Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, July 15, 2012

Berbekalkan TEKAD


Hari ini sama seperti hari-hari semalam. Kesibukan belajar adakala menyebabkan Sarah terlupa segala kisah yang berlaku antara Sarah dan Khairul Hafizi. Mentelaah pelajaran dan menghadiri kuliah membuatkan Sarah terubat rasa rindu kepada kampun halaman. Sebenarnya sudah hampir dua bulan Sarah tidak bertanyakan khabar berita di kampung.

Memandang ke luar tingkap bas, angin yang sejuk menyapa pipi, melihat orang-orang menaiki basikal, ada yang berjalan kaki di tepi basement. Cuaca panas yang sudah hampir ke penghujung menyebabkan ramai orang memilih untuk berada di dalam rumah. Sara teringat, di musim panas begini Tok Wan akan mengambil upah membersih sawah orang kampung. Padi yang masak menguning apabila dituai oleh tuaian moden perlu di bersihkan jerami yang berbaki. Sewaktu ini banyak anak-anak puyu dan haruan akan senang ditangkap kerana air telah mengering.
Selalunya Tok Wan akan membawa pulang beberapa ekor dan di masak lemak cili api campur dengan daun kesom oleh Nek Peah, sungguh menyelerakan. Sarah pastinya akan bertambah nasi. Oh, alangkah indah jika diri ini berada di kampung. Getus hati Sarah. Kenangan dan kerinduan kepada kampung halaman mengamit rasa untuk pulang, namun kerana mahu menimba ilmu, maka diri ini perlu menanam tekad dan azam. Kesabaran perlu dipertingkatkan agar boleh bertahan dengan segala ujian.
Saat bas berhenti di bahu jalan di depan Universiti, kenangan Sarah terhenti di situ. Sarah turun dari bas sambil menggalas beg berisi buku-buku. Jalan Sarah dipercepat saat melihat jam sudah hampir ke pukul 10 pagi. Sarah perlu segera berada di bilik kuliah kerana hari ini ada kuiz yang akan diberikan oleh pensyarah.

Saat tombol pintu di buka, tiba-tiba terpacul hamba Allah yang dia tidak mahu melihatnya. Dada Sarah berombak kencang saat mata bertentangan. " Astaghfirullahalazim" Hati dan lisan terlafaz sebutan itu oleh Sarah. Senyuman berlesung pipit dari si jejaka seperti tidak terkejut dengan Sarah. " Assalamualakum Sarah! Jangan panik, silam asuk, kelas kita belum bermula lagi". Sapa Hafizi.

Dipetik dari Novel Embun Menitis

No comments:

Post a Comment