Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Tuesday, June 30, 2015

Jurnal Ramadan : Nikmat Iman

Jurnal Ramadan : Nikmat Iman

Syukur masih di bulan ramadan
diterjemahkan dalam basmallah 
Allah cipta sebahagian manusia menjadi mukmin bersyukur kita kerana tidak perlu menggunakan akal untuk tentang kejadian alam
orang kafir cerdik pandai tapi tidak beriman perlu menggunakan akal untuk mencari Allah.

Nikmat iman sangat besar. Tidak ternilai. Hadirnya Ramadan bukti kebesaran Allah.

Doa kita " اللهم ثبت فلبي علي دينك"
Bulan Ramadan adalah bulan bersyukur. Mengimarah rumahnya adalah keperluan.

Allah Ar Rahman dan Ar Rahim. Sebagai hamba kita beribadat bukan semata kerana ganjaran. Beribadat ikhlas kerana Allah. Ia tanda kesempurnaan ibadat.

Amalan yang diterima adalah yang ikhlas serta betul dan mengikut kehendak Allah. Maka ibadat perlukan ilmu pengetahuan.

Contoh solat perlu mengikut imam. Bila imam sujud kita sujud, kita perlu ikut imam.

Bagi yang ahli masjid, aqidah yang sahih, ibadat perlu betul dan  ada sifat ihsan. Akhlak itu perlu jadi imej diri.

Sesungguhnya Allah menerima amalan orang yang bertaqwa. 
"احسن عملا"

"اللهم صلي وسلم وبارك علي سيدنا محمد"

No comments:

Post a Comment