Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Saturday, March 28, 2015

Cabaran Remaja

Cabaran Remaja

Di program anjuran Alumni SAMPJ saya diminta berkongsi tajuk di atas. Pada sesi tersebut saya kongsikan kisah bagai Imam Syafie sebagai panduan buat pelajar-pelajar yang sedang berdepan cabaran zaman.

~~~~~~~

Antara kehebatan Imam Syafie:
+ Usia 9 tahun sudah menghafal Al Quran
+ Usia 10 tahun sudah mengembara dan berpisah jauh dengan ibunya bagi menuntut ilmu.
+Menulis menggunakan lidi di tapak tangan dan menggunakan airliur sebagai dakwat, namun mampu mengingati segala ilmu tersebut
+ Menghafal kitab Muawattak karang Imam Malik di usia tersebut
+ 12-19 tahun banyak menghafal hadith dan syair Arab bahkan menguasai Bahasa Arab demi memahami Al Quran dan Hadith

Moral:
Matlamat yang jelas mahu dicapai pasti akan berjaya jika individu sanggup membuat pengorbanan.
Fokus kepada apa yang mahu dicapai serta kreatif dalam memghadapi segala cabaran.
Pengorbana yang dilakukan amat berbaloi saat kita impian tercapai.
Niat dan cita-cita murni adalah je arah memberi manfaat untuk diri dan orang lain serta redha Allah.

#murabbi
#csr
#kenalidiribinaidentiti

No comments:

Post a Comment