Detik yang berlalu pejam celik-pejam celik bertambah usia. Bersyukur ke hadrat Allah kerana masih memberi ruang dan peluang untuk berkongsi. Setiap kali tibanya tarikh kelahiran maka sudah pasti kita ternanti-nanti apa hadiah yang bakal diberi oleh orang tersayang. Pada saya hampir semua orang seronok mendapat hadiah. Tetapi perlu diingatkan bahawa menyambut hari kelahiran itu haram di sisi Islam.
Berkongsi sedikit cerita dengan anda pembaca, sebenarnya dari semalam suami saya sibuk unutuk singgah di kedai gadjet.. (kedai telefon).. Katanya telefon saya ni tidak berapa berfungsi dengan baik keynotenya.. Saya pula dari dulu tidak berminat dengan gadget2 sprt telefon.. pada saya memadai ia boleh berfungsi untuk menghantar dan menerima maklumat atau panggilan.
Jika orang sudah lama memakai BB saya baru tak smapai setahun.. jika orang sekarang sibuk dengan samsung galaxy.. iphone yang terkini (bla..bla... apa sahaja gadjet yang ada) hati saya tidak tergila-gilakan smeua itu. Semalam suami saya mencadangkan/offer kepada saya untuk belikan.. tapi saya kata saya tidak mahu.. Agaknya pasti ramai yang mengatakan ruginya saya menolak tuah.. Pada saya, itu semua tidak penting.. ada banyak perkata yang lebih penting.. Pada saya dalam hidup kita pelru ada prioriti.. daripada asyik menukar handphone (yang sudah pastinya sering berubah dengan pantas) lebih membeli sesuatu yang manfaat contohnya buku-buku.
Jauh disudut hati.. saya menantikan satu hadiah buat diri sendiri... ia bukan bersempena tarikh kelahiran saya mengikut kalendar masehi.namun hadiah dari sebuah perjuangan... sungguh datangnya Ramadhan kali ini memberi satu harapan yang amat bermakna buat saya bukan sebagai HADIAH HARIJADI tapi hadiah untuk satu PENGORBANAN....
No comments:
Post a Comment