Bismillah,
Kasih ibu membawa syurga. Ia benar sekali. Ibu tempat teratas selepas Allah dan Rasul. Bertuah bagi yang masih miliki ibu. Doa ibu membawa rahmah dan barakah.
Sewaktu kecil kita ditimang ibu, bila dewasa dan sudah berumahtangga kita berjauhan dari ibu. Biar jauh atau dekat, ambillah masa bertanya khabar, gunakan saat dan ketika untuk menjengok ibu yang jauh dimata, ambil waktu untuk menjaga ibu saat dia memerlukan kita di sisinya.
Ibu, jarang kita mendengar keluhan, seringkali juga kita yang banyak bercerita perkara sendu. Bahagia ibu bila melihat kita gembira.
Ibu, tulus kasihnya tiada tandingan. Pemangkin semangat berterusan.
Terima kasih ibu,
No comments:
Post a Comment