Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Thursday, July 30, 2015

Azam hari lahir


Bismillah,

Alhamdulillah, Allah Azzawajalla masih memberikan peluang untuk bernafas dan menjalani kehidupan di dunia ini. Realtinya setiapkali tiba hari kelahiran ia menandakan masa kematian kita semakin hampir.

Tiada yang merisaukan melainkan terfikir betapa masa yang telah berlalu sepanjang usia, berapa banyak dosa yang sengaja dan tidak sengaja dilakukan. Adakah amalan cukup sempurna dan bakal diterima Allah.

Hari kelahiran adalah hari di mana diri perlu membuat muhasabah diri. Memikirkan hala tuju hidup kita ke mana selepas ini agar ia tidak tersasar dari syariat Allah. Memastikan  kita sentiasa mengamalkan amal makruf nahi mungkar.

Selagi ada hayat berbaki tiada yang mahu dilunasi melainkan mencari redha Ilahi. Moga hari mendatang diri menjadi hamba yang lebih baik dari semalam. Impian dan  yang mahu agar tercapai. Ameen


Saturday, July 25, 2015

Ciri-Ciri Taqwa

Ciri-Ciri Taqwa

Ciri Orang Yang Bertaqwa mengikut penjelasan Saidina Ali:

1.gerun dengan Allah
2.beramal dengan ajaran
3.redha dengan rezeki
4.bersedia untuk kembali pada Allah

Cinta Ilmu
TV Hijrah

Wednesday, July 22, 2015

Apa dan bagaimana sesudah bercerai?


Bismillah,

Rumahtangga yang bahagia satu anugerah dari Allah. Ia ada mawaddah, rahmah dan sakinah dari Rabb bagi yang mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar. Bahagia tidak hadir sendiri, ia datang dengan satu kemanisan iman. Bila ada masalah dalam rumahtangga, penyelesaiannya adalah kembali pada Allah.

Tiada satu yang kekal di dunia ini. Bila berlaku perceraian dalam rumahtangga, bagi segelintir individu ia satu penamat kehidupan. Rasa tertekan, hilang keyakinan, rendah diri dan pelbagai lagi. Sebenarnya berfikir KENAPA tidak membantu diri untuk bangkit? Sampai bila mahu menangis dan bersedih? Sedang mereka gembira kita pula derita? Lupakan sahaja, jalan terus.

Ia sukar dan mengambil masa untuk melupakan, namun bila diri dekat dengan Allah dan ada aktiviti yang boleh membuatkan kita lupa pada masalah tersebut, satu masa kita boleh melepasi keadaan ini. Mulakan bertanya BAGAIMANA/APA?

Masih belum terlambat memncipta kebahagiaan. Kebahagiaan sebenar adalah kita dengan Allah SWT.

Tuesday, July 7, 2015

Jurnal Ramadan: Tazkiyatul Nafs

Jurnal Ramadan: Tazkiyatul Nafs

Hadith: Apabila baik maka baik keseluruhannya, dan apabila rosak maka rosaklah keseluruhannya, ia adalah HATI.

Hati memerintah segala fizikal seperti mata, telinga, kaki, tangan dan lain-lain. Bila hati baik maka baiklah semuanya, begitulah sebaliknya.

Amal ibadat yang menggunakkan hati akan mendorong melakukan kebaikan.

Hati yang baik adalah dengan adanya IMAN dalam hati, suka pada perkara yang baik.

Segala perbuatan sesuatu yang ada pahala maka hati terdorong padanya. Hati yang suka maksiat akan mendorong fizikal turut melakukan hati.

Bagi membersih hati ia boleh dilakukan dengan ( menurut Ibrahim al Khawwas) :

1. Membaca al Quran
2. Qiamullalil
3. Puasa
4. Suka berkawan dengan orang yang soleh
5. bangkit waktu sahur dan berdoa
6. Makan benda yang baik dan halal


Iman yang daif akan kuat dengan amalan kebaikan. Ikhlaskan niat bila beribadat.

Tazkirah
Surau Al Hidayah

Sunday, July 5, 2015

Kelebihan penuntut ilmu khasnya ilmu al-Quran

Kelebihan penuntut ilmu khasnya ilmu al-Quran
1) Sebaik-baik manusia ialah yg belajar dan mengajar Al-Quran.
2) Ahli Al-Quran adalah insan yg harus diperlumbai amalannya
krna tiada amalan lebih mulia dpd mmbaca Al-Quran.
3) Yg mahir dgn Al-Quran akan bersama dgn para malaikat
termulia dan para nabi 'alaihimussalaam.
4) Pembaca Al-Quran diibaratkan seperti limau manis yg
mempunyai bau dan rasa enak iaitu disukai ramai.
5) Darjat dan tingkatan syurga utk ahli Al- Quran ialah sbyk
mana ayat yg dibaca sewaktu di dunia.
6) Pembaca Al-Quran yg terbaik ialah bacaannya
menandakan yg ia takutkan Allah.
7) Pendamping Al-Quran akan dipakaikan mahkota
dan pakaian kemulian dan akan mendpt keredaan dpd Allah Ta'ala.
8) Sebanyak mana seseorang itu menghafal
Al-Quran sbyk itulah ia telah menerima wahyu, cuma bezanya ia
bukan nabi.
9) Hafiz Al-Quran dpt memberi syafa'at utk masuk syurga kpd 10
org dpd ahli keluarganya yg telah wajib masuk neraka.
10) Barangsiapa yg beramal dgn Al-Quran maka akan terselamat
dpd kesesatan di dunia dan kesusahan di akhirat.
11) Pendengar kpd bacaan Al-Quran ialah org yg paling cepat
mendapat rahmat dpd Allah.
12) Pembacanya tidak digolongkan dlm kalangan org2 yg lalai.
13) Pembaca yg bertajwid sempurna dpt 70
pahala bagi setiap huruf (70×340 740= 23 851 800) berbanding yg baca secara biasa.
14) Pembaca yg ikut hukum tajwid dpt pahala syahid.
15) Allah berbual dgn pembaca Al-Quran.
16) Manusia yg paling dicintai Allah ialah mereka yg paling
pandai dlm ilmu Al- Quran.
17) Pembaca yg tahu makna Al-Quran adalah
lebih mulia dpd yg tidak tahu Makna isi kandungannya.m

* dipetik dari perkongsian whatsup group

Jurnal Ramadan : Fasa Pengampunan

Jurnal Ramadan : Fasa Pengampunan

Ramadan telah kita lalui hampir berlalu. Pintu-pintu rahmat telah terbuka. Fasa penghujung Ramadan ini, moga kita dapat membebaskan diri dari api neraka.

Bagaimana perasaan kita sewaktu bermula, dan saat Ramadan makin meninggalkan kita? Jika kita tidak merasa sedih maka alangkah ruginya kita.

Tanda-tanda dosa kita diampunkan Allah mengikut ulama adalah hati mudah tersentuh, merasa tenang, sangat terkesan dengan amalan yang tidak seberapa. Mengenang hal ini menandakan kita dekat dengan Allah.

Jurnal Ramadan : Tadabbur surah An Naziat (النازعا

Jurnal Ramadan : Tadabbur surah An Naziat (النازعات)

Allah berfirman:
Apabila datang satu hari berlaku bencana yang sangat teruk
Manusia ingat apa tang diperbuat, Allah tayangkan neraka, manusia yang melampaui batas

Allah bagi peringatan agar kita bertaubat, bersedia dengan suasana yang dipanggil اطامة الكيري. Ia menjadikan manusia sedar, saat itu tertutup pintu taubat hingga terbayang satu persatu menghitung apa yang mereka lakukan.

Ia diibarat kita memandu kereta yang lesen kita sudah tamat tempoh. Bila ada road block kita ditahan, maka kita baru perasan road tax sudah tamat tempoh.

Apabila kita ingat maka seluruh anggota akan merasa takut. Ini kerana kita sedar akibat yang bakal kita depani.

Allah menceritakan dalam surah النازعات ini untuk manusia sedar dan tahu. Ia bagi mewujudkan rasa gerun pada balasan Allah.

Manusia yang melampaui batas tanpa hirau dosa pahala, ia timbul penyesalan. Manusia yang mengejar habuan dunia. Maka kita pilih untuk sesal sekarang. 

Manusia yang takut dengan hari pembalasan Allah serta kemurkaan Allah akan membuat perancangan berpaksi kehendak Allah dan bukan menjadi hamba kepada hawa nafsu.

Ramadan adalah bulan pengampunan. Tawaran ini satu perkara yang perlu direbut. Insan yang tahu peringatan yang ada dalam Al Quran akan merebut peluang.

10 yang akhir Ramadan amalan perlu dipertingkat. Rasulullah bila datang Ramadan dan diakhirnya beliau memperbanyakkan amalan.

Sabda Rasulullah: "Solat 5 waktu itu membersihkan dosa. Ibarat mandi 5 kali sehari."

Manusia dibahagikan 2 jenis keadaan bila menyambut Ramadan:
1) Tiada perubahan,  
2) Membuat perubahan 

Tazkirah 
Surau Al Hidayah
18 Ramadan 1436


Friday, July 3, 2015

Jurnal Ramadan : 10 Pesanan Sufiyan At Thauri

Jurnal Ramadan : 10 Pesanan Sufiyan At Thauri

Menurut Sufiyan ada 10 perkara yang perlu diperbaiki :

1) Ada orang berdoa untuk keperluan diri sendiri sahaja, tanpa masukkan ibu bapa, keluarga dan kaum muslimin. Oleh itu berdoa untuk semua. Dr Ali Hashimi menulis" berdosa bila kita cuai berdoa pada kedua ibu bapa kita".

2) Orang yang kerap baca Al Quran tanpa mengikut tertib. Tidak salah, cuma alangkah baik membaca ikut urutan dan memahami maksud. Selain itu kita boleh mentadabbur ayat-ayatnya. Contoh Maryam berpuasa mulut.

3) Lelaki yang masuk ke masjid tidak menunaikan Tahiyyatul Masjid. Boleh juga solat sunat wudhuk.

4) Orang yang melalui tanah perkuburan tetapi tidak memberi salam pada ahli kubur. Selain boleh sedekahkan bacaan.

5) Lelaki yang masuk ke kota lalu tidak meninggalkan kota itu sebelum meninggalkan solat Jumaat. Sempurnakan solat di tempat itu, dan tidak perlu tergesa-gesa untuk keluar dari tempat itu.

6) Orang yang tinggal di dalam satu lingkungan yang ada alim ulama tapi tidak mengambil kesempatan untuk menimba ilmu. Ilmu mendatangi kita aka rebutlah peluang itu.

Manusia terbahagi pada 3 unsur :
Fizikal perlu makanan untuk kuatkan badan.
Ruh perlukan iman.
Akal makanannya ilmu.

7) Seorang yang bersahabat tapi tidak saling bertanya khabar. Ukhuwwah perlu saling mengambil berat antara satu sama lain.

8) Orang yang bertamu di rumahnya, tapi tidak dilayan dengan baik. Menjamu makan adalah sedekah.

9) Pemuda yang masa mudanya berlalu begitu sahaja tanpa memanfaatkan masa tersebut. Beribadat masa muda adalah terbaik. Bila datang waktu tua kesihatan sudah banyak kekangan.

10) Jiran yang mengalami kelaparan dan kesukaran hidup tanpa kita peduli.

Thursday, July 2, 2015

Jurnal Ramadan : Al Quran penenang jiwa

Jurnal Ramadan : Al Quran penenang jiwa

Bismillah

Alhamdulillah. Malam ke 16 puasa ke 15 Ramadan. Sepatutnya jemaah semakin ramai tetapi ia semakin berkurang.

Kita akan bertemu dengan Nuzul al Quran tidak lama lagi. Ia peringatan bagaimana Al Quran diturunkan melalui Jibril kepada Rasulullah.

Mukjizat yang besar ini perlu dilihat isinya. Ia bacaan yang penting kerana ia mukjizat terbesar. Al Quran dibaca dalam keadaan apa situasi apa pun, bukan masa musibah.

Mentaliti masyarakat kita membaca al Quran hanya ada kematian dan bukan setiap masa.

Senang atau susah perlu dibaca. Ibnu Masud didatangi seorang pemuda. Beliau ahli qiraat, dan antara terawal masuk Islam.

Beliau sentiasa bermasalah sehingga tidak lalu makan. Nasihat Ibnu Masud, penyakit ini boleh dirawat dengan 3 keadaan:

1) Pergi tempat orang membaca al Quran dan dengar dan ikut sama membaca. (as sakinah) Para malaikat juga ada bersama dengan orang yang ada dalam majlis.

2) Hadir majlis ilmu. Program keagamaan tersedia. Ini agar memberi hati tenang.

3) Asingkan diri untuk beribadat. Bermunajat pada waktu malam. Bulan Ramadan adalah masa terbaik untuk dekat dengan Allah.

Jika kita berdoa pada Allah, dengan 3 perkara ini kita masih berada dalam masalah, maka mohon pada Allah agar hati yang ada pada kita ditukar pada hati yang lain.

Kewajipan kita adalah untuk bercita cita, dekat dengan al Quran perlu beriman dan diyakini, ia adalah wahyu dari Allah.

Al Quran akan dijaga oleh Allah. Inilah seruan Al Quran mengajak beriman pada Al Quran. Dengan kata lain perlu aplikasikan semua suruhan.

Bagi yang tidak tahu membaca, perlu baiki diri, belajar dan bertadarrus sesama sendiri.

Tazkirah
Surau Al Hudayah
Saujana Utama

Wednesday, July 1, 2015

Jurnal Ramadan : Ketaatan dan Kesyukuran

Jurnal Ramadan : Ketaatan dan Kesyukuran

Firman Allah tentang kewajipan bagi orang beriman bagi berpuasa di bulan Ramadan sebagaimana orang sebelum ini agar menjadi orang yang bertaqwa.

Sabda Rasulullah menyeru agar orang beriman kepada taqwa, kata baginda bahawa iman itu kosong, perlu diisi dengan taqwa. Perlu ditambah dengan ketaatan.

Ketaatan ini bukan ikutan atau budaya. Contoh berpuasa tapi tidak solat. Berpuasa namun masih membuat maksiat.

Umat Nabi Adam usia sangat panjang dibanding umat Nabi Muhammad. Namun mereka diberi ganjaran berganda di bulan Ramadan.

Sesiapa yang laksanakan ketaatan sebagaimana di bulan Ramadan, ganjarannya 70 kali ganda.

Konsep ibadat ini seolah kita akan mati esok hari. Maka insan perlu berusaha agar beribadat secara kualiti dan kuantiti.

Ramadan akan dipenuhi dengan ketaatan, jangan disiakan masa yang ada. Disamping taat, hamba juga perlu bersyukur kepada Allah kerana kita masih ada ruh.

Perhatikan berapa ramai yang tidak sempat dengan Ramadan. Setiap kali datangnya Rejab kita berdoa agar sampai pada bulan Ramadan.

Orang yang berzikir pada Allah baik dalam keadaan duduk, berdiri, atau baring, Allah hampir dengan mereka.

Muhasabah diri :

+ Sudakah kita dekat dengan Allah?
+ Sudahkah saya membina diri untuk berbaik sesama manusia?
+ Sudahkah saya membina akhlak berlandaskan Al Quran?

Tazkirah
Surau Al Hidayah
Saujana Utama
15 Ramadan 1436H