Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)
Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.
“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)
Wednesday, July 25, 2012
Kita Tidak Mampu Melawan Takdir
Banyak perkara dan peristiwa yang berlaku dalam kehidupan adakalanya kita perlu menyedari bahawa semua itu adalah ketetapan. Pelbagai usaha kita lakukan tetapi akhirnya keputusan yang sama kita peroleh. Pelbagai rencana kita penuhi namun hasilnya tetap sama. Dipenghujung semua itu hakikatnya adalah ketetapan dari Allah,
Maka diri perlu menyedari dan pasrah dengan hakikat bahawa kita ini insan yang lemah. Kita sekadar mampu berimpian ,dan berusaha menjadikannya satu kenyataan. Disebalik segalanya ada Kuasa yang Maha hebat yang menjadi penentu. Jawapan yang ada..Dialah yang akan menjawab segala persoalan..Dialah yang mampu menggagalkan kita setelah kita berusaha, berikhitar dan berdoa.
Sedari itu, kepada Dia sebaik-baik tempat kita meletakkan harapan. Hanya DIA... Ya Musowwir
"Yang menciptakan tiap-tiap sesuatu dengan sebaik-baiknya (memperelokkan) dan dia telah memulakan kejadian manusia berasal dari tanah;" (as-Sajdah [32] : 7)
No comments:
Post a Comment