Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, March 12, 2015

Mempraktikkan sunnah : bukan slogan tapi tindakan

Mempraktikkan sunnah : bukan slogan tapi tindakan

Bismillah

Moga Jumaat yang barakah buat kita semua.

Hari ni bicara yang mahu dikongsikan adalah tentang amalan sunnah iaitu meneladani Nabi Muhammad صلي الله عليه وسلم

Sunnah bukan slogan tapi tindakan. Setiap perkara perlu ada amalan. Setiap sesuatu perkara baik yang dibawa okeh sunnah perlu diterjemahkan dalam tindakan.

Setiap individu Islam yang mencintai cara hidup Islam maka sunnah Rasulullah adalah pakaian yang wajib baginya.

Meneladani dan mempraktikkan sunnah pastinya bakal membawa kebaikan dan kemaslahatan buat semua. Tatacara baik adab dan akhlak yang di ajarkan oleh baginda Nabi dengan kaedah praktikal amat berkesan. Rasulullah memimpin dengan cara menunjukkan teladan. Baginda meninggal contoh terpuji tanpa siapapun dapat mengeji dan mengenepikan hakikat apa jua perlu 'walk the talk'.

Ramai kita sekadar menyebut namun praktikalnya entah di mana, semudah makan dan mengambil makanan dengan tangan kanan.

Moga kita sama sama dapat mempraktikkan sunnah serta mendapat balasan syurga.
Ameen.

Wallahuaalam

No comments:

Post a Comment