kanan.

Moga kita sama sama dapat mempraktikkan sunnah serta mendapat balasan syurga.
Ameen.

Wallahuaalam

Kalam Daie

Kalam Daie

ENAM HAL YANG TIDAK DIMILIKI OLEH ENAM PERKARA
Ahnaf bin Qais berkata:
1. "Tidak ada ketenangan bagi orang yang hasud.
2. Tidak ada muru'ah (harga diri) bagi pendusta.
3. Tidak ada kecakapan bertindak bagi orang yang bakhil.
4. Tidak ada amanah bagi orang yang diperbudak
5. Tidak ada kehormatan bagi orang yang berbudi pekerti buruk.
6. Tidak ada penolakan bagi ketentuan Allah."
'Abdul Mu'thi As-Samlawi berkata: "Orang yang hasud mendapat lima kerugian, yaitu: dicaci-maki orang lain, mengalami kesedihan yang tiada akhir, tertutup pintu taufiq baginya, selalu mendapat musibah yang tidak ada pahalanya, dan mendapat murka Allah yang besar."
Menurut 'Ali Al-Mawardi, hakikat hasud adalah merasa sangat sedih terhadap kebaikan-kebaikan utama yang ada pada diri orang lain. Adapun munafasah adalah berusaha untuk mendapatkan kebaikan sebagaimana yang dimiliki orang lain tanpa melakukan sesuatu yang merugikan orang lain. Nabi saw. bersabda:
الْمُؤْمِنُ يَغْبِطُ وَالْمُنَافِقُ يَحْسُدُ
"Orang mukmin itu hanya sekedar iri, sedang orang munafik itu hasud."
Nabi SAW bersabda: "Barang siapa yang bergaul dengan orang banyak tanpa pernah mendhalimi mereka, berbicara kepada mereka tanpa pernah berdusta, dan berjanji dengan mereka tanpa pernah berkhianat, maka orang tersebut termasuk orang yang sempurna muru'ahnya, tampak jelas keadilannya, dan wajib untuk dipersaudarai."
Rasulullah juga bersabda: "Makanan orang yang pemurah adalah obat, sedangkan makanan orang yang kikir adalah penyakit."
"Ada dua golongan dari umatku, jika mereka baik, maka umat pun akan baik, yaitu pemerintah dan ulama." (HR. Abu Nu'aim)
"Rakyat tidak akan mengalami kehancuran sekalipun mereka zhalim dan buruk akhlaqnya jika pemimpinnya suka menunjukkan ke jalan yang benar dan ia telah mendapatkan hidayah. Sebaliknya, rakyat akan hancur sekalipun mereka suka menunjukkan jalan kebenaran dan mendapatkan hidayah jika keadaan pemerintahannya zalim dan buruk akhlaqnya." (HR. Abu Nu'aim)
--Imam Nawawi Al-Bantani dalam kitab Nasha'ihul-'Ibad

TEAMWORK

TEAMWORK
"apabila kita menggunakan bahu orang lain bagi memanjat tembok yang tinggi jangan lupakan mereka yang dibawah saat kita sudah berada di atas"
- Sakinah


Sent from my iPhone

Kasih Ibu



Bismillah,

Kasih ibu membawa syurga. Ia benar sekali. Ibu tempat teratas selepas Allah dan Rasul. Bertuah bagi yang masih miliki ibu. Doa ibu membawa rahmah dan barakah.

Sewaktu kecil kita ditimang ibu, bila dewasa dan sudah berumahtangga kita berjauhan dari ibu. Biar jauh atau dekat, ambillah masa bertanya khabar, gunakan saat dan ketika untuk menjengok ibu yang jauh dimata, ambil waktu untuk menjaga ibu saat dia memerlukan kita di sisinya.

Ibu, jarang kita mendengar keluhan, seringkali juga kita yang banyak bercerita perkara sendu. Bahagia ibu bila melihat kita gembira.

Ibu, tulus kasihnya tiada tandingan. Pemangkin semangat berterusan.
Terima kasih ibu,


Tuesday, March 3, 2015

Motivasi Diri

Motivasi Diri

UNTUK RENUNGAN BERSAMA...
Suatu hari, aku bertanya kepada guru
Aku: "Bagaimana caranya agar kita mendapatkan sesuatu yang paling sempurna dalam hidup..?"
Guru : "Berjalanlah lurus di taman bunga, lalu petiklah bunga yang paling indah menurutmu dan jangan kembali kebelakang..!"
Setelah berjalan dan sampai di hujung taman, aku kembali dengan tangan hampa..
Lalu Guru bertanya : "Mengapa kamu tidak mendapatkan bunga satu pun..??"
Aku : "Sebenarnya tadi aku sudah menemukannya, tapi aku tidak memetiknya, kerana aku fikir mungkin yang di depan pasti ada yang lebih indah. Namun ketika aku sudah sampai di hujung, aku baru sedar bahawa yang aku lihat tadi adalah yang TERINDAH, dan aku pun tak mungkin kembali ke belakang lagi..!"
Sambil tersenyum, Guru berkata : "Ya, itulah hidup.. semakin kita mencari kesempurnaan, semakin pula kita tak akan pernah mendapatkannya. Kerana sejatinya kesempurnaan yang hakiki tdk pernah ada, yang ada hanyalah keikhlasan hati kita utk menerima kekurangan.."
• Bila tak kuasa memberi, jangan mengambil.
• Bila mengasihi terlalu sukar & sulit, jangan membenci.
• Bila tak mampu menghibur orang, jangan membuatnya sedih.
• Bila tak mungkin meringankan beban orang lain, jangan mempersulit/memberatkannya.
• Bila tak sanggup memuji, jangan mengkeji.
• Bila tak mampu menghargai, jangan menghina.

"JANGAN MENCARI KESEMPURNAAN, tapi sempurnakanlah apa yg telah ada pada kita"

Dipetik dari perkongsian group WA

Aku Menulis Bukan Kerna Nama

Aku Menulis Bukan Kerna Nama


menulis dari hati
pasti terdetik disanubari
segala mesej dan intipati
moga ia diteladani
bukan mahu bermegah diri
kerana ilham dari Ilahi
mengerakkan deria mencerna isihati
ilmu bermanfaat boleh diteladani
ia sekadar ingatan buat diri sendiri

Ummu Ieman Ihsan

Monday, March 2, 2015

Forum kongres ABS 2015

Forum kongres ABS 2015

- Tuan Haji Mohamed Fauzy bin Hj Abdul Hamid

Bisnis is about turn over. Retail market is 90% and the chinese hold. Open market .

Kita mesti gila apa yang kita buat dan mesti komited. We do best what we like.
Circle K adalah retail. Supaya boleh ada legacy. Sistem dan marketing amat berbeza. ia lebih kepada provide platform.
1.Circle K adalah syariah compliance.
2Differentition- 100% Malaysian.
3.Segmentation- family shop.

Alamaritime 10% dimiliki oleh TH.
Anak felda sejak umur 1 tahun. 3 tahun pertama adalah satu cabaran. Anak didik Renong Group, Ke Petronas. Hijrah membantu sahabat dengan nama Maritime Malaysia.
tauhu dan tempe membuat keazaman. Umur 30 nak jadi jutawan. Mulakan dari zero.

Ikat perut. Change paradigm. Jika orang kata tahun pertama rugi kita change kita tak rugi.
Bermula dengan sewa satu kapal sahaja.

Ikat perut sehingga jd. Dah dapat 1milion masih pakai proton. Ada orang hutang rm100, rupanya pemilik kapal.

Setia abadi, setia cekal, setia emas, 1.5 billion. 5 tahun pertama more than five million sales. Tahun ke-8 listed.

Strategi you kena trust partners. Let me on the field, konsep free shares to the partners. Listing about governers.

Tuan Ahmad Zakir

Motivasi kenapa kita solat? Sbb suruhan. Jadi ada motivasinya sebab ada makwe, 19 jual ais krim. Umur 20 set up consultancy. Buat event. Dapat 30k round europe.

Buat smart shop dgn tv3, Bertahan selama 10 tahun. 3 tahun berniaga perlu ada motivasi. Sale tiada, appointwment cancel, jadi kita perlu semangat. Cari satu punca yg mybbkan kita perlu survive.

1Tahu apa kehendak dan keperluan pelanggan
2.Buat apa yang kita suka, jangan paksa diri.
3. Perlu ada financial planning. Cintakan number. Kena tengok angka2 tu.
4. Involvement- kena ada surprise visit.
5. Pemilihan partner. follow SOP. Perlu ada set of principle.
6. Mengambil risiko. dan naikkan branding.

Sebelum bermula perlu research know ur market, client, be fair to ourselves, SOP.

Bagaimana menangani gawat dan apakah persediaan?

1. Ada external faktor, Perlu faham dan tahu risikonya. Tangguhkan projek yg menelan belanja yg besar.
Ada kelas agama untuk bimbing spiritual- pasang surah Yassin.
Never give up.

2. ekonomi bergantung kepada liquidity. Spent domestically. Bermula masa big receasion. Fikir bagaimana nak generate.
Cara kita handle bisnes untuk look forward and move on.
Berfikir cara luar biasa. Ubah minda.

3. Market shift. Equiblirium. Correction, tgok budget,
Bertahan dan sabar untuk sustain.
Bisnes tak boleh jadi sentimental.
Bukan masa untuk expand tapi bertahan.
Sentiasa berubah. Ikut kehendak pasaran.

Apakah Do's and Don't untuk ke arah listing?
1. Satu nilai yang tepat. Create value.
2. Join partner dengan satu produk yg ada primary dan secondary. Continuity dan ada ready market.
Bila pergi listing bolehkah maintain lifestyle yang sama?
Adakah ia keperluan? Kita tidak mampu focus pada bisnes. Contoh ada Ferari mesti nak naik.
Membina produk dan value lebih penting.
Go for private equity.

Perlu banyak produk. Tengok pada growth.

Bagaimana memilih team pengurusan?
Core people is very important. Percaya kepada sistem.
Pemilihan pekerja adalah yg boleh dipercayai. What comes in goes out.
30 anchor,
Gen Y tak berapa taat. How to keep gen y? Get unemployed graduate. Go for Diploma and SPM. They need to know how to operate the system.

Bagaimana menghadapi isu Gen Y?
Setiap orang adalah unik. Kita perlu ada core competency. Setiap orang perlu ada kpi.
Human factor payah untuk diubah. Jadi perlu ada human perspektif, approach dgn baik, buat flexi hour.
identify isu.

Kesimpulan
- Kembali kepada nombor, perlu ada profit, ada sale. Sentiasa periksa, ada data untuk dikenal pasti.
-Perlu register dengan GST. Tanda aras kejayaan. Berpegang pada agama. Setiap hari ada tazkirah, setiap jumaat ada makan free pada staf. Tazkirah setiap hari ada 50pek. Baca doa buat jemaah.
Sistem buat dari awal.
Copy-enhance.
Xplore x factor apa yang ada dlm diri, transform apa yg ada dlm diri.
Ibu bapa sebagai sumber inspirasi.

Kenal diri, tahu limitasi, tahu hak kita, jangan suruh orang buat yg kita sendiri tak mampu nak buat.
Kejujuran mesti dijaga. modal insan yg tiada dollar value.

Whole heatedly, buat sampai jadi.
Mesti ada ikhtiar.
Hormat menghormati.
Networking dan kolobrasi dengan sesiapa sahaja.
Menggajikan orang lain dan bukan makan gaji

*Cacatan ringkas kalam daie

New economy- Kongres ABS 2015

New economy- Kongres ABS 2015

campakkan banyak impian ke langit satu masa ia bakal menjadi realiti.

ilmu yg perlu dihadam

1.tribe 2.0 sangat cepat berevolusi. ada 3 komponen asas agar tribe menjadi lebih bagus. Kepercayaan perlu tebal.
Bagi lampu, light the candle. Provide them with a compas.
Beri ilmu dan berikan matlamat.
Ilmu kepercayaan dan direction.

Perlu lepaskan orang-orang yang boleh membina nilainya sendiri.
Kebaikan yang diwariskan tidak ada unconditional.

Bila orang tak boleh detect abs ia dah larut.
Perubahan berlaku tapi tiada leader.

2.Talent investment
Setiap start up mulakan kempen talent invesment.
Usahawan sangat penting bagi pencarian bakat.
Key for talent investment ia hacked the system.
Investment perlu dimulakan dikalangan locality.

3.Venture Builder

Banyakkan group genius. Setiap tribe perlu fikir lapisan bakat.

only those who can see the visible can...

Tribe perlu dibina agar focus kepada komuniti ekonomi.Social local mobile (socomo).

Catatan dari perkongsian Tuan Ahmad Naim.

Kalam Daie

Kalam Daie

ENAM HAL YANG TIDAK DIMILIKI OLEH ENAM PERKARA
Ahnaf bin Qais berkata:
1. "Tidak ada ketenangan bagi orang yang hasud.
2. Tidak ada muru'ah (harga diri) bagi pendusta.
3. Tidak ada kecakapan bertindak bagi orang yang bakhil.
4. Tidak ada amanah bagi orang yang diperbudak
5. Tidak ada kehormatan bagi orang yang berbudi pekerti buruk.
6. Tidak ada penolakan bagi ketentuan Allah."
'Abdul Mu'thi As-Samlawi berkata: "Orang yang hasud mendapat lima kerugian, yaitu: dicaci-maki orang lain, mengalami kesedihan yang tiada akhir, tertutup pintu taufiq baginya, selalu mendapat musibah yang tidak ada pahalanya, dan mendapat murka Allah yang besar."
Menurut 'Ali Al-Mawardi, hakikat hasud adalah merasa sangat sedih terhadap kebaikan-kebaikan utama yang ada pada diri orang lain. Adapun munafasah adalah berusaha untuk mendapatkan kebaikan sebagaimana yang dimiliki orang lain tanpa melakukan sesuatu yang merugikan orang lain. Nabi saw. bersabda:
الْمُؤْمِنُ يَغْبِطُ وَالْمُنَافِقُ يَحْسُدُ
"Orang mukmin itu hanya sekedar iri, sedang orang munafik itu hasud."
Nabi SAW bersabda: "Barang siapa yang bergaul dengan orang banyak tanpa pernah mendhalimi mereka, berbicara kepada mereka tanpa pernah berdusta, dan berjanji dengan mereka tanpa pernah berkhianat, maka orang tersebut termasuk orang yang sempurna muru'ahnya, tampak jelas keadilannya, dan wajib untuk dipersaudarai."
Rasulullah juga bersabda: "Makanan orang yang pemurah adalah obat, sedangkan makanan orang yang kikir adalah penyakit."
"Ada dua golongan dari umatku, jika mereka baik, maka umat pun akan baik, yaitu pemerintah dan ulama." (HR. Abu Nu'aim)
"Rakyat tidak akan mengalami kehancuran sekalipun mereka zhalim dan buruk akhlaqnya jika pemimpinnya suka menunjukkan ke jalan yang benar dan ia telah mendapatkan hidayah. Sebaliknya, rakyat akan hancur sekalipun mereka suka menunjukkan jalan kebenaran dan mendapatkan hidayah jika keadaan pemerintahannya zalim dan buruk akhlaqnya." (HR. Abu Nu'aim)
--Imam Nawawi Al-Bantani dalam kitab Nasha'ihul-'Ibad

Sunday, March 1, 2015

Motivasi Iman Islam Ihsan



Mencari Redha Ilahi


Hidup ini singkat
amalan perlu berkat
jauhkan maksiat
jalankan ibadat
banyakkan munajat
agar bahagia di akhirat


Ummu Ieman Ihsan
02/03/2015