Banyak yang mahu saya kongikan kepada pembaca, tetapi waktu di bulan Ramadhan ini amat suntuk sekali. Setiap orang saya percaya sama seperti diri saya..mengejar waktu baik sewaktu pergi kerja mahupun balik kerja . Jalan raya bila menjelang lima petang akan mula berlakunya kesesakan. Kita sentiasa terpaksa mengejar waktu.
Anda yang menjadi ibu bekerja seperti saya pastinya menempuh perjalanan ramadhan yang sama, iaitu ingin menyempurnakan segala tugasa rumahtangga dan juga di temapt kerja. Dalam masa yang sama kita ingin mengambil masa yang ada di bulan Ramadhan ini untuk sebanyak mungkin melakukan ibadat. Harapan dan sandaran agar Ramadhan kali ini lebih sempurna ibadatnya dibanding Ramadhan yang lalu pasti ada di sudutu hati.
Sungguh kita dihimpit masa yang amat pantas berlalu. semakin kita kejar semakin pantas ia pergi... mengingat hal ini saya memetik kata-kata saidina Ali.. bahawa masa itu ibarat pedang, jika kita tidak menggunakannya ia akan membunuh tuannya sendiri... Samalah dengan masa, jika tidka digunakan sebaik mungkin maka masa itu akan membunuh kita.. jika kita leka dengan keadaan maka kita akan gagal dalam perlaksanaan matlamat.
Ya Allah moga Dia mempermudahkan kita dalam segala hal, memberi kita peluang untuk memanfaatkan masa yang ada ini dengan sebaik-baik pengisian.
Wallahuaalam.
No comments:
Post a Comment