Sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat kepada mukmin

"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang yang beriman (mukmin), jiwa dan harta benda mereka dengan memberikan syurga kepada mereka, disebabkan mereka berjuang di jalan Allah, …. Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan dan itulah kemenangan yang seagung-agungnya". (At-Taubah: 111)

Perjalanan kehidupan seseorang menuntut kepada suatu perjuangan yang terkandung didalamnya nilai pengorbanan. Seseorang pejuang sudah pasti mengimpikan suatu kejayaan yang memerlukan pengorbanan. Seiring dengan pengorbanan itu sudah pasti perlukan ketabahan, keyakinan, semangat dan matlamat kejayaan yang jelas dan jitu demi memastikan kejayaan yang dimiliki akan membuahkan kebahagiaan kepada si pejuang. Sesungguhnya kehidupan adalah memberi bukan sekadar menerima...ia juga untuk dimanfaatkan sebagai bekalan kehidupan abadi.

“Ya Allah, ampunilah kesalahanku, kebodohanku, sikapku yang melampaui batas dalam urusanku, dan semua dosaku yang Engkau lebih mengetahui mengenainya daripada diriku sendiri. Ya Allah, ampunilah kesungguhanku, kelalaianku, kesalahanku dan kesengajaanku yang semua itu ada pada diriku.” (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Sunday, July 22, 2012

Tips Mendidik Anak Khatam Al Quran Seminggu Sekali



Menerapkan input positif kepada anak-anak sebenarnya bukanlah susah. ia tidak perlu dengan cara verleter atau bercakap perkara yang sama berulang kali. Ada masa anak-anak akan merasa rimas dan bosan mendengar perkara yang sama. Ia seperti iklan komersial di radio/tv yang adakalanya membingitkan telinga dan menyakitkan mata bila tidak kena dengan gaya dan kehendak.


Belajar menyatakan pandangan atau berkongsi impian bersama anak-anak pada saya adalah cara yang paling berkesan setakat ini. Sebelum ini saya ada berkongsi dengan pembaca alangkah bagus jika boleh khatam Al Quran setiap minggu sebagaimana kisah Ustaz Hashim. lalu apa yang boleh orang lain buat saya jadikan azam pada diri sendiri. Cerita yang samaj uga saya berkongsi dengan anak-anak.  


Azam saya itu buka setakat omongan, sudah masuk tiga hari berpuasa saya cuba sedaya upaya meningkatkan pembacaan.Ruap-rupanya anak-anak memerhati, bahawa kita bukan setakat menyatakan kehendak atau cia-cita, tetapi dengan membuktikan caranya sama. Semalam sewaktu sedang saya membaca, Ieman datang kepada saya melihat saya sudah baca juzuk yang ke berapa... Alhamdulillah, Ieman masih mendahului Ummi

Sebenarnya saya agak terkejut mendengar kata-kata Ieman, lalu saya tanya, bila masa Ieman baca? (kerana balik dari surau saya tidak nampak dia membaca, kecuali waktu berbuka) Jawab Ieman dia membaca sewaktu hendak tidur, waktu di sekolah, selepas balik KAFA. 

Subhanallah, sungguh hati saya menyatakan tidak sangka impian saya ini moga menjadi impian anak saya juga, Ieman menyatakan bahawa dia bercita-cita mahu khatam Quran sebagaimana ummi cita-citakan. Apa yang saya kisahkan bukan untuk dibanggakan, Allah yang menilai segala apa yang kita lakukan. Kalian pembaca pasti lebih baik dari saya, saya amat kerdil dibanding orang lain dalam hal ibadat. Apa yang ingin saya nyatakan..kongsilah/tirulah mana yang baik..Binalah impian ,jadikan ia realtiti. apa yang kita inginkan dalam kehidupan kita boleh dicapai dengan berani BERANI BERIMPIAN, SANGGUP MELAKUKAN DAN BERTINDAK ATAS KAPASITI DIRI SENDIRI.. 
Bagi yang punya impian seperti saya untuk khatam Quran seminggu sekali, saya terbaca satu tips di dalam FB, iaitu baca sekurang-kurangnya empat m/s sebelum dan selepas solat fardhu. InsyaAllah jika anda mencuba pasti berjaya. Apa yang penting bukan semata-mata baca, tapi perlu menghayati makna dan faham isi kandungan Al Quran. Biar ia meresap dalam diri agar membaca Al Quran boleh mentarbiyyah diri kita menjadi lebih baik dari semalam. 

Wallahuaalam.
ummu ieman ihsan

No comments:

Post a Comment