Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Wednesday, March 18, 2015

Persaudaraan Islam

 حبل من الله حبل من الناس
Sejahtera kehidupan seorang hamba apabila dia menjaga dua perkara iaitu
~Hubungan dengan Allah
~Hubungan dengan manusia

~~~~~~
Seerah Rasulullah telah membuktikan bagaimana datangnya Islam 
menghapus segala perbezaan dari segi pangkat, harta dan darjat.

Rasulullah membina tali persaudaraan Islam
(اخوة)
dengan menunjukkan contoh terbaik apabila 
yang kaya dan miskin, 
hamba dan tuan boleh bersatu dengan kalimah 
لا اله الا الله محمد رسول الله

Tali persaudaraan Islam yang dibina Rasulullah dari awal pembukaan Islam 
hingga baginda berhijrah ke Madinah menjadi
قدوة حسنه untuk diteladani.

Segala muamalah perlu diletakkan atas paksi 
اخوة في الله.

Al Quran berulangkali menyebut dan mengingatkan bahawa apa 
yang membezakan sesama manusia tiada lain melainkan 
"TAQWA".

الله اعلم

No comments:

Post a Comment